Scammer di Turki | Aku nampak trend sekarang semua orang nampaknya beralih arah ke Turki. Selain dari faktor tiada kuarantin disana, faktor currency yang rendah berbanding RM aku rasa ramai yang dapat travel ke sana dengan bajet yang tak sekeras kalau ke ‘Swiss” atau negara Eropah lain .
Table Of Content
- Pengalaman Travel ke Turki 2019
- 10 Contoh Scammer di Turki yang perlu korang alert!
- 1. Scammer carpet dan teksi tak pakai meter
- 2. Scammer peramah
- 3. Scammer restoran
- 4. Scammer mangsa ugut
- 5. Scammer mintak sedekah
- 6. Scammer di Taksim
- 7. Scammer jual fake perfume
- 8. Scammer pick pocket
- 9. Scammer org Iran
- 10. Scammer tukang lap kasut
- Sekarang dah makin kurang Scammer di Turki
- Rakyat turki pun banyak terkena dengan Scammer di Turki
- Selamat Bercuti ke Turki
Kalau masuk group travel sorang sorang dah beli tiket lah, siap kongsi itinerary nak pergi sana . Panas je hati aku ni. Sekarang aku mampu kumpul info sahaja sebab aku nak pergi turki tahun 2022 atau 2023 kalau panjang umur huhuhu
Turki ni memang best. Aku pun tak sangka best!
Pengalaman Travel ke Turki 2019
Trip turki aku tahun 2019 sebelum covid19 melanda meninggalkan satu memori yang best untuk kami sekeluarga. Rasa tak sabar nak repeat sebab trip kami tu hanya sempat cover 3 tempat utama. Negara Turki ni besar sangat oit, ada Asia dan Eropah
Aku tak dapat bayangkan orang yang join trip travel ejen bawak semua tourist tu, yang aku tahu mereka touch n go dan banyak habiskan masa dalam bas. Penatnyalah haiiii.. Berbanding trip kita orang yang DIY memang perjalanan yang rileks rileks sahaja siap pergi hammas hahaha.
Sebelum pergi turki tu aku memang ada dengar pasal scammer Turki ni, alhamdulillah tak adalah nasib tak baik Syukur sangat, tapi perkongsian sorang traveller di FB ni buat aku seram sejuk pikirkan pengalaman orang yang tak bernasib baik ni.
Korang boleh refer itenari aku untuk trip turki & bosnia dan jangan lupa pengalaman memandu kita orang di cappadocia
korang boleh baca juga pengalaman kawan aku kena scam di turki
10 Contoh Scammer di Turki yang perlu korang alert!
Antara spot2 yg bahaya di dalam Old City, Istanbul adalah di Sultan Ahmet, grand bazaar Beyazit, Çamberlitaş, gulhane, sirkeci, eminönü, Aksaray, Yusuf Paşa, Taksim, Karaköy, Kadiköy, Başiktaş dan beberapa tempat lagi di dalam Istanbul terutama di area old town Bermacam scammer ada, antaranya :
1. Scammer carpet dan teksi tak pakai meter
Kiranya dia orang ni scam harga mahal gila dan tipu harga dan ada jugak driver teksi pegang duit kita cepat2 dia tukar baki lain, dan kata kita bayar x cukup padahal kita dah bayar exactly dah.
Naik teksi masa nk byr tu kena tengok duit betul2, pastu tunjuk depan driver teksi tu dan ckp kuat2 dan jelas duit yg kita nk bg kt dia..
Di Istanbul nak naik taxi pastikan tanya meter hidup atau tanya harga dulu, paling terbaik dowload apps “i-taxi“, atau “b-taxi”.. InşaAllah selamat sebab taxi ni ikut meter dan ada camera dlm taxi so lepas sampai ke destinasi kita boleh bagi rating tentang driver taxi macam kita naik grablah
2. Scammer peramah
Baru kenal lepas terus ajak lepak, yang ini sangat bahaya diorang akan bawak ke tempat lepak2 minum kahve/çay sekali kena pau ratus2 silap2 ribu2.. Yang lagi bahaya kalau diorang bagi dadah ke ape diorang paksa kita amik, pastu dia tuduh kita beli dan amik barang tu dari dia
So hati2 laa terutama di kawasan Taksim, lebih2 lagi di waktu lewat malam. So nak jalan2 di Taksim sebaiknya sblm pukul 9-10 mlm sbb lepas tu kedai byk tutup dan club mlm mula bukak. Dan lepas tu akan ramai laa orang mabuk.. Nak ke Taksim bleh di waktu malam, tp sebaiknya jln berteman/group dan jangan berdiri lama di kaki lima Istiklal street sbb nanti mesti akan ada brother2 Turki yg tanya wat sesat jln pastu ajak minum laa atau scam duit laa mcm2 ada..
