Apa inisiatif korang dalam penjagaan sendi? ha.. aku nak cerita bab ini, Suplemen untuk kesihatan Sendi. Bila dah tua, sakit urat or joint pains itu biasa hehehe.. orang melayu kata dah season. hahaha betullahkan, kenapa nak menidakkan ini semua.
Table Of Content
Semua orang akan melaluinya . Kalau semua okay jer, itu robot namanya. Jadi, korang yang sihat ini ada tak ambil Suplemen khas untuk kesihatan Sendi
Dahulu memang aku tidak ambik kisah sangat bab joint semua , sebab aku masih lagi perasan muda, masih aktif hahaha or sebenarnya aku ni ada masalah tak sedar diri, aku masih aktif masuk tournament volleyball yer. chewah.. nak eksen sikit . Eh bukan .. aku nak cakap kita kena kekal aktif kalau nak terus sihat
Lagi satu aku ini ada problem ‘ sign ‘untuk tanda tanda sakit. Husband aku selalu cakap, aku ni macam shot, tak normal macam orang lain kata dia. kuang asam betulkan.
Entahlah maybe aku ni punya antibodi yang agak kuat but at the same time aku panjatkan syukur Alhamdulillah tapi takut pulak kalau ada sakit lain.
Dulu2 aku dah jenuh sakit endometriosis. sebabnya aku tak jaga sangat bab kesihatan, aku ada masalah bowel pain juga. aku tak suka buang air besar. tapi semua ini ada kaitan, dan kenapa Allah bagi kita nikmat buang air besar. haihhh… panjang nak citer kaitan kesemua ini. tapi kali ni aku nak cerita pasal pentingnya elakkan sakit joint pain dulu.
Ramai kawan sebaya dah mula sakit sendi dan tulang
Setelah capai umur 40an ni, aku memang nampak ramai kawan kawan yang ada masalah joint, faktor umur dan faktor lebih berat selalunya akan attack di kawasan lutut yang akhirnya akan buat kan ada masalah di kawasan tersebut. For info aku dah umur 45 yer, lagi 5 tahun nak masuk jubli emas. Bersiap sedia sahaja dengan penyakit yang datang, jadi aku memang rajin alert bab-bab kesihatan ini.
Kalau ikut cerita seorang ofismate yang dah berumur 50an, tengah merana sakit lutut. Bila scan di area lutut tu siap nampak dalam X ray ada kawasan yang hitam dah.. huhuhu scary wooo sebab tengok dia jalan pun teruk, sakit katanya. Sembahyang pun hanya mampu duduk sahaja sekarang ni.
Mungkin masalah kalsium mungkin juga masalah joint. Aku rasa berkait keduanya
Pulun beli supplement di Perth
Jadi nak tak nak , aku pun terpaksa extra alert untuk masalah yang sebegini. Last year aku ke sempat travel ke Perth Australia, kalau ke sana if tak shopping supplement memang rugi. Sebab harganya tersangatlah murah.
So kawan-kawan aku pun ambik peluang untuk pesan supplement, kebetulan sorang kawan aku ni memang dah buat research bahan apa yang sesuai untuk membantu masalah lutut dia . Rupanya bahan asas tersebut ada lah “Tumeric’.. haa.. tu dia … so aku pun beli sebotol brand Bioglan kawan aku tu pula pesan 2 botol .
Tapi itulah, akhirnya habis jugak kita orang makan. Kita orang ni dah gelabah hahhaa . So cari punya cari, aku tengok di store Himalaya ni Joint wellness juga mengandungi Tumeric, so apa lagi, aku pun sambarlah satu.
