transportation dan wifi di london | 2 benda yang penting traveller kena amik tahu. Salah perancangan memang akan kacau perjalanan kita nanti
Table Of Content
Tube dan Bus di London
Dah sampai Heathrow ni, so macamana nak bergerak ? so kali ni cerita part Transportation dan wifi di kota london sahaja . Kalau dari Heathrow nak ke Central London, ada 2 jenis train iaitu tube (underground) dan juga Heathrow Express. Selain tu of course boleh naik bas.
Kitorang tak naik bas sebab jumlah ahli yg ramai dan juga dengan luggage dan lagipun agak berbelit sikit sbb bus station tak terletak di Terminal 4 ni. Boleh jugak naik London cab. Tp tambangnya boleh tahanlaa jugak. Juga tak sesuai dgn jumlah kitorang yg 9 org nih.
owh.. pastikan korang baca entri aku ni sebelum khatam baca entri part transportation and wifi ni okay .. baru ada feel heheh.: England aku datang lagi
Train is the best option. Kalau Heathrow Express ni laju , dlm 15minit boleh sampai Central London. Tiketnya rasanya kena beli online, dlm 15pnd/person rasanya. Untuk yg nak naik express ni, sila ke kiri bila sampai arrival hall.
Utk bajet2 mcm kitorang ni, naik tube aje. Lagi senang dan murah. Cuma 6pnd/person. Lebih kurang 50 minit sampai London. Kalau dari T4 bukan peak hours tu biasanya tak ramai orang, so boleh dpt tempat duduk. Stesen tube nya tak jauh. Kat arrival hall tu jalan ke arah kanan (ke kiri tu ke stesen Heathrow Express). Jln ikut signboard tube/underground train. Kena turun ikut lift. Don’t worry, senang je hehe.
Cabaran pada hari we all sampai tu .. hehehe sampai lebih kurang waktu orang balik kerja. Lif pulak tak pandai cari lagi, lepas tu dengan bag besar sensorang. jenuh juga.. tapi nak buat macamana kan.. dah bajet traveller kena lah harung semua nih.
Baca : Pertama kali beli airline tiket di Matta fair untuk ke london
Transportation dan wifi di london
Oyster card
Untuk tube atau bas ni, tiketnya guna Oyster Card. Oyster Card. Oyster Card ni mcm touch and go. Kalau di Terminal 4 misalnya (flight Etihad, Emirates or MAS akan turun di T4) kad Oyster ada dijual dekat dengan stesen tube Terminal 4.
Untuk first timer yg x ada card ni lagi, Oyster Card ni ada dijual di Oyster Machine yg biasanya ada kat tube station. Juga ada dijual kat kedai2 kecik yg mcm jual ,magazine dan brg keperluan. Boleh tanya kalau kedai tu ada jual benda ni.
Kalau dari T4 tadi, lepas turun lift tu, keluar je lift kena jln sikit dan just as you reach the station belah kanan tu ada kedai jual oyster card.
Setiap card (tanpa nilai) berharga 5pnd yang boleh di refund bila pulang nanti. On top of 5pnd tu korang isilah berapa nak guna untuk perjalanan. Kalau tak cukup boleh top up je. Untuk kanak-kanak 10 tahun ke bawah tak payah guna card ni sebab depa leh naik free.
Untuk yg berumur 11-15 tahun ada discounted price. Utk yg mcm ni, bila dah beli kad tu kena setkan kat machine dia. Jgn risau sebab setiap oyster machine ni ada pembantunya berdiri kat situ. Boleh mtk tlg derang activatekan discount tu. Anything boleh tanya derang ni je. Jgn lupa buat tanda pada kad utk budak2 ni, takut bercampur dgn yg dewasa punya.
TIPS transportation dan wifi di london
- Tambang untuk tube dan bus di sana ikut zon. Untuk zone 1-2 biasanya 1.40pnd per ride untuk bas dan dlm 2.50pnd per ride untuk tube.
- Boleh google untuk tahu zoning area kat sana.
- Bila guna Oyster card, tambang kita akan dikira hanya untuk penggunaan/ride ke-3 pada hari yg sama.
- Maknanya untuk ride yg keempat dan seterusnya pada hari tu adalah free. Naikla tube tu sampai kejang kaki..hehe.
