Cara lupuskan barang lama | atau buang baju-baju lama yang dah bertimbun dan menggunung. Kadang-kadang kita berada dalam situasi samada nak buat tak tahu atau ambil tahu. Pening kalau nak buang sofa lama yang besar.
Table Of Content
Setuju tak kalau nak cakap kebanyakkan rumah orang tua dan agak berumur ni kebanyakkanya ada simpan banyak barangan yang tak boleh pakai pun ! Sikap membeli dan juga jarang membuat spring cleaning itulah yang membuatkan barang barang memenuhi ruang rumah.
Tak percaya? Balik kampung rumah orang tua cubalah observe dan lihat.
Entah apa-apa barang yang dia orang simpan kadang tu.
Sesiapa yang dah tua boleh audit rumah sendiri hehehhe, tengoklah balik berapa dan apa jenis barang yang simpan dan menjadi tukun. Satu lagi aku ni serba salah nak buang perabot lama. Aku sendiri ada 2 almari yang masih elok untuk nak jual tapi tak terjual. Maka ia menganggu pandangan mata aku.
Mesti korang yang masuk dalam entri aku ini cari “cara melupuskan pakaian lama”, “bagaimana nak buang perabot lama”, “servis buang perabot lama” kan? kan? mesti pening tengok barang rumah dah bertimbun. Nah ini cara yang aku dan kawan-kawan aku buat
10 Cara lupuskan barang lama atau tidak diguna lagi
- Bagi free pada ahli keluarga terlebih dahulu –
- heheh set blender, kukus semua sis dah letgo bila ada tm6. Buat apa nak simpankan. Ni ada 2 periuk nasi yang belum test untuk di bagi kepada orang yg memerlukan
- Bagi Free kepada orang yg memerlukan :. Masukkan dalam group BNP ( buy nothing project ) di Facebook or https://www.facebook.com/groups/2154276071450456 or group #beriandterima https://www.facebook.com/groups/1110361292747076
- Advertise pada group perumahan setempat sebab lagi cepat proses amik. Ada yang boleh bagi free ada yang boleh kita letakkan harga. Paling senang ikut facebook rumah setempat sebab cepat sangat dia orang respond.
- Hubungi beberapa NGO yang memang kutip untuk barangan lama
- Orang Selangor boleh pakai apps i-clean untuk proses lupus barang. Percuma sahaja
- Masukkan dalam kotak kotak NGO yang terima barang barang lama – tapi meja perabut janganlah letak sini
- Jual di Mudah, Carousell dan marketplace
- Baju bajan masukkan di kotak h&m siap dapat voucher lagi lepas tu.
- Teknik 1 masuk 1 keluar esp baju.
- Ikea juga menawarkan tempat untuk pembuangan barang mengikut kategori
Proses audit rumah ni kena buat pelan-pelan. Kalau balik rumah orang tua korang kena tolong dia orang untuk kemas dan buang barang yang tak berguna lagi. Sewaktu proses make over bilik iman aku berjaya buang tilam lama dengan menggunakan apps iclean selangor. Mudah rupanya proses tu.
Punca Barang Penuh 1 rumah
Penyakit Hoarder
Kalau korang yang baca ni dikalangan orang muda lagi, hurmm.. tak percaya pergi tengok rumah mak mak kita, or mak sedara .Sah-sah Pinggan mangkuk penuh 3 lemari campur dengan periuk bagai. Itu belum koleksi tupperware and tipuware
Ada sedara and kenalan sis ada perangai ‘hoarder’ yer. Suka kumpul barang and tak pakai sampai jadi tempat kucing beranak. Bukan sahaja aircond opis yang nak dibuang dibawa balik, kereta pun sama walhal yang memandunya mereka laki bini.
Ini kira kes tahap tinggi juga, Tapi sebenarnya nak citer aku pun dalam proses audit barang rumah. Hari tu dah berkali kali buang tipuware berguni guni, banyak sungguh oit.
