Genting premium outlet dan Burger & lobster

Akhirnya dapat jugak aku jejak ke genting premium outlet dan Burger & Lobster. Mana tahan uolls, kalau tgk IG feed sorang sorang member dah panjat bukit genting tu. Aku and asben ni ada masa boleh jadi kedekut tapi ada masa kami boleh jadi ‘penyoping’ juga kalau kena dengan harganya . (ayat baru penyoping tu hahah)

Genting premium outlet dan Burger & lobster
Ni masa petang dah nampak cahaya dah. If amik pagi berkabus

Setiap kali kalau travel ke luar negara, kita orang memang akan cuba  melawat ke “Factory outlet” ni kiranya macam  satu kemestian. Nak tengok pattern harga barangan, kalau murah .. kita sebat lah. Tapi so far yang best pernah pergi di Woodsburry New york . Fuhh.. setiap kali masuk butik kat sana boleh gigil uolls. Abis tu Jeans levis tu boleh dapat bawah RM100. kasut timberland dalam range serendah Rm150 pun boleh dapat.. uwaa.. korang baca ni pun sure gigil kan..kan.. kan.

BACA : Barang wajib shopping dan makan di Luar negara 

Apa yang menyebabkan kita orang nak sangat pergi Genting Premium Outlet kali ni? heheh sbb wallet cik abang tu dah nazak sgt, masa di Factory Outlet,  London Bicester Village dah offer nak belikan sebagai hadiah  besday wallet Fossil, kekonon tak mau.. nak suruh bajet, haaa jual mahal. Sudahnya dah sampai taraf wajib kena beli juga, dah terkoyak sangat wallet tu. Sambil sambil tu boleh le meninjau apa yang ada kat sana. Amacam? lojik tak alasan tu hahahahha..

Genting premium outlet dan Burger & lobster
sale kasut timberland yang so so

 

Agaknya Genting Premium Outlet ni berbaloi dak?

So korang fikir apa expectation kami untuk Genting Premium Outlet ni? hehhehe opkos lah nak tengok harga yang murah dan kompetitif dari Johor Premium outlet, Mitsui Premium Outlet dan Melaka Freeport outlet..tak boleh lah nak bandingkan dengan yg di oberc nun.. Seawal 8 pagi kami bertolak ke Genting pada hujung minggu baru baru ini . Hanya mengambil masa 1 jam lebih sikit jer. Seronok kalau jalan awal pagi ni. Parking pun kosong jer.

Genting Premium outlet ni lokasinya tidak sampai ke puncak genting pun.  To be specific, berdekatan kawasan Awana Genting. Parking yang disediakan pun agak banyak, dan bertingkat tingkat. Cuma we all yang agak teragak2 nak cari pintu masuk parking sebab masa tu kabus agak tebal.

Perbezaan yang ketara kalau ke  GPO ni, cuaca sejuk, so mood shopping pun best laa.. rileks jer .. ala ala mcm kat obersea giteww

Tapi harga barang tak ada lah murah sangat .. memang tak boleh banding harga Factory Outlet di Obersea, tapi boleh beat harga di butik butik di shopping Mall di KL ni. Favourite butik of course masuk coach, heheh tak murah sangat. so keluar masuk kosong jer.

Memang hobi kami survery harga barang. So far lah kan, kalau nak banding harga timberland and levis pernah dapat harga murah di Mitsui Premium Outlet. Masa pergi JPO dulu pun murah.

Lepas tu tengok ada butik Godiva aiskrim yang best tu.. Mak aihh.. mahal juga. kalau tak silap harga asikrim tu Rm25 kalau pergi ke KLCC dalam harga RM20 sahaja. Ingatkan boleh dapat dalam belas belas. So tak jadi beli apa apa pun .. hahaha. Telan air liur jer, and jenuh explain dekat iman kenapa tak boleh beli kat situ. zalim kan hahah.. tapi at the same time ajar dia value beli barang, merengek sekejap jer.