- Untuk tube, tambang akan stop pada 6.60pnd (3rd ride)
Kalau bas lain pulak kiraannya. Rasanya ride ke-5 baru free. Boleh rujuk tfl.gov.uk untuk keterangan lanjut. So kena pandai rancang pergerakan korang ye. Rugi sikitlah kalau dlm satu hari tu misalnya korang naik tube 2 kali dan bas 3 kali. Mungkin destinasi2 yg sama tu korang boleh naik 4 kali tube. So pepandaila bajet.
Dan jgn lupa check out your balance kat card tu. Kat sini kalau kad tak cukup nilai mula2 mmg kita lepas. Mesin tu akan bagi can sekali je. Then make sure korang top-up dan bila top-up mesin tu akan tolak hutang kita tadi. Tapi cuma sekali je dpt lepas tau, kalau kita tak top up dan terus guna kali kedua…kena top up guna cash. Akan membengangkan org2 yg belakang kitalah kan.
The last time we visited London was in 2010 dan kitorang bawak balik Oyster Card yg guna masa tu. Yg bestnyer card tu masih boleh guna masa trip tahun ni. Just top up je. Dah 7 tahun card masih valid. Jimat 5pnd..hehe
BACA : Europe trip 2010
Tube di London memang banyak station tapi sometimes pertukaran line memerlukan korang berjalan sikit. Tp ikut laluan bawah tanah tu aje. Mcm biasalah, pastikan line korang dan platform mana. Byk apps yg boleh diguna utk ni. Plg senang ialah Google map je. Select option, pilihla train ker busses ker.. nak less walking ker, less transfer ker….etc.
Utk yang bawa budak (stroller) agak sedikit sukar kerana kdg kala kat certain station sikit sukar nak jumpa liftnyer, ianya bole membuat kita panick sekejap especially kalau nak tukar tube. Tp jgn bimbang , Malu Bertanya Sesat Jalan…kitorang selalu ringan2kan mulut je kalau ada kekeliruan.
Satu perkara yang perlu diingat bila di eskalator samada korang naik atau turun ke tube station atau mana2, pastikan berdiri di sebelah KANAN ye. Ini krn laluan belah kiri ni utk depa yg nak cepat.
Naik bas pulak ada juga bestnye. Kalau boleh doklah kat tingkat atas, boleh tengok2 view dsb. Best pengalaman ni, cuma jangkamasa perjalanan lambat sikitlah. Bus stops mmg byk dan basnya memang ikut time sangat sangat. Punctual. Tambang pun murah sikit. Ingat tau naik ikut pintu depan keluar ikut pintu blkng ye..hehehe
Pocket wifi
Semasa pergi Jepun dulu, kitorang guna pocket wifi samurai wifi yg disewa dari Malaysia. Performancenya mmg tip top. And we did the same thing masa di London. Tapi nampaknya mcm kurang berkesan sbb networknya mcm x berapa laju dan jugak rasa mcm datanya cepat sangat habis. Nampaknya 500Mb per day di London tak cukup, peliknya masuk hari ke-3, data dah hampir overuse, sedangkan penggunaan network kebanyakannya cuma google map search/navigation, waze, FB, IG dan Whatsapps.
so memang tak puas hati dengan samurai wifi, patut lah ada dengar geng travel yg lain cakap performance tak sehebat di Jepun. heheh sbb samurai sinonim dengan jepun kowt. ..
Sebelum pergi we all memang ada beberapa pilihan seperti travel recommend.. tapi yang ini kena standby deposit pula.
So decided untuk beli SIM card di sana. Cara ni jugak yg kitorang gunakan semasa travel sebelum ke Amerika dan Hong Kong dulu. Banyak pakej utk ni tp rasanya yg selalu Asian guna di London ialah Lebara dan Lyca. Boleh survey harganya dulu.
Memandangkan kedai yg terdekat dgn rumah kitorang jual pakej Lyca mobile 18pnd utk 5 GB. Kalau dah habis boleh top-up. So amik je yg inilah. Cuma problem lepas tu ialah tah kenapa benda tu tak leh activate dlm android aku, tapi nasib baik works ok kat iphone my wife. Katanya some phone kena sort of unblocked dulu. So make sure korang check this thing first dgn org kedai tu sebelum beli ye. Jgn main beli je.
BTW free wifi pun merata kat kota London. Kebanyakan kedai2 butik, restoran, malls,biasanya ada wifi free x yah password..hehehe.
