Amalan yang dianjurkan oleh Allahyarham Sheikh Ali Jaber

Amalan Sheikh Ali Jaber | Aku sangat suka dengar amalan yang dianjurkan oleh Syekh Ali Jaber . Mula mula tak tahu pula dia memang asal orang arab. Ingat golongan pak sheikh / sharifah yang berada di asia, rupanya betul orang Arab. Masyallah

Aku suka tengok bila dia sampaikan ceramah pelat Indon-arab tapi sedap sangat., lembut dan sopan tutur aturnya

Sayangnya Allah lebih menyayangi dia, telah kembali ke dunia abadi kerana Covid-19.

Jadi kita tengok dulu sedikit Biodata dia

Amalan Sheikh Ali Jaber

Biodata

  • lahir di Madinah, Arab Saudi pada 3 Februari 1976 atau dalam penanggalan Hijriah bertepatan dengan 3 Shafar 1396 H.
  • Syekh Ali Jaber menjalani pendidikan formal dari ibtidaiyah hingga Aliyah di Madinah.
  • Ali Saleh Muhammed Ali Jaber adalah sulung dari 12 bersaudara yang lahir di Madinah, Arab Saudi. Syekh Ali Jaber sejak kecil telah mendapatkan bimbingan agama dari sang Ayah.
  • Ayahnya adalah seorang penceramah agama yang mengharapkan Syekh Ali Jaber sebagai anak pertama, bisa menjadi seperti dirinya. 
  • Kemudian pada tahun 2008, Syekh Ali Jaber menikah dengan Umi Nadia, istri Syekh Ali Jaber wanita asal Lombok, Nusa Tenggara Barat.
  • Dan sejak tahun 2008 itulah, Syekh Ali Jaber mulai berdakwah di Indonesia dan resmi menjadi Warga Negara Indonesia (WNI) pada tahun 2012.


Amalan yg dianjurkan oleh Allahyarham Sheikh Ali Jaber

Banyak yang aku belajar dari ceramah ceramah pendek yang dikongsikan di Instagram, dan tiktok. Jadi izinkan aku untuk kongsikan di blog aku untuk tatapan aku sendiri dan mungkin bagus untuk pembaca lain. Biarlah aku panjangkan pahala Allahyarham Sheikh Ali Jaber

  1. Baca QulhuAllah 10x setiap pagi. 
  2. AlMulk sebelum tidur. 
  3. Sedeqah subuh hari2 moga doa dikabulkan dan murah rezeki
  4. Ayat kursi lepas solat. 
  5. Selawat pada hari jumaat melebihi zikir2 lain.
  6. Berwudhu 10min sblm azan, off hp dan berzikir utk siapkan batin sblm solat agar dapat nikmat dlm solat.
  7. Satu doa utk setiap satu sedekah subuh.Seindah2 ibadah – membaca istighfar 10min sblm azan subuh, tundukkan kepala dan usahakan sambil menangis walau olok2. (waktu sahur). 
  8. Mencari kawan2 soleh utk mendapat shafaat mereka – amalkan ” wa adhil na biroh matika fi i’baadikas solihin” ertinya: jadikan kami dalam rahmatmu bersama para solihin.
  9. Setiap kali masuk masjid  cari Al Quran dan baca walau 1 ayat utk tambah saksi di akhirat.
  10. Jika mohon syurga, mohon syurga Firdaus Al A’la..mohon yg paling tertinggi. 
  11. Khatam 1 juz sehari – 1 helai sblm solat dan selepas solat. 
  12. Rutinkan baca Al-Baqarah setiap hari kerana bawa keberkahan – keluarga bahagia.
  13. Solat witir sblm tidur ditakuti tak terbangun tahajud utk lakukannya agar menjadi ahli witir.
  14. Kehebatan berzikir melebihi kehebatan berjihad dan melakukan haji.
  15. Ahlul Quran kedudukan paling tinggi dalam syurga dan terdekat dengan Allah swt.
  16. Ahlul Quran yg dimasukkan ke dlm neraka sementara utk dicuci dosa tidak dapat dibakar oleh api neraka. 
  17. Sunat baca Al Fatihah tanpa bersambung utk tunjukkan adab krn membaca Al Fatihah umpama berdialog dgn Allah. 
  18. Al Fatihah boleh dijadikan wirid dan ditiup pada air utk jadikan ubat – 1x,3x atau 7x. 
  19. Biasakan anak minum air yang telah dibacakan surah Al Fatihah. 
  20. Dlm tiap amalan titip pahala utk ibubapa mudahan dosa kita terhadap mereka terampun.
  21. Kurangkan bicara ttg dunia gantikan dgn zikir supaya hati tenang. 
  22. Sibukkan diri perbaiki aib sendiri supaya tak sibukkan aib org.
  23. Semalas2 sunat qabliah/ba’diah jgn tinggal qabliah subuh kerana martabatnya wajib.
  24. Jika ada hajat amalkan Hasbunallah Wani’mal Wakil sebanyaknya dan  jaga hubungan dgn Allah pasti makbul.

Kita sebagai umat islam mesti terus belajar dan rebut segala amalan, terutamanya dalam bulan bulan tertentu seperti bulan rejab, bulan ramadhan.

Masyallah, banyak yang kita perlu pelajari, tambah bila ramai kawan kawan yang yang pergi semasa musim covid ini.. Semoga Allah panjangkan umurku dan boleh lakukan amal ibadat sebanyak mungkin

2 Comments

  1. Ammi September 10, 2021
  2. TKH September 11, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!