Tapi bila masuk ke butik fossil.. ada promo menarik lah masa tu. beli 1 baru 10%, 2 barang 20%, 3 barang 30%. hurmm not bad.. kebetulan pula harga yang dipaparkan 30-50%, tengah sale uolls. so hajat abam nak beli wallet tu tercapai lah. Dari harga Rm289, hanya perlu bayar Rm180.. eh boleh sangat.. lepas tu kan dengan promosi yang diskaun diatas tu, aku tanpa segan silu tanya orang yang nak bayar depan aku…sebab dia beli 2 barang bila campur dengan aku dapat 30% untuk semua. Wah dia untung,… aku untung. end up hanya bayar RM135.00. Ini fossil tau.

Genting premium outlet dan Burger & lobster
Alert sale yang macam ni . memang berbaloi

Berbaloi baloikan…

Fossil
Terus excited nak tukar wallet

Kawasan GPO ni bersambung dengan stesen kereta kabel, senang sangat kalu nak naik atas tu. Fuh.. sampai sampai jer tengok genting pun dah lain sangat2, walaupun belum siap tapi memang dah dasyatlah tengok area first world hotel tu.  Dah tak ada dah venice kat dalam tu. Tempat makan pun banyak, tempat shopping pun banyak.

Genting premium outlet
jalan menuju ke awana skyway

Apa yang tak banyak? hurmm…. tak banyak restoran halal, dan toilet pula tak ada air. Ini memang tak puas hati. kalu pergi jepun ada jer paip air… pelik pulak rasanya and rasa masa tu mmg piss off. Bila sembang dengan cleaner katanya memang ada sikit sahaja toilet yang ada paip air.

Cari makanan halal di Genting

Dah lama dengar pasal burger & lobster buka cawangan di Genting. Masa pergi London bulan 7 haritu, ada kawan tanya.. “eh ko tak try ke masa p London haritu” errr…. err.. akak kan bajet traveler, so duit yang ada tu allocate untuk benda lain yang lebih penting. hahah… tapi bila orang cakap macam tu memang sikit terkilan jugak.. (padahal tak cari pun)

BACA : Trip ke England

Bila sampai je kat atas tu memang kami cari 2 benda. 1 indoor game untuk kanak2 dan Burger & Lobster tu.

Mak aihh.. ramainya orang beratur. Pastu kami p tengok dulu menu and harga. Hehhehe memang boleh tahan. tapi bila intai intai orang makan, mak aihhh.. sedapnya.. terliur. Bukan sekali kami intai, berkali kali  hahahaha.

Rasa mcm .. urmm.. tak mampu pulak. So kami jalan lah pergi tempat lain, dekat sejam berpusing pusing. Dulu di first hotel kan ada macam food cour dekat tingkat berapa tah. hahaha tak jumpa Uolls. pening dah dengan kawasan baru ni. Lepas tu nampak juga satu food court kawasan baru, tapi tengok tulis tak halal. EHHH….. apa hal genting ni, len macam betul. dulu tak ada pulak sampai macam nih .

Adalah beberapa restaurant yang biasa tengok macam absolute thai, tapi macam tak feel pulak nak makan tomyam kat tempat sejuk. Lepas tu we all jallan nampak restauran jepun sebab sekarang we all tengah gila makan udon mee.  Tapi tergerak hati nak tanya, halal tak? huhuhu.. tapi budak yang jaga tu bagus, dia cakap nasi boleh tapi kalau yang ada sup tak boleh, ada letak apa benda tu. Aku rasa macam sakei kut.. hahah..so aku cakap Tq bebanyak kat dia sebab explain.

So apa lagi pilihan yang ada? hahah patah balik cari Burger & lobster .

Burger & lobster

Nak makan pun kena bincang oo dengan asben, maklumla sebab baru balik travel. Kenalah jimat jimat sikit. Cover balik. Tapi nampaknya hati macam dah tertawan dekat sini. Pergi tempat lain pun macam tak kena jer.hahahah. (alasan sangat kan)

Burget and lobster
habis berkepau atas meja tu

So we all pun beratur juga. Sepanjang nak beratur tu waiter dia datang and explain setiap satu menu tu. Udah sedap pulak rasanya. Ingat nak rasa satu jer. so cakap dekat husband .. takpalah kita dutch. dia pilih satu, akak pilih satu. pastu kita posa la makan tempat best sebulan.