Settle masalah aku nak cari Suplemen untuk kesihatan sendi. haa.. ini lah antara usaha aku untuk langkah-langah menjaga kesihatan sendi aku
Nasib baik jumpa Himalaya Joint wellness
Aku tak perasan kewujudan himalaya joint wellness ni, haihh.. So dah tahu ni memang senang banyaklah. Aku dan Himalaya ni memang serasilah, memang dah lama aku ambil supplement dari himalaya. Bermula dengan masalah kulit aku ambil Neem, kemudian perjalanan aku nak dapat zuriat aku dan husband sama sama consume produk produk Himalaya. spemen, vitamen , Vitamin C
Aku ni pelik sikit, selain aku ada masalah kurang sakit, aku susah nak ambil ubat drugs ni. Kalau demam aku cuba bertahan, tapi bila sesekali aku jatuh sakit memang aku ambik juga panadol tapi aku akan cepat sembuh. Aku percaya di sebabkan kurang ambil ubat seperti ini badan aku cepat bertindak balas.
Bab supplemen ni, aku memang suka sangat supplement terutamanya brand himalaya sebab berasaskan ayurvedic.
Walaupun aku tak ada masalah kritikal, (alhamdulillah.) Aku tekad nak ambil juga supplements yang berkaitan dengan joint ni. Sungguh aku ‘cuak’ or risau bila aku tengok kawan kawan aku. Tapi aku tetap rasa kena cari Suplemen khas untuk kesihatan Sendi
Orang yang tak nampak or experience mungkin baca artikel aku ini sepintas lalu. Tapi percayalah orang perempuan yang keluar haid setiap bulan korang kehilangan banyak kalsium yang akhirnya akan membawa kepada masalah tulang. Selepas tu bayangkan ada masalah joint dalam masa yang sama.
2 minggu ini aku memang terasa kepenatan dan sakit badan yang amat sangat. Semuanya kerana bila husband aku jatuh basikal dan collar bone atau tulang selangkanya patah
Maka bermulalah episod aku ulang alik ke hospital. Serius penat, aku rasa badan aku ni macam kena hempuk!! so aku amalkan pengambilan ini dan juga aku paksa abam yang dah injured tu konsisten untuk amik juga
Suplemen untuk kesihatan Sendi, kebaikan joint wellnes
- mengurangkan kesakitan & keradangan sendi
- Penjagaan kepada sendi
- Anti radang dan sifat analgesik
- Berguna untuk melegakan kesakit atritis
Tapi, aku sarankan korang tanya pada Doktor in case ada problem apa apa . Lain orang lain tindakbalasnya.
Satu lagi produk yang aku nak share produk himalaya ni Bowel Wellness.
Siapa yang patut ambil bowel Wellness?
Supplemen ini khas untuk orang yang ada masalah ketidakselesaan atau sakit di perut anda. gas dan kembung perut,loya, cirit-birit. sembelit, muntah-muntah.
Macam aku cakap awal awal di atas yer.. dahulu aku tidak suka buang air besar, aku runsing duduk toilet lama-lama. But end up aku cepat bloated dan badan berangin. Makan pun tak bole sebarangan. Habit menahan buang air besar ini sangatlah tidak elok untuk kesihatan dalaman dan luaran.
Jangan main main yer bab kesihatan bowel ini yer.. dia akan membawa komplikasi lain. Bila kita bercakap pasal bowel sebenarnya ia merangkumi part bawah termasuklah usus atau kolon yer.
Kandungan Bowel Wellness
Kandungan Triphala (Tiga buah buah) adalah salah satu rumusan herba tertua dan paling seimbang dalam tradisi Ayurveda. Perumusan ini menggabungkan tiga buah masam dan astringen unik yang legenda untuk kesan menggalakkan kesihatan mereka
Triphala menggabungkan kebaikan gooseberry India, Belleric Myrobalan dan Chebulik Myrobalan, gabungan ini akan melegakan sembelit dengan menghasilkan pergerakan usus yang berkesan. Triphala membantu pencernaan dan menggalakkan kesihatan gastrousus.
Sebenarnya aku nak cerita pasal bowel pain dan bagaimana ia amat mempengaruhi kesihatan .. tapi dah panjang sanagt aku memebel ni. nanti aku sambung cerita lagi okay .
Info lanjut
- Laman Web : http://www.himalayainasia.com
- Facebook : https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
- Instagram : https://www.instagram.com/himalayamalaysia
ramai cakap joint bagus, nak bagi suami try lepas dia dah oay sikit drp accident nnt.