Tips Kemas Rumah Versi Tuan Rumah Tak Berapa Rajin dari cikgu Dee di dalam group kemaswith hani. Memang best betul baca, sambil baca tu macam refleks diri sendiri sebab rasa macam lebih kurang sama je macam aku . Ada hari mood nak kemas datang, ada hari malas hahaha. So ini tips dari orang yang smart!
Table Of Content
- Rajin, Tak Rajin and Pemalas
- 7 Tips Kemas Rumah Versi Tuan Rumah Tak Berapa Rajin
- Setiap barang pastikan ada tempat masing2.
- Ambil barang letak balik di tempatnya.
- Jangan bertangguh.
- Bangun seawal pagi.
- Bagi semangat pada anak-anak untuk mengemas rumah.
- Jangan simpan banyak barang.
- Displin… Displin… Displin
- Korang Rajin ke tak ? Gunalah 7 Tips Kemas Rumah ni sebagai guideline
Aku setujulah macam Cikgu Dee cakap untuk Tips Kemas Rumah ini. Ada orang yang tak berapa rajin tapi masih nak kekalkan rumah yg teratur… ada caranya. Inti pati perkongsian ini dari cikgu dee tapi aku olahkan mengikut acuan aku sikit sikit.
Kalau ada mood tu bukan main semangat, malam sebelum dah cakap dengan abam siap siap sehari sebelum. Kita kena sama-sama bangun nak kemas rumah weekend ni.
Aku rasa best baca ni dan aku mintak kebenaran untuk kongsikan di blog aku. Nanti bila bila mood aku takde aku suka baca blog aku balik
Rajin, Tak Rajin and Pemalas
haa hangpa yang mana ? Benda ni subjektif. Mari kita sama sama selami dan fahami kita berada di mana.
Tapi apa maksud TAK RAJIN?
Kalau RAJIN tu tahap hari2 mop rumah, lap habuk, vakum. kiranya rumah tahap takde habuk dan sentiasa bersih, kemas, cantik dan teratur.
Rumah aku sama macam rumah cikgu Dee, tak macam tu tapi orang kata tahap sedang2 aje. Jadi kami kategorikan diri sebagai TAK RAJIN tapi bukan malas.
Orang malas pulak? orang malas ni masuk rumah dia nak pijak lantai pun geli, sampah tak terbuang. Barang barang banyak longgok sana sini. air tumpah dibiarkan haaa macam tu.
Orang cakap nak tau rumah orang tu rajin ke tak kena tengok bilik air dia . heheh betul tak?
Paling teruk kalau ada penyakit “hoarder” yang suka kumpul barang barang lama tapi tak tersusun. Sampai tak nampak lantai. Kalau rancangan Mat salleh kita dapat tengok macam macam lah spesis ni. Tapi negara kita belum nampak lagi.
BACA : Cara buang dan lupus barang lama
7 Tips Kemas Rumah Versi Tuan Rumah Tak Berapa Rajin
Setiap barang pastikan ada tempat masing2.
Contoh… Kain buruk ada tempatnya. Kain lap ada tempat dia sendiri. Tak boleh campur2 sbb kegunaannya berlainan. Contoh… kain lap tingkap, kain lap dapur, kain lap pinggan, kain lap lantai.
Aku versi ni, memang pantang kalau abam suka hati campur or guna sebab tu lah aku venture buat part time dengan bisnes norwex. Memang teruja sikit bab kain
Ambil barang letak balik di tempatnya.
Ini tips paling basic. Kalau se-simple ini pun tak boleh ikut, tak tahu nak kata apa. heheh tapi aku terkucil jugak bila malas. Malam-malam minum air depan tv pun ahli rumah ni boleh biar jer. So mak ni lah tukang kutip semuakan.
Tapi betul, kalau semua orang jaga part ini. Memang rumah akan nampak kemas cara tak lansung.
Jangan bertangguh.
Nampak lantai kotor atau apa2 aje tertumpah atau berterabur terus lap masa tu jugak. Kenapa nk tangguh??? Kalau tangguh nanti tumpahan kering teruk nak tenyeh masa mengemop. Jangan sengaja cari susah.
Nampak? Terus buat! Paling baik ajar anak2 buat sendiri. Jangan jadikan anak-anak tu tuan putera dan tuan puteri latih buat kerja rumah.
Cuci tandas semua tu ajar!! Kalau cuci tandas pun tak nak ajar anak nanti bila besar nak tukar pampers mak ayah pun geli. perghh padu cikgu dee cakap.
hahah betulkan kata cikgu Dee ni. Iman ada penyakit penggeli jugak, dulu nak suruh dia buang sampah agak susah sekarang ni dah pandai dah
Bangun seawal pagi.
Bila jadi mak ayah kita kena bangun awal pagi sebab ada banyak kerja nak dibuat. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Ada setengah orang bab tidur ni tak brp nak jaga sbb tu jadi layu dan mudah sakit, stress serta slowwwwww buat kerja.
(tapi sekarang pagi buang masa ngadap phone pulak kadang tu .. kih kih)
Tidur mesti cukup. Kalau ada kekangan contohnya jaga anak kecil atau menyusukan anak…. haaa… di situ si suami kena main peranan lebih.
You have to balance the workload of your wife. Contoh.kalau isteri letih sebab tak cukup tido. suami kena take over urusan sarapan dan lain2 yg mana sesuai. Kalau suami pulak kena jaga tidurnya sebab kerja syif ke isteri jangan kacau dan kena pastikan suami cukup tidur.
