Butik Himalaya Wellness tawarkan pelbagai pilihan produk.

Butik Himalaya. Rasanya korang pernah dengar produk Himalaya kan. Selain dari korang dapat di farmasi, Himalaya sekarang telah mengembangkan lagi butik himalaya  di kebanyakkan shoppping Mall di KL ni.

Kebetulan aku di panggil untuk membuat review butik Himalaya ni so apa lagi pucuk dicita ulam mendatang, sebab produk himalaya ni bukan asing bagi aku. Pernah beberapa kali menggunakan produk sebelum ini.

Aku kena rashes teruk, lepas tu garu garu sampai berdarah huhuhu .. ada aku cerita dekat bawah nih

produk himalaya
Kita grab set shampoo untuk treat scalp dulu. lepas tu baru set yg anti fall.

Basically produk himalaya ni confirm telah mendapat sijil halal. Jadi korang tak payah risau. Dan yang paling penting ianya berasaskan herba dan sangat selamat untuk digunakan.

Semua kajian asal ni berasaskan ayurveda. kajian pula dah makan tahun, bermula dari tahun 1930 an lagi. So memang lah meyakinkan. Kalau nak tahu infor lebih boleh refer website himalaya

Butik Himalaya ni ada di beberapa tempat. KLCC, Sunway Pyramid, Mid valley  yang ini memang berskala agak besar. Puas hati kalau nak cari barang. Dari orang dewasa sampai lah baby. Semua range barangan terus korang nampak ada kat sini.

Cuma hari tu aku di beritahu supplement bonisan tu cepat habis disebabkan ada viral kehebatan produk ni. Bagus untuk menaikan selera makanan anak katanya. lerr… baru nak bagi dekat iman, sbb dia pun sibuk control makan macam mak dia.

Jadi itu sebab bila aku dapat masuk ke butik himalaya ni macam happy giler hahah… sebab semua ada. owh ayat ini sarcastic untuk husband aku yang selalu teruja masuk ke farmasi..

heheh sbb dia memang suka standby segala jenis ubat di rumah.Next visit nak sambar yang bawah ni pulak, sebab dah dapat 15% diskaun.

antir wrinkle cream himalaya
tak sabar nak beli yang ini pulak

Antara aku dan husband ni agak berbeza sikit part ni. heheh seboleh bolehnya aku memang elak nak amik ubat yang berasaskan drug kalau sakit, prevention is better than cure .. gitu….contoh kalau kena amik ponstan untuk tahan sakit, aku memang cuba bertahan sebaik mungkin. dan aku memang prefer amik supplement. 

Kalau kat rumah tu memang berderek laaa aku amik. Hheheh ada yang tak abis pun ada.. ghairah sangat nak membeli.

Tapi nak pesan kalau korang amik supplement pastikan untuk yang protect hati sbb letih dia kerja menapis segala supplement yg kita amik. ( pesanan masyarakat)

produk himalaya
memang puas kalau shopping kat sini. semua ada

Juru penasihat produk himalaya yang sangat membantu

Masa aku terjah outlet ni, juru penasihat ni memang best. Aku tanya sikit jer dia boleh explain dengan panjang lebar. Aku memang dah lama mencari shampoo yang boelh mengatasi masalah dandruff dan rambut gugur.

Aku puas hati dengar explanation dia yang make sense bagi aku.

Masalah aku dalam kategori kedua, scalp kepala yang agak berminyak. Rupanya aku kena treat problem ini dulu baru lah cuba set untuk rambut gugur dulu .. alamak.. baru ada set yang masalah kelumumur ni. Nak kena standby yang set satu lagi ker??.

Nak kata bagus atau tak kena tunggu aku try dulu lahahhaha.. tapi ikutkan pengalaman yang lalu tu produk himalaya ni memang terbukti berkesan.

Feedback yang aku dpt bila aku share video nih dalam FB, wah ramai rupanya kawan kawan yang memang pakai produk nih, macam crowdsourcing pulak. dengar live testmoni and sharing session with FB friends.

