19 Tips Jimat Ke Switzerland RM5400 untuk 10 hari All In

Tips Jimat Ke Switzerland | aduii kacau, kacau. Nak pergi mana satu satu ni. Sat kata nak repeat Turki, pastu abam and Iman dah siap pasang angan angan nak travel ke Switzerland pulak. Bukan sekali iman cakap, banyak kali oit. Aku pun heran apa sebab yangd dia nak sangat travel ke Swiss. Siap boleh explain kenapa kena pergi ke sana nanti.

Selain dari Turki and Umrah, Iman pun boleh tahan pasang angan angan nak kesini. Habis tu.. heheh mak pak kaki nyongket (kaki Jalan) opkos lah dia pun sama.

Dan, tiba tiba aku baca perkongsian sorang brader ni dalam group travel ke switzerland. Aduh memang tak keruan dibuatnya. Tahun 2010 aku dah travel europe bersama suami dan abang aku, tapi kami touch and go sahaja di Switzerland nih sebab kos semua nya mahal huhuh.

swiss2010
masa ni kamera tikam. huh! tak puas hati tul tgk gambar

Tak cukup nak cover kalau nak tour 4 negara Europe tu. Tapi memang menyesal tak tidor di sana. Sepanjang perjalan naik train tu nampak macam lukisan semua pemandangan di Switzerland nih.

Disebabkan gambar aku tak berapa lawa so aku campur campur gambar dari geng fb yg kaki travel brader Zyafwan Razali yang buat servis ambik gambar pengantin jugak

Rupanya ada tips yang best macam brader anas kongsikan, terus aku PM untuk kongsikan dalam blog aku ni supaya senang untuk aku refer nanti. Kadang nak cari dalam group jenuh jugak. Alhamdulilalh tuan badan Izinkan.

Apakah yang dimasukkan Jimat definasi aku?

  • Dapat harga murah dari travel agency atau tour guide
  • Dapat menikmati travel dengan puas dan tidak bercatu
  • Dapat pergi beberapa tempat dengan harga yang murah

Perkongsian dari Brader Anas

Perkongsian ini dari brader anas yang telah mengulang sebanyak 6 kali ke sana. Jadi dah banyak trial and error yang dia dah buat. Bagi brader anas untuk mereka yang nak merasai syurga dunia dalam keadaan berjimat cermat sebab bumi swiss merupakan bumi yang paling mahal untuk segala benda.

Tarian dan lakonan Simran dan Raj dalam Dilwale Dulhania Le Jayengge sudah hampir 25 tahun tapi keasyikan dan paling utama adalah keindahan bumi Swiss sebagai latar tempat penggambaran filem ini.

Ayuh kita menjelajah bumi swiss.

brader anas
braderanas1
sakit hati tengok gambar ni kan! kemain brader anas

15 Tips Jimat Ke Switzerland

Kos dan bajet

Perkara pertama yang perlu diketahui adalah kos dan bajet bermula penerbangan dari Malaysia sehingga hati-hari terakhir di Bumi Swiss. Kehidupan dan kos di Swiss semua dan segala-gala mahal. Waima air mineral sekalipun. Tandas nak masuk pun berbayar. Namun jangan risau. Ada cara untuk menjadi murah.

Cari penerbangan yang murah

selalunya dalam RM1900-RM3000. Kalau dapat dengan harga tiket RM 2000 dah dianggap murah dan berbaloi. Satu tips terus booking melalui lama web syarikat airline tersebut.

ELAKKAN menggunakan apps dan lama seperti Skyscanner, airpaz dan lain-lain lagi. Sebab kadang ada cas tersembunyi yang kita tak jangka.

Set hari untuk travel

Pastikan berapa hari untuk mengembara di sana sebb kita perlu merancang untuk menggunakan pengangkutan awam atau menyewa kereta. Pada hemat saya dan sepanjang 6 kali ke sana, menggunakan kenderaan awam adalah paling berbaloi..kenapa? Nanti saya ceritakan di bawah.

Rancang lokasi penginapan dan hotel

Penting untuk tetapkan lokasi penginapan dan tentukan hotel atau hostel atau air bnb yang sepadan dengan poket. Kalau hostel di sekitar Lauterbrunen boleh dapat dengan harga RM180-250 untuk semalam dan RM400 hingga beribu-riban untuk hotel berbintang-bintang,

Lokasi yang ingin dituju

Tentukan juga mana lokasi yang perlu ditujui agar tidak membuang masa di tempat2 yang sekadar perlu touch and go dan tempat yang perlu menginap dan luangkan sekurang-kurangnya 2@3 hari.

Tips Jimat Ke Switzerland

Beli Swiss Pass Travel

Pastikan membeli Swiss Pass Travel.sangat berbaloi-baloi dan kalau ada anak bawah 16 tahun tak perlu pn beli tiket tambahan free sahaja. Harga Swiss pass Travel boleh di dapati dengan 3…4…8..15..atau 30 hari

kalau 4 hari dalam lingkungan RM1200 dan boleh semak harga di laman web SBB.

Kenapa Swiss Pass Travel Berbaloi

Sebab anda boleh dah naik semua pengangkutan awam 24 jam secara percuma merangkumi bas,, tram train,cruise dan juga cable car ke kawasan pergunungan. Bayangkan kalau sehala perjalanan dari Zurich ke Zermaat tanpa swiss pass kos sehala adalah RM500 lebih yer sehala, belum ke sana sini lagi pernah hitung kos pengangkutan awam saya selama 10 hari di sana tanpa Swiss Pass boleh menjangkau RM15 000 hingga RM 20 000..

