Entri sebelum ni dah cerita kisah di Cappadocia, haa ini kita nak cerita pasal pengalaman memandu di Bosnia pula. Hahahah sampai delay dekat 1 jam dari plan asal. Yang buat panik tu sebab jam 5 pun dah gelap macam malam masa autumn ni and sebab nak drive ke mostar.
Table Of Content
hehe inilah salah satu pengalaman melancong ke bosnia sewaktu musim gugur
Lagi satu memang ada baca dekat blog mana tah, tak berapa digalakkan memandu di malam hari disebabkan Jalan yang gelap, berliku likum dan jalan disebelah gaung dan sungai dan yang paling scary Lori treler yang besar besar.
Kita orang sampai di Sarajevo airport (SJJ) lebih kurang pukul 3.45 petang. Flight dari Kayseri (ASR) transit di Istanbul Sabiha Gokcen airport (SAW). Airport Sarajevo ni lebih kurang airport Kayseri jugak, tapi rasanya lagi kecil kot.
Memang tak ramai orang. Pelik jugak kitorang tengok airport Sarajevo ni, memang alam damai hehehe.
BACA : Tips shopping di Istanbul yang korang kena hadam
Alhamdulillah, kaunternya memang di dalam terminal disambut mesra dengan awek Bosnia yang putih melepak hehe. Payment untuk kereta pun dah settle. Looks like everything going to be smooth…but I was wrong. Di sini challenge kami ialah payment untuk deposit.
Panik sebab if tak lepas booking kereta nak tidoq mana ni? macamana nak pergi ke Mostar, burn lah airbnb mostar.. hahah kos bertambah and lain lain lah… Kalau boleh nak avoid kes macam ni, maklumlah bajet traveller semua nak kena kira.
Booking Payment tingginya mak aih! inilah pengalaman memandu di Bosnia
Walaupun payment untuk kereta settle, tetapi depositnya sangat tinggi 1,800KM. KM adalah Mark, iaitu matawang Bosnia. Jumlah tu hamper RM5,000 woooo!!! Terkejut beruk kan? Hanya credit card atas nama penyewa sahaja diterima. Kiranya nak guna kredit card ahli travel lain, dia kenalah didaftar sebagai pemandu kedua kereta tu.
Ada charge sikit untuk tu. No cash…only card. Kalau boleh tak nak lah ada charge lainkan.
Dua dua card aku tak lepas. Satu tu tak cukup sebab deposit 250 Euro di Kayseri tu ambil masa few days untuk di release semula. Satu lagi card pun tak lepas di Bosnia… pelik. Kata staff kat kaunter tu memang certain bank katanya block penggunaan di Bosnia.
You need to call the bank to allow your transaction in Bosnia katanya..
because of some bank anggap Bosnia is one of the high risk country.
Ini first time So aku pun cubalah call local bank ni nak mintak releasekan penggunaan di Bosnia. Pelik jugak sebab selalunya ok saja guna di oversea. Lain macam betul Pengalaman memandu di Bosnia kali ini OK nak call kena ada line. Belilah Sim Card kat satu kiosk luar airport tu. Call pula asyik terputus, lepas tu kredit pun habis hahahha … korang taulah kan kena tekan itu ini baru dapat nak cakap dengan customer servis dia.
Lagi satu kalau ikut kata kawan kawan aku yg kaki traveller nih, jumlah deposit yang tinggi tu ada kena mengena dengan full insurance atau basic insurans yang kita orang amik. Selama hari ni pi mana pun kami amik basic jer. Drive kat New york dulu pun basic sahaja
Akhirnya Add sahajalah 2nd Driver !
Give up dah. So we all decide untuk tambah additional driver. Cost for additional driver dalam 9 Euro sehari. Additional driver ni ialah wife aku, dan dia gunakan credit card international CITIBANK. Settle akhirnya. Eksen wiffe aku sebab dia cakap citibank ni selalunya memang okay. Tapi memang betul pun, senang sahaja nak buat pengeluaran di ATM machine.
So info untuk korang kalau travel pastikan ada International CC yer.
Tapi ada satu part paling kelakar, Lesen wife aku ni mati pulaakk rupanya hahahah.. Adeeh memang tak perasan, selama hari ini dia drive lesen mati . Masa awek tu tengah isi dia cakap eh lesen macam dah mati bulan 5/2019 . 🙂
Tapi nasib baiklah awek kaunter yang peramah tu tak kisah. Dia cuma kata..
”Just make sure you don’t drive yah… let your handsome husband drive!” hehehe.
Itulah kisah kelam kabut di airport Sarajevo Pengalaman memandu di Bosnia. Sampai Airport tu lengang lah.
Dapat Kereta lain jugak daa..
Kereta yang we all booking ialah Chevrolet Cruze station wagon tapi yang dapat model Skoda Fabia. Walaupun still kategori station wagon tapi kecil sedikit dan bag pun kena sumbat-sumbat sikit.