So jgn berdiri lama dan terus jalan atau masuk kedai2…
3. Scammer restoran
Kalau makan direstoran area sultan ahmet yg tak ada tanda harga, biasa kalau makan kat kedai/restoran ni contohnya bila kita order 2 menu sekali dia hantar 3-4 menu, padahal kita order 2 je, so kita kena bertekak dgn diorang last2 kita xda bukti dan kita yg kalah.
So terpaksa kena bayar jugak dgn harga yg berlipat ganda mahal, diorang biasanya akan sangat ramah dan pelawa bersungguh2 kepada kita makan kt kedai diorang. So hati2 jawab je dah kenyang hahaha..
4. Scammer mangsa ugut
Dia orang cakap dia orang adalah mangsa ugut kepada orang ARAB dgn alasan passport mati atau ada masalah kewangan dan lain2.. Jangan layan diorang…
5. Scammer mintak sedekah
Scammer ini akan menggunakan taktik secara paksaan. Mereka ini kebanyakkan dari org arab Syria yangg bwk stroller baby, budak2 dll (bagi 1TL xnak, nk 10TL, 50TL, 100TL haha, cuba bayangkan sehari berapa pendapatan diorang mintak sedekah secara paksa/bersungguh2)..
Ada jugak yg betul2 susah tp diorang ni ramai yg sindiket, nak tolong boleh tapi kena bagi kepada org yg tepat yg layak menerima sedekah/bantuan
- Aku hari bagi juga duit dekat beberapa orang ni masa tengah makan dekat restoran Malaysia sebab kesian tengok baby yang dikendong tu pakai kain dan tali sahaja
6. Scammer di Taksim
Ingat bila lalu kawasan Takim kena selalu berjalan terus, jangn lepak di kaki lima lama2 terutama di Istiklal street pd waktu mlm sbb ramai scammer bagi dadah secara paksa) dan ajak pergi tempat café, club, pastu kena scam dan kena Pau kaw2..
7. Scammer jual fake perfume
Mereka ini sebenarnya jual dengan harga yg mahal kata Original black market tp padahal fake parfume)..
8. Scammer pick pocket
Pick pocket ni memang merata ada, jadi korang kena berhati hati bila berada dalam tram/metro dan di bazaar2 yg tempat orang sesak seperti di Spice bazaar dan di Grand Bazaar Benyazit, memang bag kena letak kt depan peluk kuat2, sbb org yg pick pocket ni sgt2 laa licik dan professional..
Dh terjadi dkt banyak kes pelancong2 yang saya pernah bawak dulu walaupun dah byk kali bg peringatan
9. Scammer org Iran
Mereka ini menyamar jadi pelancong tiba2 tegur kita secara ramah yg pelik mintak amik gambar laa, pastu tanya kita asal dr mana, kalau kita jawab dr Malaysia tiba2 dia tanya yang diorang nk travel ke Malaysia dlm masa terdekat, pastu trick diorang akan keluarlah soalan,
boleh tak saya nk tengok duit/wang kertas Malaysia mcm mana???
Maka di sini saya nasihatkan janganlah sekali2 pergi layan kata ada duit dlm wallet kerana percaya diorang akan pukau korang dan mintak macam bersungguh2 nak tengok duit kertas dan diorang akan tunjuk duit diorang dalam wallet dia berkepuk2 nak bg kita tak risau,
lepas tu time kita nak keluarkan duit RM nak tunjukkan dekat diorang masa tu tiba2 diorang mintak kita tuliskan atas buku note diorang kata tolong tuliskan tempat2 yang menarik2 di Malaysia, so masa tu laa korang tak sedar yang wallet korang diorang kata nak tlg pegangkan, jadi masa tu laa duit korang akan lesap hahaha..