Aku dulu fokus pada herba Neem and pencuci muka sahaja. THUMBS UP to Himalaya. hehehe.. kalau feedback bagus aku pun tak takut nak promote. Ini real punya ceritakan

himalaya
himalaya2 1

Membership program yang menguntungkan di Butik himalaya.

Berbaloi rupanya kalau ada membership dengan butik Himalaya ni. Setiap pembelian Rm100 ke atas secara otomatik kita dapat jadi member seumur hidup. tak payah renew dah.

Pembelian seterusnya kita akan dapat 15% diskaun. hehehe untung untung. Aku suka betul kalau dapat beli barang yang lebih murah ni. Jadilah pembeli yang bijak gitu.

Setiap kali pembelian kita hanya mentioned Ic and phone number sahaja untuk melayakkan kita dapat diskaun tersebut.

Supplement neem dapatkan di Butik himalaya

Tapi produk himalaya  yang ini memang best and proven. Sebabnya  aku masa tu kena rash yang kronik gara gara travel, terkena air karat. Muka jadi macam bersopak kering, lepas tu bahagian kaki pulak ada luka so dia attack kawasan tu.

Walaupun pada masa tu memang ada menggunakan skincare set yang lain.. tapi macam tak jalan. Sampai jumpa dr pakar kulit masa tu. Masa tu lah juga kenal cetaphill juga.  Tapi ambil masa juga untuk cure.

Lepas tu buat research kat internet. jumpalah herba nama Neem..masa tu lah mula kenal herba neem ini yang orang kita panggil daun semambu.

Dulu kecik2 kalau kena campak kan mak mak kita akan mandikan dengan air semambu. Korang pernah tak experience macam ni?

haa. sekarang Himalaya Herbal dah ekstrak kan jadi bentuk pil, senang sangat kan . Sebenarnya Neem ni banyak kegunaannya. Bukan untuk skin sahaja. Jadi bermula saat ini lah aku kenal produk himalaya.

Latin Names: Azadirachta indica / Melia azadirachta
English Name: Neem
Sanskrit / Indian Name: Nimba

Haa..nak citer panjang. jenuh… korang boleh refer FB mardi juga yang ada menceritakan pasal  kelebihan pokok ni yang sahih.. bukan akak cakap tapi memang dari source yang betul. heheh beria aku promotekan. Of cource kalau benda proven dekat aku mesti lah confident kan!

Butik himalaya
lokasi butik himalaya di klcc memang strategik. ground floor

 

Supplement Spemen, Himalaya

speman himalaya

Yang ini aku pun nak share dengan korang. review produk himalaya malaysia lah kiranyanya ni. Moga info ni dapat membantu orang lain yang senasib dengan aku. Seperti entri aku yang sebelum ini  menceritakan usaha aku untuk dapatkan zuriat.

Husband aku pula di sarankan ambil spemen ini untuk meningkatkan mutu sperma. yerlaa.. kenalah sama sama berusaha kan. Selain dari aku sendiri yang ada problem cyst dulu. 

Nak info lebih koranag tgk you tube yang aku share nih. Ada satu lagi yang we all amik dekat sini.. tapi lupa plak dah… ni cerita sebleum dapat iman tu..


BACA : Usaha dapatkan zuriat yang aku lakukan

Nak info lebih lagi pasal butik himalaya dan produk ni.. heheh korang terjah je butik himalaya. Sure dia orang layan baik punya


15 Comments

  1. Mohd Shahrir Bin Mohd Arshad October 12, 2017
    • azni October 12, 2017
  2. YB Shehan October 12, 2017
    • azni October 12, 2017
  3. Qaseh October 12, 2017
    • azni October 12, 2017
  4. Nadia Johari October 12, 2017
    • azni October 12, 2017
  5. TATI MANSUR October 12, 2017
    • azni October 12, 2017
  6. saidila October 12, 2017
  7. Mama Kembar 3 October 12, 2017
    • azni October 13, 2017
  8. Lynda Che Lah October 14, 2017
  9. Yanty Lee October 16, 2017

Add Comment

error: Content is protected !!