Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti , lakonan remy ishak, nad zainal dan mimi lana. Plot ala ala Drama the world of married. Ada kena mengena dengan faktor kecurangan dan kesetian. Kehidupan perkahwinan yang aman damai tetapi goyah atas onar kawan sendiri .
Table Of Content
Ye kawan baik sendiri.!
Ada beberapa drama English pun macam ni, tapi jom kita tengok drama yang dalam konteks culture Malaysia pula. Bagaimaan pengarah mengolah drama ini yang telah bermula pda 15 oktober di Tv3. Bisakah drama ini membuatkan hati kita juga disakiti
.
JUDUL : HATI YANG TERSAKITI
- EPISOD : 15
- TARIKH TAYANGAN : 15 Oktober 2020
- WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
- SIARAN TV : Samarinda TV3
- PENULIS SKRIP : Azril Hamzah
- PENGARAH : Feroz Kader
- PRODUKSI : Art Ornament Sdn Bhd
- PELAKON : Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana, Riz Amin, Husna Mustaffa, Meor Mohd, Fad Anuar, Ainina Ahmad, Rahim Jailani, Sharifah Anthash
BACA : Drama Cintaku Sekali lagi Lakonan Nelydia Senrose, Hannah Delisha, Saharul Ridzwan
WATAK PELAKON
- Remy Ishak sebagai Haris
- Nad Zainal sebagai Mona
- Mimi Lana sebagai Farah Azira
- Riz Amin sebagai Adrian
- Husna Mustaffa sebagai Nina
- Meor Mohd sebagai Ihsan
- Fad Anuar sebagai Latif
- Ainina Ahmad sebagai Puan Aminah
SINOPSIS DRAMA HATI YANG TERSAKITI
kisah 2 sahabat yang bernama Mona dan Farah, mereka telah berkawan baik sejak mereka belajar di kolej, kemudian terpisah dan selepas beberapa tahun, mereka berdua bertemu kembali.
Mona kini hidup bahagia dengan suaminya, Haris walaupun belum dikurniakan cahaya mata. Namun, rumah tangga yang dibina berdasarkan kepercayaan mulai tergugat. Mampukah ia diselamatkan dan persahabatan yang terjalin lama dimuliakan? Atau bakal ada hati yang tersakiti ?
Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi. Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya.
Semuanya kerana Haris (Remy Ishak) hanyalah seorang penghantar surat. Kirannya jauh panggang dengan api. Masa berlalu berkat usahanya, haris akhirnya berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT). Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis.
Keakraban farah dan mona dihujung pengajian mereka tidak seperti di awal tahun pertama. Kerana pilhan Mona membuatkan Farah merasakan mereka sudah putus sahabat. Seperti tidak layak bergandingan dan bergaul Bersama
Sangat terselah bila mana farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja., masing- masing dengab alas an sendiri.
Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Maknanya Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita dan hubungan persahabatan mereka terputus begitu sahaja,
BACA : Sinopsis Kampung People 2
Masa berlalu, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka walaupun masih belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan.
Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian.
Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu.
Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah.
Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya. Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya Maka disitulah konfilik rumahtangga bermula.
Dahulu perkahwinan mereka masih utuh walaupun belum mempunyai zuriat, tetapi kerana gangguan pihak ketiga hubungan yang selama ini damai dana man bergoyang dengan kencang
Konflik konflik ini lah yang akan mendebarkan penonton dan akan membuat kita hilang sabar. JOm kita tonton siaran drama ini di TV3
Harap-harap Harris tak berlaku curang.