Sapa minat cakoi? Ni aku nak share resepi cakoi yang lembut pulak. Aku antara peminat cakoi, kalau pergi pasar malam area rumah aku ni, tu diaa.. ramainya yang dok berator . Pasar malam aku ni buat baby cakoi. comel comel dan kecik.
Lepas tu dah musim covid -19 ni ko hanya mampu untuk bermimpi lah. Ramainya orang share pasal nak buat cakoi. Termasuklah abang ipar aku. First timer okay. Jadi aku simpan resepi-resepi yang aku suka untuk simpanan aku, sambil tu korang pun boleh refer yer dak.
Sama macam aku suka makan ayam korea jugak lah. Aku ada jugak share resepi ni tau.
Resepi Kuih Cakoi Lembut Gebu
- 1 cawan air
- 2 cawan tepung roti
- 1/4 camca teh yis segera
- 1 camca teh gula
- 1 camca teh garam
- 1/2 camca teh soda bikarbonat
- 1 camca besar minyak mazola
- Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan Kuih Cakoi
- Masukkan gula, garam, air dan minyak. Kacau rata.
- Dalam satu bekas yang lain, masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan yis segera , kacau kering hingga sebati sedikit
- Selepas itu, buat lubang di tengah-tengah adunan .
- Masukkan bahan campuran gula, garam , minyak dan air tadi. Adun sehinggan sebati terlebih dahulu.
- Pindahkan adunan ke atas papan pencanai yang telah ditabur dengan tepung gandum sebagai alas, adun sehingga menjadi doh.
- Apabila menjadi doh, bahagikan kepada dua bahagian berbentuk panjang 40cm. Selepas itu doh ditutup dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam.
- Tips – Letak doh di tepi peti ais untuk suhu yang lebih tinggi bagi doh mengembang elok.
- Selepas 1 jam, ratakan doh dan bahagikan kepada bahagian kecil berzaiz 1cm tebal dan panjang 2 cm.
- Biarkan lagi 10-15 minit.
- Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.
- Apabila minyak panas, ambil dua potongan tadi dan tindihkan bersama. Tekan doh yang cantum di tengah-tengah dan tarik hujung dengan chopstik untuk bagi panjang. Goreng menggunakan api sederhana sehingga kekuningan.
Siap dah kuih cakoi.
Memang sangat gebu dan best rasanya. Kadang kadang aku pun confuse dengan kuih kundas di perak. yang ini dimakan dengan kuah kacang yg manis sikit sikit dan cair. Haihhh manyak sedap ooo. Bila lagi korang nak try, ni aku dah bagi Resepi Cakoi yang lembut
Kalau dekat sini banyak yang jual dengan macam sekaya hijau kan. Korang macam mana ?
No Comment! Be the first one.