Jadi bagi je tau diorang kalau nk tau duit Malaysia boleh tengok google..
10. Scammer tukang lap kasut
Scammer ini aku buat taktik tiba2 lalu depan kita buat jatuhkan berus kasut, kalau terjadi buat tak tau Jangan tiba2 jd baik nak tolong panggil dia atau amik berus tu bagi balik.. Kalau tak memang mendapat laa kena paksa mintak lap kasut secara free, lepas habis lap sekali kena paksa dan ugut dgn bayaran sgt mahal hahaha..
So memang kena hati2 sangat di area old city Istanbul, tak boleh layan sangat org2 dlm Istanbul kalau yg tiba2 ramah pelik ni..
Sekarang dah makin kurang Scammer di Turki
Tak nak lah menakut nakut korang, scammer ni tetap berada di mana mana. Cuma kena berhati hati terutamanya yang travel sendiri nanti.
So jangan risau, demgarnya orang asing yang scam org ni banyak yg dah kena tangkap masuk jail dan kena deport dah… Kalau teksi yangg scam org di Istanbul pun ramai yg kereta teksi diorang kena angkut dan kena tangkap dgn polis sbb ramai org buat aduan..
Rasanya skrg scammer lebih susah sikit, diorang terpaksa usaha lebih utk SCAM orang haha.. Tapi nak berjalan2 di Old City Istanbul tetap kena hati2.
Kalau nak ramah dengan org Turki kena hati2 kecuali tempat2 atau kawasan Masjid/Camii yg kawasan org local Turki ramai.. Kat situ ramai org Islamic InShaaAllah lebih selamat laa kalau nk sembang2 dgn org Turki atau org Syria… Kalau di kawasan Sultan ahmet, Taksim, grand Bazaar kena hati2 kalau tiba2 nampak org Turki tiba2 ramah ajak lepak atau ajak singgah tengok carpet, jaket kulit ke, atau tanya jam pukul berapa ker..
Kena berani menjawab dengan senyum tetapi tegas Kalau di negeri2 selain Istanbul yg tempat ramai org Local Turki InShaaAllah kurang sikit scammer ni. Scammer byk tertumpu di kawasan/area/negeri yg ramai tourist.
jangan lupa baca entri yang lain gais
Korang boleh baca entri pasal turki dalam blog aku nih
- Itinerari Turki dan Bosnia
- Pengalaman Sewa kereta di Cappadocia yang pening kepala
- Tips Shopping di Istanbul
- 22 Fakta tentang Turki
Rakyat turki pun banyak terkena dengan Scammer di Turki
Cuma akhir2 ni orang local Turki sendiri pun ramai kena scam dengan Scammer macau, scammer jual brg di Instagram/online pastu nk saman kita masuk mahkamah, scammer menyamar jd Lawyer/Avukat.. Di Turki terlalu banyak Avukat(Lawyer) yang scammer yang terlibat operandi scam atas talian/online ni
Di Turki sekarang ni scammer dah nk jadi mcm Malaysia dah.. Tapi Elhamdulillah masyarakat Turki sekarang ramai yg dah sedar, sudah banyak berita-berita yang terpampang di television, social media dan lain lain
Selamat Bercuti ke Turki
Bestnya kalau korang yang baca entri aku ni dah siap bag nak pergi Turki. Insyallah korang takkan menyesal pergi turki. In fact aku sendiri enjoy di turki berbanding Paris. huhu paris tu busuk laa, ramai yang kencing merata dan ramai imigran.
Turki ni memang dekat di hati sebab sejaran islam othmaniah yang hebat dahulu kala dan pastikan korang pergi ke Topkap sebab ada tinggalan rasulullah dan para sahabat.
Angan angan aku, suami dan anak kami nak travel ke kawasan yang lain, yang bukan tourist spot ramai ramai. Masuk kampung dia orang. Moga ada rezeki kami nak sampai ke sana satu hari nanti
Baca ayat “tengah packing2 beg”…
Eh awak ni macam tau2 je.. tq for ur writing, much appreciate. Rezeki sgt ni jumpa blog awak, tq3. InsyaAllah semua tips2 info akan kusimpan rapi.