Tshirt labuh Hana Tajuddin yang semi kasual

Kalau dah namanya mak mak mestilah nak cari yang mudah dan senang, tapi bagi aku pulak still nak yang bergaya dan cantik. Jadi yang penting cara kita gayakan baju dengan padanan seluar, kasut dan handbag akan membuatkan baju yang kita pakaikan nampak berbeza. Haa inilah aku nak story mory.. yang … Yeay aku dah ada baju koleksi Hana Tajuddin.

Untuk aku lah yer.. aku ada masalah sikit nak cari baju muslimah ni. Sebab aku tak berapa berkenan dengan yang ada di pasaran. Selalunya aku tengok cutting nya mcm straight sangat dan tidak berjaya menarik minat aku. Camana aku nak cakap erk .. hehehe.. okaylah macam tak ada design.

hanatajudin2

BACA : Gaya dan warna yang sesuai untuk orang 40an 

Bila aku browse baju baju di IG @hanatajuddin ni mula mula opkos laa aku terpesona dengan warna warna pilihan yang disediakan.  INi kira macam jatuh cinta pandang pertama. Kiranya warna warna yang tengah IN Thing laaa sekarang ni. Sweet jer. Tengok model pakai memang lah cantik , dengan harapan akan cantik macam model jugaklah heheh. Tak salah berangan kan !

Walaupun nampak basic tapi “terletak”elok dengan model ni. Aku rasa la.. material yang memainkan peranan penting untuk faktor “terletak” tu..

 

hanatajudin5

Baju koleksi hana tajudin ni dikenali dengan nama TEELICIOUS BASIC TEE 2.0 .

Bila dapat parcel baju ni, memula rasa macam skeptikal eh tebal baju ni.. takut pulak rasa panas. To be frank aku ni dah terikut perangai abam aku, sangat sangat mementingkan material kain. Tak payah beli banyak banyak. Beli yang betul betul berkualiti, sedap mata memandang dan sedap memakai. Kalau tak sedap memang tak pakai.

So i keep to myself, balik rumah nanti try test dulu. Satu lagi  aku risau kalau pakai baju tebal nampak gemuk pulak. Hahah sebab tak berapa nak kuruskan .Tetapi kalau baju yg nipis pula ada kelemahan lain, contohnya baju material dari jenis lycra ianya lebih mudah melekat pada badan kita so mengikut bentuk badan. NO No.. kena avoid lah erk. Gitulah cara perempuan pikir. Nak lawa, nak murah dan nampak cantik semua yang elok elok lah hahahah. So baju ini bukalah baju yang melekap di badan dan sangat labuh menutup pinggul.

Tshirt labuh hana tajuddin

So ini yang aku nak puji untuk baju dari hanna tajuddin walaupun tebal tapi stretchable dan tidak melekat. Ada salah seorang kawan yang sarat mengandung pakai pun nampak molek jer dan bergaya.  Dan aku pun tak nampak gemuk sangat kaaaan… cuba korang tengok gambar aku ni.. okay tak ??

Weekend ni aku dah menggayakan baju tersebut masa dating berdua dengan abam ni ha. Dapat green light hahaha molek sangat katanya. Penting tau kalau sparing partner bagi input macam ni. Sebab kalau dia tak suka kita pun tak ada mood nak pakai. Cam nak kena beli lagi lah erk .

So amacam? Okay tak untuk mak umur 44 tahun ni? Ada nampak macam orang muda tak ? Hahahahha (lawak jer korang oit). Yang penting nak baju yang tak perlu iron ini laa pilihan yang terbaik

Hana Tajuddin

 

Apa yang best sangat Hana Tajuddin

Aku nak citer panjang pun tak guna, aku summarise apa yang aku rasa. Ini real punya experience.

  1. Tidak payah iron lansung
  2. Kain tebal tapi tak panas
  3. Labuh tapi masih ada style
  4. Sesuai untuk gaya muslimah
  5. Ada potongan tepi – aku suka part ni, ini yang membezakan dengan baju muslimah yang lain.
  6. Sesuai untuk pelbagai occasion – outing, riadah
  7. Pilihan warna yang menarik

Setengah orang nak cari baju labuh macam ini untuk beriadah, kalau ikut yang aku baca Teelioucious dari Hana Tajuddin ni  boleh juga bawak bersukan. Tapi hehehe aku sayang sebab baju ni sangat sesuai untuk berjalan jalan dan banyak memudahkan kerja aku yang tak berapa rajin nak Iron.  Kalau nak buat baju untuk Family day pun sesuai uolss.. sebab nampak style gitu. Bukan typical baju family day.

 

So korang korang haa aku dah share kelebihan baju ni apa lagi, pergilah melawat outlet hana tajuddin or browse IG derang tuu…

Selamat shopping heheheh

owh baju aku ni kaler sakura pink. Kalau korang nak terus beli naaah.. aku bagi link terus kat sini untuk Sakura Pink

hanatajudin

HANA TAJUDDIN

C-23-1 Jalan Serai Wangi L/16L,
Sek 16, Alam Avenue 2,
40200 Shah Alam, Selangor

Tel : +603-55240841

Open : Everyday / Time : 9.00am-6.00pm

Website: http://hanatajuddin.com.my
Instagram: @HanaTajuddin
Facebook: https://www.facebook.com/HanaTajuddinHT/

17 Comments

  1. SalinaJohari February 26, 2018
    • azni February 26, 2018
  2. IQ aka Izyan Balqis February 26, 2018
    • azni February 26, 2018
    • azni February 27, 2018
      • IQ aka Izyan Balqis February 28, 2018
  3. mas saari February 26, 2018
  4. athirahassin@trex February 27, 2018
    • azni February 27, 2018
  5. Ema February 27, 2018
  6. Qaseh February 27, 2018
    • azni February 28, 2018
  7. lisak March 1, 2018
  8. fizafantagiro March 2, 2018
  9. shazillahsani March 2, 2018
  10. Bella idura March 7, 2018
    • azni March 7, 2018

Add Comment

error: Content is protected !!