Cara masuk Thailand 2022 | Amboi amboi sejak border dah bukak ramai dah tak keruan yer, tak sabar nak cop passport kan. Tapi dalam masa yang sama ramai yang was-was dengan prosedur terkini. Aku tengok ramai yang buat trip hatyai sebab heaven bab makan kalau ke sana hoi! Ada yang naik ERL, ada yang naik kereta. So sesiapa nak bawak kereta tu wajib baca entri aku ini.
Pada permulaan selepas pandemik siap kerajaan Thailand wajibkan Travel insurans kalau nak masuk negara mereka dan beberapa syarat yang agak ketat. Yerlah kos untuk masuk hospital sana pun boleh tahan tinggi juga. Kalau jadi apa-apa memang payah dan pening dibuatnya.
Aku pernah masuk thailand beberapa kali, paling jauh kami konvoi ke Krabi dengan kereta. 4 kereta tak silap. seronok hahah tapi ya allah penat , kalau nak pergi lagi mungkin akan pilih naik Flight sahaja. Tapi korang boleh baca entri aku pergi krabi tu, manalah tahu nak buat road trip jugakan.
Ada kawan masuk naik train dari Kuala Lumpur. Seronok jugak. Boleh baca Tips travel Bajet ke Hatyai
Tapi kalau setakat nak makan di Hatyai atau Danok yang ambil masa sejam dari border apa salahnya kan. Jadi mari nak kongsikan cara masuk thailand 2022, kira yang terkini lah
Apa yang seronok di sana ? hahahah makanlah . Murah murah , kalau tomyam tu memang kow tapi yang aku teringat ingat sampai sekarang Pulut ayam, dan sup pedas siam. Yang ini tips yang dikongsikan oleh rakan travel Pengembara MO
Owh aku selalu masuk Betong dulu, betong terletak di penghujung pengkalan hulu. Dari situ korang boleh masuk Iyerweng kalau nak tengok awan karpet.
Okalah tak kisah korang nak pergi mana pun tapi korang boleh follow cara ini kalau nak masuk sana.
Cara masuk Thailand 2022
- Pastikan anda bawa geran asli daripada JPJ, jika anda yang fotostat tidak diterima oleh pihak thailand. Yang ini memang dipraktikan dari dulu yer
- Pastikan beli insurans thai, dekat dengan bangunan thailand ada jual insurans. Saya ada letakkan gambar harga insurance berdasarkan tempoh masa dan saiz kereta.
- Pastikan anda cukup dos vaksin, orang tak ada vaksin dok diam diam yer, sama juga kalau masuk singapura, memang dia mintak tengok MySejahtera
- Pastikan sudah buat ThaiPass dan boleh dapatkan link ThaiPass di link ini https://tp.consular.go.th/
- Pastikan anda sudah isi minyak full sebelum masuk ke thailand , jika andar dari border sejauh 100KM sehala dah tak perlu isi minyak di thailand sebab harga minyak di thailand agak mahal.
- Dapatkan surat kebenaran kastam Thailand selepas beli beli insurance
- Simkad Thailand untuk mudahkan urusan komunikasi, selepas itu anda boleh memandu, ada waze kan lebih confident nak masuk travel sendiri. Gunakan Dtac sebagai pilihan telco di Thailand.
- Pastikan anda hantar kembali surat kastam itu sewaktu hendak keluar balik ke Malaysia jika tidak ingin didenda 100 thai baht sehari.
Satu lagi yang seronok drive di Thailand jika ke Bangkok tak perlu risau pasal Toll, dan kebanyakkan jalannya lurus sahaja. dan agak cantik hehhe agak berbeza dengan Malaysia.
Tapi Kalau accident siap!
Memang parok.
Mana-mana kereta yang besar langgar kenderaan yang kecik tetap akan bersalah. hahaha jangan main main yer.
Border pass atau pas sempadan
Untuk orang yang beada di Perak, Kedah, Perli dan Kelantan tak perlukan passport untuk masuk negara Thailand.
Hanya perlu buat permohonan di ‘ Thailand Pass” website 24 jam sebelum berangkat masuk ke dalam negara mereka.
Bagus share tips ni. Semua dah ada dah ni. Nak beli insurans je, baru masuk Thailand. yeeehaaa
Info yang bagus 👍
Best jalan2 cari makan ni… Tq share kak