Konsep jaga tidur ni akan menjadikan kita cergas di siang hari dan ada banyak masa dan tenaga nak lakukan aktiviti seharian. Siapa kata senang nak manage keluarga. letih ooo. sebab tu kena jaga diri.
Alhamdulillah , kami anak beranak tak rajin tak malas. Tapi adalah laki bini siapkan projek DIY kitchen cabinet, pasang accent wall, setup workstation. Lepas tu baru siapkan walkin closet untuk simpan baju and tudung lebih kemas dengan produk ikea
Bagi semangat pada anak-anak untuk mengemas rumah.
Alaaa..biasa aaa,bayar upah atau bg hadiah kepada anak2 kalau berjaya tolong kita settle keje rumah. Dengan anak2 memangg kena buat mcm tu sebab anak2 ni bijak kalau dia tak rasa dapat apa2 dia malas nak buat.
Kita bukan nak galakkan anak2 mintak duit tapi bayar upah adalah fasa pertama dalam memaksa anak2 biasa buat kerja rumah. Setengah orang senang nk mintak kerjasama anak2 tapi ada juga yangg terpaksa sediakan insentif supaya anak2 bersemangat nak buat kerja.
Terpulang cara masing2. Janji biasakan anak pegang penyapu, mop, basuh pinggan, cuci longkang, cuci tandas. Mak ayah yg tak brp rajin kena la WORK SMART... kerah anak2 utk buat kerja.
Ianya bukan semata2 utk memudahkan kita tetapi mengajar mereka survival skills. Esok esok mereka jauh dari kita takdelah asyik order Food Panda, Grab Food aje.
Nak kemas rumah upah orang?. benda boleh buat sendiri kot. Lagi best bila dewasa nanti anak2 kita bakal disayangi orang kerana ringan tulang dan pandai urus diri dan rumahtangga.
Jangan simpan banyak barang.
Hanya simpan barang2 yang betul2 digunakan. Kalau jarang2 guna boleh sedekahkan atau kurangkan jumlahnya kemudian simpan di stor atau kabinet tinggi. Tabiat shopping tu boleh tapi pastikan dah beli baru. Sedekahkan/jual yang lama. Kadang tu satu rumah boleh ada smpai 3 blender, 3 rice cooker (kalau lain saiz takpe lagi tp kadang tu sama aje) dan macam2 lagi yg sebenarnya boleh dikurangkan jumlah.
Heheheh aku lah nih.. ada 3 blender. 1 dah selamat bagi kakak aku, bila aku decide beli TM6 aku memang berazam nak kurangkan barang dalam rumah. Counter top kat dapur tu kalau boleh nak clean jer
Lagi banyak barang lagi penat nak kemas rumah dan lagi banyak tempat berhabuk nak dilap. Mainan anak2 kalau nak beli amalkan konsep beli 1, sorok 1. Selang beberapa bulan boleh keluarkan mainan lama. Anak2 jadi teruja nak main sebab dah rindu mainan tu.
Haha… jimat duit beli mainan baru.
Lagi satu. mak mak yg ada anak kecil kena selalu check mainan anak2 dan buat clearance bersama2 mereka. Bagitau yang kita nak hadiahkan kepada org susah yang tak mampu beli mainan. Mereka akan teruja utk sama2 membantu. Di situ kita dah boleh didik budaya tolong menolong dan mengasihani orang yg kurang berkemampuan.
Displin… Displin… Displin
Cikgu Dee cakap. Displinkan anak2 dan yang paling utama., disiplinkan diri sendiri sebab kita ni contoh kpd anak2. Kita buat sambil lewa, anak2 apatah lagi. Kita malas, anak malas dua kali ganda. Kita tak ikut peraturan rumah kita sendiri, jgn harap anak kita nak ikut.
hahah aku ada hari malas, ada hari cerewet. memang pantanglah bab campur kain lap2, pantang makan kat sofa. Tapi ada hari memang aku pun selambat jugak
Lead by example, understand???
Contoh displin:- Ambil barang, letak semula di tempatnya- Jgn makan dalam bilik tidur- Jangan minum minuman manis dalam bilik tidur. Kalau nak minum pastikan jgn tinggal cawan ataupun kesan tumpahan sebab confirm semut akan datang.
Buang sampah dalam tong sampah, bukan bawah sofa – Kemas rumah secara konsisten setiap hari-hari. Ajar anak2 ikut peraturan dan tegas sampailah anak2 dah besar dan boleh praktikkan tanpa perlu diperingat lagi. Kira mcm dah jadi tabiat.
Selagi belum jadi tabiat (habit) you have to keep telling them what to do. Sebenarnya kalau betul2 displin… anak2 cepat je faham. Budak2 mudah dibentuk. Kita ni yg susah,tak reti2 nk ikut undang2 sendiri
Korang Rajin ke tak ? Gunalah 7 Tips Kemas Rumah ni sebagai guideline
Dulu ada seorang makcik tua pernah pesan pada saya dan saya ingat smpai sekarang
“Kita orang pompuan ni bilik tidur kena jaga, kalau boleh biar berhias macam bilik pengantin. Kalau rumah tak sempat kemas, jaga bilik tidur pun jadi le. Itu le antara kunci kebahagiaan suami isteri”.
Mendalam sungguh tapi saya takdelah hias mcm bilik pengantin… cukup sekadar nampak Ok di mata sendiri. Dah nama pun TAK RAJIN…. kannnnn?
No Comment! Be the first one.