Sukarnya mencari makanan halal di Jepun

Baru baru ni aku terlihat satu iklan Malaysia Halal Expo 2019 yang akan berlansung pada 24-26 Januari 2019 di KL Convention Centre yang mengfokuskan untuk Olimpik 2020 nanti.  Automatik terus aku mengimbau kenangan aku sewaktu travel ke negara matahari terbit ini. Fuh! sukarnya mencari makanan halal di Jepun.

Tapi bila ada kesukaran di situ, maknanya ada peluang yang baik disitu. Kalaulah aku punya produk yang best aku rasa inilah platform terbaik untuk peluang tembusi pasaran halal di Jepun.

makanan halal di Jepun
resoran halal tak jumpa. duduklah dulu

Bukan apa, aku teringat pengalaman aku menjelajah negara Jepun pada tahun 2016 dulu. Memang seronok gila okay pergi Jepun ni, tapi  korang tahu.., aku turun berat dekat 3kg kut dalam masa 12 hari sahaja.

Cuba korang pikir kenapa?

Hahahaah.. sesiapa nak kurus cepat sila pergi Jepun., no joke. Confirm turun. Selain dari kesukaran nak mencari makanan halal, kita juga banyak berjalan dari satu lokasi ke lokasi lain. Tak cukup kalori nak burn, abis lemak lemak yang sedia ada ni yang burn haaaa.

Kesukaran mencari makanan halal ni aku boleh rumuskan ada 2 faktor

  1. Masalah nak mencari tu satu hal, sampai sesat-sesatlah
  2. Dari segi faktor harga yang memang boleh buat peluh meleleh dengan laju.

Persediaan bawa pre-cook dari Malaysia

Aku memang bergantung pada stok makanan yang dibawa dari Malaysia seperti  stok Brahim tu memang penyelamat aku disana, selain itu aku banyak bergantung di Family Mart. Tapi yerlah, itu pun hanya mampu makan roti kosong sahaja. Jenuh scan ingredients menggunakan google apps.

scan

Sebelum aku bertolak ke sana lagi aku dah buat banyak research dan mencari info info yang berkaitan halal ni. Dah ada list restaurant juga. Kiranya  dah siaplah list dalam handphone ni. Tapi untuk backpackers seperti aku ni, tambah-tambah yang pertama kali datang ni menguji kesabaran. Kadang-kadang sampai sesat barat orang cakap. kaki dah letih!

Owh, lupa aku nak cakap, aku memang travel bertiga sahaja aku, suami dan anak yang berumur 7 tahun pada masa itu. Dan memang kami susun semua itenirari sendiri, bukannya melalui travel agent yang siapkan semua door to door sevices. Bayar sahaja fees nya korang akan di bawa ke lokasi yang telah dikenal pasti terlebih dahulu.

Nafsu travel aku ni besar, hahah ongkos nya tidak berapa besar. Janji dapat jejak orang kata. Travel with kids berbeza yer, anytime dia boleh mintak makanan kalau dia lapar. Kalau orang tua ni bolehlah ditahan tahan lagi. Tambah tambah kalau musim sejuk memang akan cepat rasa lapar.

 

Sesat di Gion mencari kedai halal

Kalau pergi osaka, aku suggest korang jejak ke GION bandar situ memang cantik yakmat. Sebab ada satu part tu mereka mengekalkan senibina jepun dan korang boleh nampak budaya jepun yang sangat cantik.  Disitu korang boleh lihat ramai orang pakai baju kimono berjalan jalan jalan terkedek dengan terompah yang comel.

Sumpah aku cakap sini part yang paling best. Rasa seperti tengok cerita Oshin. So kami pun layanlah ambik gambar, jalan jalan dengan asyik sekali.

makanan halal di Jepun
nampak sedap je kuih uih ini

We all memang dah set dalam kepala akan singgah makan di dua tempat ni. Nama kedai tu ayamya dan Naritaya. Aduhai korang tau, dahlah sejuk,kami dah berpusing pusing walapun menggunakan google maps.  Hampir 1 jam lebih kami berusaha mencari tempat makan tu.

Si kecik tu memang dah merengek rengek kelaparan dan keletihan.   sampai kena dukung dibelakanglah.  Akhirnya dapat jumpa satu Japanese yang boleh cakap dan faham english.. aghhh.. penyelamat. Dia siap hantar kita orang makan kat situ sampai depan pintu. (ini memang kelas laa orang jepun)

Bila dah sampai, kena tunggu dulu que beberapa minit  lepas tu barulah dapat  masuk.

Disebabkan we all ni bajet traveller, hahaha we all amik set yang boleh dikongsi 3 orang ahahha.. portion orang jepun makan sikit oit.. sebab teringin nak makan wagyu. Itu pun dah  harga satu RM 160 Pastu agaknya dia kesian tengok hero kecik tu.. siap belanja makan sausages.

naritaya

Masa di tokyo we all  try satu restoran satu set cost us around RM260.. uwaa.. nangis oiit! Abis tu takkan nak  masak sahaj. Teringin nak rasa masakan dia orang juga, tapi yang halal lah kan.

