Bantuan Rahmah | atau bantuan tunai rahmah yang kini dikenali dengan nama Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif terbaru di bawah konsep ‘Payung Rahmah’ dibawah kepimpinan PMX Anwar Ibrahim yang bertujuan untuk memberikan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Table Of Content
- Tarikh Penting dalam Bantuan Rahmah 2023
- Pembayaran STR Fasa 4
- Pembayaran STR Fasa 3
- Pembayaran STR Fasa 2
- Permohonan Baru & Kemaskini STR
- Siapa yang Layak Memohon STR?
- 1. Isi Rumah
- 2. Warga Emas Tidak Memiliki Pasangan
- 3. Bujang
- Cara Memohon Sumbangan Bantuan Rahmah / Tunai Rahmah 2023
- a) Tarik Penting Permohonan STR
- b) Siapa Yang Perlu Membuat Permohonan/ Kemaskini
- Cara Memohon STR
- i. Permohonan Secara Dalam Talian
- ii. Permohonan Melalui Borang
- Penghantaran Borang STR
- Dokumen Sokongan
- i. Pemohon
- ii. Pasangan
- iii. Anak
- Semakan Bantuan Rahmah 2023 / Status STR
- Cara Pembayaran bantuan Rahmah
- Rayuan STR
Tarikh Penting dalam Bantuan Rahmah 2023
Penting untuk mengetahui tarikh-tarikh penting berkaitan dengan Sumbangan Tunai Rahmah 2023. Tarikh-tarikh ini mungkin berubah dari semasa ke semasa, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti kemas kini rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Pembayaran STR Fasa 4
- Bermula November 2023
Pembayaran STR Fasa 3
Bermula 26 Jun hingga 5 Julai 2023 (telah dibayar)
Pembayaran STR Fasa 2
Bermula 5 April 2023 (telah dibayar)
Permohonan Baru & Kemaskini STR
- Bermula 1 Mac hingga 31 Mac 2023
Siapa yang Layak Memohon STR?
Program ini terbuka kepada beberapa kategori golongan yang kurang berkemampuan, termasuk:
1. Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
2. Warga Emas Tidak Memiliki Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
3. Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Cara Memohon Sumbangan Bantuan Rahmah / Tunai Rahmah 2023
Untuk memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
a) Tarik Penting Permohonan STR
- Pendaftaran STR boleh dibuat secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.
- Anda juga boleh memohon melalui borang kertas mulai 08 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.
b) Siapa Yang Perlu Membuat Permohonan/ Kemaskini
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Cara Memohon STR
Anda boleh memilih salah satu daripada dua kaedah untuk memohon STR:
i. Permohonan Secara Dalam Talian
- Layari Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Muat turun Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dari Play Store / App Store pada telefon bimbit anda.
ii. Permohonan Melalui Borang
- Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR LHDNM atau Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.
Penghantaran Borang STR
Borang STR yang telah lengkap diisi boleh dihantar seperti berikut:
- Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.
- Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga datang akhir permohonan ke alamat yang dinyatakan.
Dokumen Sokongan
Dokumen yang perlu disertakan semasa membuat permohonan STR adalah seperti berikut:
i. Pemohon:
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
- Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
- Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
- Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
- Anak Kandung: Salinan Sijil Lahir; dan Salinan MyKad / MyKid
- Anak Angkat: Salinan MyKad / MyKid; dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Semakan Bantuan Rahmah 2023 / Status STR
Anda boleh menyemak status permohonan semakan bantuan rahmah 2023 atau STR anda dengan melayari portal rasmi STR. Pastikan anda menyimpan maklumat log masuk MySTR anda untuk memudahkan semakan.
Cara Pembayaran bantuan Rahmah
- Kredit ke akaun bank
- Secara tunai di kaunter BSN
Rayuan STR
Jika anda merasakan bahawa anda layak menerima bantuan STR tetapi permohonan anda ditolak, anda boleh membuat rayuan. Kementerian Kewangan akan membuka tempoh rayuan bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 adalah satu langkah positif dalam membantu golongan B40 dan M40 untuk mengatasi cabaran kewangan.
Pastikan anda mengikuti tarikh-tarikh penting dan membuat permohonan jika anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Semoga bantuan ini dapat memberikan rahmat kepada yang memerlukan.
No Comment! Be the first one.