Mula-mula frust jugak sebab dapat kereta yang tak berapa baru dan kecil tapi hikmahnya ialah kereta tu muat-muat aje melalui lorong ke rumah Airbnb kami. Aku tak sure kereta lain di Bosnia ni, tapi kereta ni seakan jimat petrol. Bila berhenti kat trafik light, lepas clutch semasa ada gear…enjin akan berhenti.
Bila korang tekan clutch semula enjin hidup semula. Aku perasan bas di Jepun macam ni jugak.
Jalan Dari Sarajevo Ke Mostar
Kami mula bergerak dari Sarajevo airport dalam pukul 5 petang. Keadaan dah macam maghrib sebab sunsetnya pukul 4.45petang. Our destination ialah Mostar. Sarajevo ke Mostar kalau direct dalam 2 jam setengah tapi akan stop sebentar di Jablanica untuk pekena kambing golek or kambing bakar for dinner.
Dari airport Sarajevo tu ada jam sikit mungkin sebab orang balik pejabat. About 15 minutes lepas tu korang akan memasuki highway. Ada dua option. Nak ikuthighway atau jalan lama. Kitorang pilih highway (A1) sebab nak senang dan Selamat. Jalan highway macam highway PLUS kitalah jugak cuma kat sini yang uniknya ada banyak terowong.
Ada tol di highway ni ye..hehe. Korang boleh bayar dalam Mark, Euro ataupun kad kredit. Tapi aku cadagnkan korang tukarlah sikit duit Mark di airport..or at least ada sikit Euro untuk tol ni. Tak banyak pun. Kurang dari RM10.
Jalan yang banyak liku-liku tajam
Lepas tol korang akan lalu jalan biasa yang berbukit bukit dan berkona-kona. Sekali sekali 2 lorong unutk memotong dan mostly single lane. Harap bersabar. Drive safely. Waktu kitorang drive tu memang keadaan dah macam pukul 11malam sedangkan masa tu baru pukul 6 petang. Aku ingatkan dapatlah suasana macam menjelang magrib tapi yang sebenarnya Jalan memang gelap, ini lah pengalaman memandu di Bosnia. Totally different banding di cappadocia.
Agak challenging jugaklah Pengalaman memandu di Bosnia ini. Ada satu area tu dah macam turun naik Genting jugaklah. Tapi pemandu tempatan tak akan cucuk-cucuk korang kalau korang drive slow, lebih lebih lagi no platenya ada tulis kereta sewa. So tak rasa pressure lah sangat.
Parking di Mostar
Di Mostar jalannya tak luas so parking memang sukar. So kalau boleh, planlah untuk parking di satu tempat dan korang boleh berjalan-jalan saja dari situ. Macam kitorang ni, kereta parking di rumah je, sebab kawasan tempat-tempat yang nak pergi tu semuanya walking distance.
Perjalanan dari Mostar ke Blagaj senang saja, tak banyak simpang. Cuma waktu tu hujan dan kami perlu berhati-hati sebab disebabkan banyak kawasan laluan air.
Dalam perjalanan balik ke Sarajevo, barulah kitorang sempat melihat pemandangan yang cantik di sepanjang jalan. View sungai dan gunung semacam dalam poster..fuhh amat kagum. Air sungainya pulak warna kehijauan.
Ada few stops yang disediakan untuk korang ber OOTD.
Memandu di Sarajevo lebih kurang sama macam memandu di bandar KL atau JB. Lots of traffic lights, simpang and kereta potong line heheh.
Lesen Malaysia Dah Cukup
Jangan risau pasal lessen ya. Kebanyakan negara yang guna left-hand drive ni biasanya terima lesen memandu Malaysia. So korang jangan risau sebab korang tak perlu ada International Driving Permit (IDP).
Driving license kita dah cukup dah. Semasa di USA dan UK pun kitorang guna lesen Malaysia je. All good!
Cuma aku ada dengar perbezaan antara International licences and Our licence ni tetapa ada beza terutamanya jika berlaku kemalangan. Proses akan jadi lebih susah .
Kalau korang nak tengok gambar travel aku yang lain boleh tengok di instagram cari #fairasaznitravel or FB aku dah compile gambar2 travel di turkey and bosnia. Manalah tahu boleh bagi inspirasi pada korang, nak best lagi boleh tengok journey aku dalam highlights IG aduh ini lah Pengalaman memandu di Bosnia, bila dah balik Malaysia macam smooth tapi masa saat itu ada masa panik juga
So dah bersedia untuk travel ?
nak g cappadociaaa nak naik belonn hiksss . nasib la boleh adjust ltk second drver kan … agak tggi juga booking fee tu
huhuh tu ler lisa… sib baik dapat settlekan masalah nih . kalau tak jenuhh..