13 Khasiat Limau Purut untuk kecantikan dan kesihatan

Khasiat Limau Purut | Paling menarik, wanita pada zaman dulu menganggap limau purut sebagai pencuci semula jadi kerana kandungan antiseptik dan antibakteria yang ada padanya. Dengan kata lain mereka menggunakan bahan bahan yang lebih tulen dan suci untuk menjaga kecantikan.

Aku masih tak putus asa nak lawan pigmentasi dan melasma aku ni. Jadi aku mencari info apa sahaja yang berkaitan dengan aspek kecantikan. haaa tak sangka pulak manfaat limau purut ini bagus untuk kecantikan dan kejelitaan wanita

Aku ada tulis juga remedi untuk kecantikan menggunakan bahan dirumah

Maybe ini masanya untuk rehatkan muka aku dari penggunaan produk moden, merehatkan kulit wajah daripada sebarang penggunaan produk kosmetik mahupun bahan kimia yang terkandung dalam set penjagaan muka. Kita kena tahu cara jaga kulit muka yang betul

Betul jugakkan , seperti diri, wajah juga mahu merasai nikmat bebas daripada solekan. Ini terutama selepas saban hari dicalit dengan pelbagai jenis krim, serum, bedak asas dan pembayang dan foundation terutamanya .

Penggunaan bahan asli tanpa pengawet ni sememangnya baik untuk kita. Persoallanya rajin atau tidak sahaja hahah

Khasiat Limau Purut

Manfaat Limau purut memang popular dikalangan asean

Rupanya Limau purut amat popular digunakan dalam masakan Kemboja, Indonesia, Myanmar dan Malaysia. Daunnya boleh digunakan dalam keadaan segar mahupun setelah dikeringkan. Selama berkurun lamanya, daun limau purut telah digunakan sebagai bahan mengawet makanan dan menjadikannya lebih membuka selera.

Dalam aspek kecantikan, ia memang terkenal dari dahulu lagi untuk kecantikan kulit, rambut dan juga bagi tujuan untuk menguruskan badan.

Tapi ada juga situasi dimana orang kita biasanya sering tertukar di antara limau purut dan juga limau nipis. Dan sememangnya Ia berada dalam famili yang sama dengan pokok limau (citrus) yang lain cuma ia mempunyai struktur buah yang agak berkedut dan menggerutu. Ia tidak mempunyai jus sebanyak limau yang lain.

Baca : Daun Kesum

13 Khasiat Limau Purut

  1. Limau purut juga digunakan sebagai pembersih dan dalam penyediaan perubatan herba dan tradisional
  2. Dalam perubatan tradisional, air buah limau purut dipercayai mampu digunakan dalam jampi untuk mengalih semangat jahat dan menyegarkan mental individu.
  3. Daun dan buah limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan.
  4. Ekstrak daun limau purut mempunyai sifat anti-pertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.
  5. Daun limau purut dikatakan boleh digosok pada gusi dan gigi untuk tujuan menyihatkan gigi.
  6. Minyak yang diekstrak daripada daun limau purut pula dikatakan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya, digunakan dalam produk-produk mandian seperti sabun dan syampu.
  7. Minyaknya juga merupakan pencuci rambut dan kulit kepala.
  8. Air buah limau purut dikatakan boleh digunakan untuk tujuan mencuci pakaian.
  9. Ada yang menggunakannya sebagai peluntur semula jadi untuk membuang kesan kotor yang sukar dicuci.
  10. Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa awet muda. Tambahkan beberapa titis minyak atau hancurkan beberapa helai daunnya dalam air mandian anda.
  11. Digunakan sebagai salah satu bahan untuk mandi wap. Dikatakan fikiran negatif akan hilang sekali gus memberi minda dan tubuh fikiran positif.
  12. Minyaknya juga dikatakan digunakan sebagai tonik untuk membantu masalah pencernaan dan membersihkan darah.
  13. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri
Khasiat Limau Purut

Info saintifik Limau purut

Klasifikasi

  • Family: Rutaceae
  • Genus: Citrus
  • Species: Hystrix

Nama Saintifik

  • Citrus hystrix

Nama lain

  • Limau purut (Kedah, Johor, Melaka, Selangor, Perlis, Terengganu, Perak),
  • limau hantu,
  • Limau abang,
  • Limau sewangi.

habitat

  • Tumbuh meliar dan selalunya ditanam di iklim tropika dan subtropika.

Khasiat Limau purut mengikut perubatan traditional

Menaikkan seri wajah

  • Daun limau purut dicampukan dalam masakan, atau dihiris halus untuk dijadikan sebagai ulaman (Selangor).

Ramuan bedak sejuk

  • Daun limau purut, dau cekur, halba, jerangau, kunyit, dan daun sup ditumbuk bersama-sama beras (direndam dan salin beras berkali-kali sehingga beras lembut).
  • Bahan yang telah ditumbuk dijemurkan sehingga kering untuk dijadikan bedak. Bedak diletakkan di muka semasa tidur (Johor).

Tonik rambut

  • Daun limau dikisar dengan santan, putih telur dan ketumbar hitam.
  • Sediaan diperap di kepala dan biarkan selama sejam

Mandian bagi ibu selepas bersalin

  • Biji, buah, bunga dan daun limau purut dijadikan satu daripada ramuan untuk mandian selepas bersalin.
  • Bahan campuran herba bersama dengan bahagian-bahagian limau purut ini direbus atau diramas di dalam air.
  • Air tersebut dijadikan mandian selama tempoh berpantang (Kedah, Johor, Melaka, Perlis).

Merawat penyakit kulit

  • Tiga belas hingga empat belas helai daun jambu batu, daun senduduk, daun betik dan asam jawa direbus dan dijadikan air mandian dua kali sehari pada waktu pagi dan petang (Johor).
  • memang banyak limau purut dalam perubatan islam

Meredakan demam panas

  • Jelum atau lumurkan air buah limau purut di atas kepala bayi selama tiga hari atau sehingga sembuh

Merawat angin ahmar

  • Daun limau purut direbus bersama-sama mengkudu, jambu batu, lengkuas, teja dan pandan.
  • Air rebusan dijadikan mandian dua kali sehari dan daun-daun tersebut diletakkan di anggota badan

Mengawal aras glukosa dalam darah

  • Buah melada pahit bersama denga nisi setawar kampung, daun hempedu bumi, daun mas cotek, daun teh cina dan daun limau purut direbus dan kemudian airnya diminum (Negeri Sembilan).

Melegakan sakit otot, sakit urat dan sakit kepala

  • Daun limau purut dijadikan satu daripada bahan untuk melegakan sakit otot.
  • Kesemua bahan dihiris senipis tudung botol minuman dan diletakkan di dalam kain dan dibalut kemudian diletakkan dalam minyak kelapa yang mendidih.
  • Minyak digunakan pada bila-bila masa ketika rasa sakit

Ramuan minyak urut

  • Daun limau purut dijadikan satu daripada campuran herba yang ditanak dengan minyak dan herba yang lain beberapa jam. Minyak digunakan utnuk mengurut bahagian yang sakit

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Add Comment

error: Content is protected !!