Jadi buat lah pilihan yang bijak, setelah tu pastikan install SBB appsmudah dan senann masukkan destinasi ke mana..terus dia akan beri maklumat jenis train…jam ketibaan dan jam sampai ke destinasi semua lengkap dan sangat mudah. Serta platform berapa nak kena tunggu untuk next train..tersangat mudah…

Tips Jimat Ke Switzerland

Swiss travel pass naik percuma

Dengan SPT ini kita dapat naik ke pergunungan Murren dan Schilitorn secara percuma . tanpa SPT kos lebih kurang RM400…ke pelantar penggambaran Jame Bond.dan dgn SPT juga kita dapat menikmati pemandangan di Tasik Brienz secara percuma.

Dan jika ke bandar Luzern pun sama kita boleh naik mini Cruise juga secara percuma di terminal Luzern dan singgah di Kussnatch am Rigi dan naik pula train ke pergunungan Rigi Kulm yang sangat cantik dan secara percuma. Dan jangan lupa gunankan percuma ini untuk naik keretapi ke perkampungan Wengen dan pasti kita dihidangkan sudut pandang perkampungan Lauterbrunenan yang sangat cantik,

Jadi tak perlu lagi kita nk habiskan duit ke kawasan-kawasan yang berbayar sebab lokasi lokasi yang disebutkan ini sangatlah cantik. gunung2 ni bersalji yer..

Luangkan masa sekurang kurangnya 3@4 hari di Interlaken..

sebab di Interlaken ni ada west dan ost, jadi interlaken ni sebagi pusat yang blh menghubungkan kita dengan lokasi2 seperti lauterbrunen 30 mint perjlanan.30 minit ke iseltwald…dan 30 minit ke grimwald..malah di sini juga tepi stesen keretapi blh trys naik cruise guna SPT dan pusing sekitar subgai interlaken dan tasik thun dan briez

Lokasi wajib anda menginap

Sekurang kurangnya 1 malam adalah Zermaatt iaitu sebuah perkampungan tradisional tanpa kenderaan peribadi nyaman dan tenang..awal pagi subuh2 harus bangun dan menjengah puncak gunung Materhorn dan boleh menggunakan cable car paradise utk naik ke puncak matterhorn secara dekat atau ambl sahaja train gonegrat keliling kawasan zermaatt ada satu kedai kebab milk org turki dinzermatt .

Tasik Blausse

Pastikan kita wajib ke Tasik Blausse iaitu tasik kebiruan yang sangat cantik..harga tiket masuk adalah 10CHF lebih kurang 45 hengget saja

Tips Jimat Ke Switzerland

Harus Ke Swissmenn

jejak DLLJ kita harus ke Swismenn. ke Gstaad dan Saanen..melihat kedai2 dan lokasi penggambaran scene kajol tertinggal keretapi.scene latar di mana shah ruk khan mengorat kajol ohhh sungguh mengimbau kenangan

Kampung tradisional Appenzell

Kalau minat lagi perkampungan tradisional silalah bertandang ke Appenzell..

Coklat2 dan cheese banyak dihasilkan di sana, perjalanan 2 jam dari bandar zurich akan menjanjikan pemandangan yang cantik dan indah

Pastikan naik pass yang sah

Pesanan pastikan naik kenderaan dan pass serta tiket yang sah..kalau tidak mahu didenda sebyak 1000 hengget ya..awass walau pemeriksa tiket tidak menyemak dan buat pemeriksaan..takut2 terkena makan tak habis..

Wajib makan Croissant

Makanan wajib dicari sepanjang di sana ialah Croissant berintikan nutella dan kacang hazel serta kopi machiato karamel yg sedapp…

Bawak makanan dari Malaysia

bawa makanan dari Malaysia dan panaskan dalam microwave simpan dalam bekal dan bawa sbagai bekalan sepanjang perjlanan seharian

Tak payah beli air mineral

Air paip di swiss sangat bersih..tak perlu pn beli air mineral evian bagai..bawa botol kosong dan tadah je akat paip2 air yang disediakan di beberapa tempat tumpuan sbb air di swiss tersangatlah bersih..

Bern, Zurich dan Geneva cukup sekadar touch & GO

Tiada apa yg menarik kecuali anda memang kaki shopping coklat2 dan jam

  • Heheheh bentul sangat cakap brader anas, kita orang pun beli jam dan cekelat disini. Wajib beli jam oit sebab murah

Penginapan terakhir di Zurich

Pastikan penginapan terakhir ialah di Zurich andai penerbangan balik dari Zurich airporrt dan carilah hotel bajet sekitar airport, cadangan ibis budget sbb 3 minit sahaja perjalanan dari airport…

Kos Keseluruhan Tips Jimat Ke Switzerland

Jadi kos keseluruhan selama 10 hari

  • Flight RM 2000
  • SPT RM 1800
  • Hotel berdua RM 400 dan bahagi dua semalam RM 200 (RM 1600)
  • Total Hangus RM 5400/person

Brader anas hanya membawa wang tunai sebanyak RM 1500 dan bawa pulang baki sebanyak RM 800Selebihnya habiskan dgn membeli croissant minum kopi Machiatoo dan makan buah buahanasi makanan bertin semua bawa dari Malaysia…

Inilah tips saya sebanyak 6 kali ke Bumi Swiss., bukan saya kaya tapi saya merancang dengan memerhati dan melalui pengalaman. Boleh cuba Tips Jimat Ke Switzerland ini

Brader Anas

Tunggu update details itinerari brader anas dalam next entri tau

5 Comments

  1. Saidila Abdul Rahman November 15, 2021
    • azni November 17, 2021
  2. Aisya Ismail November 16, 2021
    • azni November 17, 2021
  3. farhana January 29, 2022

Add Comment

error: Content is protected !!