Wah… traveloka gold sponsor KL2017 rupanya!

Kunjungan ke booth traveloka di bukit jalil

Kalau tak kerana kunjungan ke Bukit jalil tempohari bersama office mate, memang lah tak tahu yang traveloka gold sponsor KL2017. Padahal dah 2/3 kali masuk laman web https://www.kualalumpur2017.com.my/ untuk urusan pembelian tiket untuk opening ceremony dan juga event lain.

KL2017
Half dari family yang datang khas dari perak utk menyaksikan opening ceremony KL2017

Jadi sebenarnya dah 3 kali ke stadium bukit jalil ni sempena sukan sea kl2017 yang sedang berlansung. Maklumlah berdekatan dengan ofis, cuma kunjungan sebelum ni hanya di kawasaan LRT terus masuk ke stadium, maklumlah orang ramai. Terutamanya masa opening ceremony hari tu. Hampir seluruh keluarga aku dari Perak pun turun untuk menyaksikan event yang bersejarah ini setelah 17 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2001 kita menjadi tuan rumah pada ketika itu.

It was spectacular! Berbaloi dan puas hati dengan majlis tersebut walaupun terpaksa berhujan dan basah kuyup ketika itu.

Jadi belum berkesempatan untuk pusing di kawasan pameran yang ada. Kemudian kunjungan ke stadium pula seamasa  final 100 meters nak tengok speedy jantan. Semangat tau akak ni hehehehe.. Kami berada di stadium hampir jam 10 malam.  Seronok betul dapat menyaksikan Emas milik malaysia.

Pada waktu tengahari semalam 24 Aug, kawan kawan pula teringin nak jejak kesana sambil makan makan dengan pilihan food truck yang ada. Kebetulan melewati kawasan parking terlihat beberapa booth yang ada, so ternampaklah booth traveloka. Kalau dah kaki travel hahah memang pantang kalau nampak booth yang seangkatan dengan nya. Jadi berbodon bodon lah kami ke booth traveloka.

Traveloka gold sponsor KL2017
booth traveloka di Stadium bukit Jalil

Fuh!… memang berbaloi baloi kalau ke booth traveloka sebabnya you all semua hanya perlu tunjuk apps yang sedia ada install di handphone dan terus akan diberikan baucer yang bernilai RM50. Bagi aku memang tak ada masalah, sebabnya memang sedia ada sahaja apps ni.  Jadi prosesnya lagi cepatlah untuk urusan claim baucer.

Traveloka gold sponsor KL2017
Yeayy… dapat voucher RM50… ko ado?

Bukan itu sahaja, selepas kita daftar melayakan kita untuk join game yang dianjurkan di booth tersebut. heheh menang lagi Rm50 baucer…. So total baucer yang di bawa pulang pada hari tersebut berjumlah RM100 dan harapnya menang pula untuk snap and tag ( ceh berangan sahaja kan) tapi.. eh eh.. mana tau boleh menang .

BACA :  #mytraveloka bawalah daku ke Melbourne

Aku suka pergi ke booth ni sebab staffnya pun baik baik dan friendly melayani karenah akak akak ni bergambgar hahaahah.. sebabnya ada satu lagi peraduan tag win, hanya ambil gambar dan post ke Instagram dengan hash tertentu.  Perbualan singkat dengan staff disitulah baru aku tahu yang traveloka adalah gold sponsor untuk KL2017 ini.

traveloka1
heheh kekunun nak menang kan… tapi tak cukup kreatif laaa

Aku pun tertanya tanya apakah yang dimaksudkan dengan gold sponsor nih.  heheh biasalah dah biasa sangat dengan  kerja kerja event di ofis so terbawak bawak untuk tahu lebih lanjut. Tapi yang pastti bila aku baca semula di laman web traveloka  ni the main reason traveloka berkerja sama untuk majlis sukan yang berprestij seperti ini kerana

“Traveloka aspires to make this event a memorable one for the public”

dengan menawarkan tiket pernerbangan dan hotel yang menarik sepanjang majlis ini berlansung

Traveloka gold sponsor KL2017

  1. Traveloka adalah online travel partner yang rasmi untuk KL2017.
  2. Traveloka juga menyediakan livestream berkenaan event ini dan capaian boleh didapati terus pada travelokakl2017.com.my .
    Sungguh sebelum ni aku tak tahu hahha. walapun hampir tiap hari aku selalu survey harga tiket dan promosi travel. huhuhu .. mybad!
  3.  Promosi yang hebat dan menarik   bersempena dengan sukan sea games KL2017.  “hello malaysia” dan ” Go S.E.A”
    “Hello malaysia” dimana diskaun hampir 40%  untuk  laluan dalam malaysia dan juga kempen ” Go S.E.A” pula pastinya tempat tempat menarik ke seluruh tempat di southeast Asia. Kita boleh nikmati diskaun sehingga  60% on flight and hotel ke 10 special Southeast Asian destinations – Singapore, Bangkok, Phuket, Chiang Mai, Ho Chi Minh City, Hanoi, Bali, Jakarta, Bandung and Lombok!!
    jadi rajin rajin lah masuk https://www.traveloka.com/en-my/promotion/hello-malaysia yer…. dan cepat sebelum promosi habis.
 
 
Sebagai traveller tegar aku memang sentiasa jer meninjau harga harga yang menarik dalam apps traveloka ni.  satu tips menarik untuk korang semua.. walaupun traveloka boleh dicapai melalui laman web tapi.. psstt… harga lebih murah dengan menggunakan APPS.. so apa lagi lekaslah download apps traveloka ni..
 
 
Lastly harapan aku moga Malaysia akan menang banyak untuk sea games KL2017 ini.. dan esok aku akan stadium shah alam untuk menyorak pasukan negara malaysia untuk semifinal .. #bangkitbersama. #risetogether

6 Comments

  1. Norliza Nordin August 25, 2017
    • azni August 25, 2017
  2. TATI MANSUR August 25, 2017
    • azni August 25, 2017
  3. mas saari August 25, 2017
  4. Qaseh August 26, 2017

Add Comment

error: Content is protected !!