BACA : Hati hati sewa kereta di Uk. Jangan sewa dengan Green Motion
Sewa Mini bus untuk trip london – liverpool – manchester – nottingham
Kami dah buat kira kira sebelum berangkat ke sana. kalau di kota london memang lah better naik tube untuk bergerak ke sana sini. Masalah parking dan tol yang tinggi membuatkan kami pikir 3 kali kalau ambil van disana. Jadi korang ambik lah point penting transportation dan wifi di london sekiranya nak ke sana nanti
Setelah 3 hari di kota london, we all pun ambil peluang nak ke manchester dan seterusnya. maklumlah ramai Man U FC fan dalm group ni. Takkan tak nak sampai ke sana pulakkan!!!.
Pengalaman memandu 15 seater minivan di l’raya dan bndar2 kecil sekitar England amat mengujakan # fairasaznitravel
Option yang kami pikir untuk 11 orang + baby
- Sewa kereta
Ahli rombongan cik kiah ni seramai 11 orang + baby. So kalau sewa kereta kena ambik 3 biji lah jawabnya.
Pro : Senang nak parkingCons: Kemungkinan terpisah, dan juga tak best tak boleh sembang2, 3 driver yang umur 25 tahun ke atas. Probnya ada 2 shj driver yang berkaliber. yang lain masih muda muda
- Naik bas dr london dan kawasan sekitarnya
kos untuk per person mmg murah, tapi kalau untuk bapak yang bawak 6 anak heheh.. burden namanya. Kalau solo traveller mungkin lebih ekonomi.
- Sewa van or mini bus
We all juga cari van dan mini bus. memula dapat harga agak tinggi. we all siap live chat dan pihak sana pula siap call kita. bila baca dekat blog blog lain ada mcm2 cerita. ada hidden cost lah and bla bla.
kebetulan anak sedara dekat sana dpt satu quote yang agak menarik. Memang jauh lebih murah. Harga mula2 yang kami dpt dlm RM780 sehari tapi yg anak sedara dpt pula dalam RM490 sehari. Banyak tuuuu beza…
kami sewa dengan kendall cars, boleh cari online sahaja. Cuma… di luar district 1. So we all terpaksa beremba remba naik turun tube + bas untuk kesana. Cuba bayangkan hahaha…Tapi kami gagahi juga
BACA : Pengalaman sewa kereta di Bosnia yang hampir panik
Walaubagaimana pun .. agak lama juga we all untuk buat clearance sewaktu ambil mini bus tersebut. Tiba tiba shj front office tanya lesen driver kami..dan macam macam lagi lah
Eh! tetiba pula kan.
Nasib baik lah kami dah tanya dalam email sebelum ini. Moral of the story apa apa pun tanya sebaik mungkin dan boleh jadikan ia sebagai proof sekiranya ada masalah.
Tapi mini bus ni memanga agak besar, walaupun kami hanya 11 orang tapi kami ambil untuk seat 15 orang.
WHY?
hahahah sebab seat yang terakhir di reserve untuk bag bag yang kami bawa + bag yang akan beranak nannti.
Thank you for the tips kak azni. nanti saya boleh rujuk entry ni kalau saya ke london nanti
Bwk duit byk2 soping nnt tau heheh
Thank you for sharing Sis. Berguna ni! Saya pun ada “angan2” nak ke sana .. tapi takut lah sebab seorang ni kalau nak berjalan … member sumer tak berminat dorang lebih suka ke asia sopping tudung 😃🙊
jangan risau didi… janji ada wifi semua lepas… info ada dlm hp. jln di negara maju lagi selamat.
Salam. Boleh share nama homestay di london dan contact utk minibus. Kami akan ke sana insyaAllah dan jumlah ahli juga sama dln 12 org termasuk kanak2.
Mohon reply. Tq
Salam. Nama company tu Kendall Cars located in Wimbledon. Branchnya x byk di London tp pricenya murah dr yg lain. If dr central London kena naik subway dan stop di Morden station dan dr situ naik bas. Dekat je dlm 10min max. Agak byk skit pergerakannya lah especially kalau sekali dgn luggage..but depends on ahli group. Kena atur program maybe x semua pergi utk amik van tu…or cari option company yg boleh hantar kereta terus ke rumah.
bukan kah kena ada lesen D1 untuk sewa van 15 seaters?
Apa nama website sewa minibus tu ? Bleh share x?
alamak… azni tak letak yer .. hahah.. ok ok .. lupa pulak .. nnti azni update yer
Salam & Hai, boleh x sy nk mintak contact no utk sewa mini wan 15 seater tu
Lagi senang whats app sy di 0172915143
we all apply online sahaja .. Kendalls car