Bukit Gasing untuk beginner yang baru nak berjinak

Finally tercapai hajat nak memanjat bersama anak dan husband dan finally kasut trekking untuk iman and abam berjaya dirasmikan, hahah semangat membeli tu no 1 dia orang ni. Kalau ikut pembacaan ada banyak route untuk bukit gasing. Untuk permulaan ini,  kami jejak  ke sana melalui  pantai hillpark community.

Kami difahamkan, bukit gasing ini sangat sesuai untuk beginner macam kami. Abam pernah jugalah naik beberapa bukit yang lain. Untuk aku and iman memang totally benda baru. Sebenarnya rasa takut tak mampu hahaha. Kalau semput camna nak turun, kalau iman buat perangai macamana.

Ish! Macam-macam lah yang aku fikir tapi sejak sejak aktif dalam JK1M ni semangat dia mai lain macam sikit. Yang paling penting sebagai pengenalan untuk iman dan melihat tahap kekuatan mental dan fizikal dia samada mampu atau tidak sekiranya kami ingin hiking ke bukit lain pula nanti.

Bukit gasing

BACA : Jom Kurus dengan JK1M

Memandangkan cuti CNY baru ini we all tak tahu nak buat apa, so apa lagi kami pun terjah ke sana. Walaupun pada asalnya takut takut sebab tak tahu jalan. Mengharapkan ada orang lain bersama kami pada masa tu jadi lebih mudah untuk kami mendaki nanti.

Bukit gasing ini aku tengok agak kemas dan tersusun rapi. Aku andaikan pihak majlis perbandaran mungkin ada mengambil inisiatif menjaga kawasan ini. Cuma sedikit kekeliruan route yang ada untuk first timer seperti kami. Tapi memandangkan kami membawa 2 orang budak, cukuplah melalui 1 route sahaja. Maybe next time boleh try route lain.

Bukit gasing
kali ni bawa cousin iman sekali, jadi iman pun lebih semangat la untuk memanjat

 Info bukit gasing

Lokasi

  • 15 mins dari city center.
  • Boleh di akses mengikut beberapa laluan. seperti melalui Sivan templePJ,  dan  Pantai hillpark
  • Sentiasa pack dengan pendaki semasa hujung minggu.

 

The hikes begin

Kami memilik laluan pantai  hillpark atas saranan oleh salah seorang kawan yang biasa ke sana, dimana faktor parking amat mudah berbanding tempat lain. Kami sampai dalam Jam 8 pagi dan memang boleh nampak kereta berderetan di kawasan tersebut.

Apa yang harus dibawa

  • Hiking boot/ shoes yang bersesuaian
  • Air botol setiap seorang
  • Stick/ kayu untuk memanjat
  • Insect repellent
  • Pastikan phone siap di charge 100%
  • kamera

Bagaimana ke sana?

  • Kereta – waze pantai hillpark community
  • Public transport ; LRT UNiversiti dan ambil taxi

 Tempoh

  • Hanya mengambil masa tidak kurang 1 jam.

Cabaran utama

  • Tangga neraka – masa ini heartbeat memang naik tinggi ya amat. Bak kata iman pulak kaki dah ketar. Nafas memang turun naik. Tapi okay.

Pendaki yang bagaimana?

  • Sesuai untuk beginner.
  • Sepanjang pendakian terserempak dengan pelbagai peringkat umur. Rasanya ada terserempak budak yang berumur 6 tahun selain iman yang berumur 9 tahun. Juga terdapat beberapa warga emas yang bagi aku sangat steady!! hahah malu sekejap

Kelemahan/kekurangan

  • Kurang signboard untuk membantu pendaki

Amaran

  • Pastikan tidak parking di Yellow line kerana MPPJ sering ada membuat rondaan
  • Jangan mendaki semasa hujan, agak licin.
  • Tidak digallakan pergi seorang diri semasa weekdays.
  • Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan – ada signange

8 Comments

  1. Yulia Fajrin (YF) February 20, 2018
    • azni February 21, 2018
    • azni February 27, 2018
  2. Nany Adifah February 22, 2018
  3. stephaneggy February 25, 2018
  4. akubiomed March 6, 2018
  5. ziromei March 7, 2018
    • azni March 8, 2018

Add Comment

error: Content is protected !!