Dah 3 tahun yer sis buat sikit sikit buang mana yang tak patut, or bagi orang. Kalau sapa follow IG aku tu boleh nampak dekat IG story betapa sis berusaha gigih + membebel untuk meminaliskan rumah. Kadang-kadang kalau rajin aku kongsikan satu persatu Cara lupuskan barang lama ni
Mentaliti orang lama
Ingat lagi, masa mula mula kahwin my sister cakap.
kamu kena ada 1 set pinggan makan yang 12 orang makan sebab adik beradik kita ramai lagi banyak lagi baguih
My kakak
hehhehe dan senang nak kenduri kendara katanya
Lepas tu mak sedara pulak datang,
Periuk besor ni kena ada jugak senang nak masak lauk pauk untuk kenduri
Untuk orang yang baru berkahwin maka kita terimalah nasihat tersebut, kumpul sikit sikit.
Hakikat yang sebenar, Sepanjang 22 berkahwin adalah jugak buat makan makan open house masa raya masa besday anak. Tak lebih 6 kali kut.
Tapi hahah bila majlis yamg orang ramai takdenye masa nak basuh pinggan. Pakai pinggan polistrin tu senang. Lauk pauk yang heavy pun order catering sahaja
Bila buat closed event dalam 20 orang barulah keluar pinggan mangkuk tu haa. Kenalah ada jugak pinggan mangkuk tu, takkanlah takde yer dak.
Realiti selepas 30 tahun
Mak mertua aku pun banyak collection tapi sekarang dia lebih suka pakai pinggan plastik sebab pergelangan tangan dia dah sakit tak larat nak cuci kat sinki katanya. Makanya pinggan mangkuk pun berhabuk
Haa.. ini belum cerrita part baju bajan lagi
Aku sendiri kadang-kadang ada masalah ‘sayang’ nak buang barang. Padahal bertahun tak pakai. Kadang baju Tshirt yang dah koyak pun simpan sebab tshirt lama sedap ooo kalau buat tidor . Nasib baik husband kental sikit bab ‘buang’ barang nih.
So kawan-kawan, dalam zaman ekonomi yang tak stabil sekarang, jadikanlah ini alasan untuk kurang membeli barang-barang yang tak berapa perlu. Mana boleh pakai kita pakai.
Sepanjang 3 tahun dalam proses audit rumah nih banyak sebenarnya yang dah buat and belum habis lagi sebab nak buat slow-slow tanpa tekanan. Tapi memang pening nak pikir Cara lupuskan barang lama
Dah set dalam kepala tak nak jadi macam kebanyakkan rumah orang tua yang sekarang.
Nak cuba hidup minimalis yang boleh.
So barang-barang terpakai tu korang boleh lupuskan dengan beberapa cara mengikut pengalaman sis
Dia orang tak larat dah atau pun dah immune atau sebati dengan apa yang ada. Bila sis pergi rumah kakak/MIL mata geram je rasa nak buang bekas plastik yang lama-lama tak berpakai hahaha.
content berkaitan Deko di Modernmumthingy
- DIY repaint Kitchen Cabinet RM250 sahaja
- Simpan tudung dengan Ikea Billy sahaja
- Dekorasi Bilik Anak Lelaki
- DIY Wainscotting Modern
- 11 cara ubahsuai rumah ; DIY vs Kontraktor
- Tempah Chesterfield secara online
- Cara buang dan lupus barang lama
Tapi betul nih, bila barang rumah seadanya memang senang nak kemas rumah, pikiran pun lapang.
Aku aim umur 50 barang rumah dan baiki rumah yg seadanya nih kena ada aim barulah beregerak sikit. Nak pencen dengan tenang tenang tak nak serabut.
Kalau korang ada tempat yang kita boleh lupus or bagi barang- barang rumah boleh sharekan dekat komen?
Memang banyak barang nak lupuskan ni. Tak tahu pula ada perkhidmatan i-Clean tu. Nanti nak cubalah, terima kasih info.
Allahuakbar2…mmgler Bab berkemas jenuh rasanya . Sejak ok balik ke rumah emak…masa Jaga DIA, byk sungguh brg2 emak… tambah dgn koleksi lama adik2 yg letak kat rumah emak. Lps 2 tahun baru minimalis sikit.
Dah umur pencen ni ..nak tenang2 n santai jer.