BACA : Makan udang galah Best di Teluk Intan

Memang panjang line tu tapi effisien juga, sebab tempat berdasarkan jumlah orang and kerusi yang ada. Kelebihan yang datang berdua. Cepat sahaja yang masuk. Kami bertiga. so sikit lambat tapi still okay lor. Kalau yang ramai ramai tu.. hehe sikit lambat laa

Sepanjang nak masuk tu, mata pandang kiri kanan nak tengok apa yang orang order. hehhe

Kami decided amik chili lobster and sandwich. And kebanyakan orang pun makan kongsi kongsi . Bukan sorang satu yer. memang konsep macam nak merasa gitu

Burger & lobster Genting
fuh.. ini memang sedap . chili lobster. taklah pedas sangat. Pedas ala mat salleh

Suasana dalam restoran ni, agak cosy. suka juga lepak situ.

Akhirnya food kita orang sampai. Masyallah .Sedap giler weh. serius sedap. memang tak menyesal makan lobster ni. Ia didatangkan khas dengan roti yang super sedap. Cicah pulak dalam kuah tu. urmm.. memang sedap. dap dap

Bila pikir balik, dengan rasa lobster tu berbaloi sebab kami pernah makan lobster di Jimbaran Bali, hahaha.. hampeh. Sedap tu sedap. tapi kecik sangat, presentation pun simple, meja pun di tepi pantai. So burger & lobster ni di Genting Highland, originated from London pulak tu, restaurant pun selesa. so sebab tu kami rasa macam eh…berbaloi laa kan.

Aduh sedapanya Genting premium outlet dan burger & lobster meleleh pulak rasanya

Burger & lobster
suasana dalam burger and lobster

Satu lagi menu, lobster sandwich.

Genting premium outlet dan Burger & lobster
ini pun sedap, tapi dah kenyang yang chili lobster terus rasa tak boleh abis
Genting premium outlet dan Burger & lobster
lobster yang sexy
Burger & Lobster
Menu and price burger & lobster

But to be frank, kami 3 beranak sebenarnya makan tak banyak. Cukup lah makan cili lobster tu sahaja. Dah kenyang sangat-sangat. Tapi disebabkan dah order. Paksa juga makan sampai habis hahahaha. Nafsu sangat kan! tapi takpalah janji dah merasa. Next time dah tau, cukup lah order yang itu sahaja . Eh! bila tu hahahah

Tips penting Jalan di Genting

  1. Kalau anak ramai, better korang makan dulu siap sebelum naik genting. Kopak ooo
  2. Standby botol air kosong masuk toilet. Takut tersilap masuk toilet yang tak ada paip air. (macam nak nasihat orang pergi obersea pulak)
  3. Alert dengan restauran halal atau tidak.
  4. Restaurant chicken rice ada di kawasan genting premium outlet, bukan di kawasan first world genting yang baru. Ini option untuk makanan halal and affordable.
  5. Datang awal pagi untuk dapat parking senang.
  6. Kalu pergi mana mana factory outlet, pergi information counter and mintak voucher book, ada rezeki diskaun atas diskaun
  7. Kalau ada sale yang % ikut jumlah barang, jangan malu tanya orang yg beli sama di outlet tersebut. Sama sama akan untung nanti.
  8. pastikan bawak Kad Genting. banyak perbezaan nya weh. tengok lah menu and harga di atas tu
  9. Nak jimat, minta ais kosong je makan kat sini.

17 Comments

  1. IQ aka Izyan Balqis October 10, 2017
    • azni October 10, 2017
  2. Dorsett Pink October 10, 2017
    • azni October 10, 2017
  3. adianiez AIDA October 10, 2017
    • azni October 10, 2017
  4. anuar October 10, 2017
    • azni October 11, 2017
  5. YB Shehan October 11, 2017
    • azni October 11, 2017
  6. Min October 11, 2017
    • azni October 11, 2017
  7. Lya October 11, 2017
  8. Moha October 11, 2017
  9. JULIA JOHARI October 11, 2017
    • azni October 11, 2017
  10. Lim Eng Jin March 16, 2020

Add Comment

error: Content is protected !!