Korang tau , sepanjang perjalanan  mencari kedai makanan halal  tu, bersepah family mart and kedai serbanika yang kita orang masuk. Mencari makanan halal sementara dapat jumpa kedai tu. Kira orang hanya minum coffee dan roti kosong yang we all confident makan. Paling sedih masa tu, roti tu pun habis .. uwaaa.. kelaparan

Cuba bayangkan kalau ada produk halal di Familiy Mart tu, tandanya  produk kita dapat tembusi  pasaran jepun. Masyaallah kan seronoknya.

Family Mart & Lawson tumpuan utama

Kalau pergi family mart  kat Malaysia ni memang rasa macam nak makan semua sebab macam macam ada.  Balas dendam hahaha. Sekarangkan demam family mart di Malaysia.

Feel paling kelakar  masa kat Jepun, tengok oden yang cucuk-cucuk tu, rasa nak makan je masa sejuk sejuk tu hahaha.. mesti best makan panas-panas. Tapi korang tau lah kan, sah sah tak boleh!

Itu yang bila bukak dekat malaysia abis kena serbu family mart tu.

Masa kat Jepun, situlah memang tempt nak cari roti dan juga nasi separuh masak. Ishh.. kalau lah ada sambal hitam kat situ ya allah senangnya hidup ni. Sebab di Family mart ni memang complete microwave dan coffee. Macam pit stop orang jepun makan untuk yang lebih murah.

Pleaselah, harapnya banyak produk halal ada di sana selepas ini sebab harganya mampu milik, sesuai sangat untuk bajet traveller macam aku ni ha!. Jenuh menabung tau untuk travel

japan5
Deretan kedai makanan halal di UENO., disini memang senang nak cari makanan.

 

Masak sendiri pun best.

Aku dah cakap awal tadikan, aku hanya bawak stok brahim macam nasi goreng, nasi lemak tapi paling best aku rasa masa kat Jepun, aku ada bawak pes asam pedas brahim.

Kalau korang pergi jepun, aku galakkan korang ambik homestay contohnya dari airbnb sebab korang boleh masak masak untuk bekalan sewaktu berjalan-jalan.

Lepas tu korang beli lah seafood kat sana.  Masyallah punyalah sedap. Aku andaikan sebab ikan, sotong, udang kat sana fresh yakmat. Bila masak tu kan masakan ko yang pakai pes  brahim tu pun sedap sampai menijilat jari. Aku tanya dengan kawan aku yang duduk sana , dia kata sebbab semua tangkapan hasil laut memang fresh.

Jadi kalau lah ada pes-pes untuk masakan yangboleh kita beli dengan mudah dah selesai masalah kita tak payah nak bawak banyak banyak kat sini.

makanan halal di Jepun
masak and tapau makanan sambil mengadap gunung fuji

 

Malaysian Halal Expo 2019

Malaysian Halal Expo 2019 ini adalah inisiatif dari Kementerian Pembangunan Usahawan  dengan kerjasama SME Corp Malaysia Ia akan melibatkan  pameran dari pengusaha pengusaha produk  Halal tempatan. Simple sahaja, tujuan expo ini adalah untuk memasarkan produk  produk Halal tersebut ke Jepun sempena sukan Olimpik 2020 akan datang.

posterhalal2

Sebab tu aku cakap awal awal tadi, kalau ada produk best aku pun nak join sebab aku tengok potensi market ni luas. Lagipun sijil halal Jakim diiktiraf di Jepun.

Bukan sahaja pelancong dari Malaysia, tapi  Indonesia, brunei, dan negara islam yang lain memang akan mencari produk produk halal bila melancong ke sana nanti

Aku rasa macam nak  singgah pameran ni sebab masa pameran ini lah akan nampak produk yang susah korang nak jumpa di mana mana mall sebab sesetengah mereka memang target untuk pasaran luar negara. Pandai kan diaorang, market sah sah lebih luas.

Jom kita jumpa di sana nanti pada 22-26 Januari nanti di KL Convention Centre.

posterhalal1

Facebook : Malaysia Halal Expo 2019
Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre
Tarikh : 24-26 Januari 2019

25 Comments

  1. Kisahsidairy January 7, 2019
  2. Julia Mahir January 7, 2019
  3. Rawlins GLAM January 7, 2019
  4. Chaza Xiaojie January 7, 2019
  5. Rane Chin January 7, 2019
  6. Kayathre January 7, 2019
  7. khai artzfar January 7, 2019
  8. henrytan January 7, 2019
  9. penaberkala January 7, 2019
  10. Faries January 7, 2019
  11. Cik puan ena January 7, 2019
  12. Mek Onie January 7, 2019
  13. Alia January 8, 2019
  14. Hanny Abdullah January 8, 2019
  15. AYU RAFIKAH January 8, 2019
  16. Wawa Ashihara January 8, 2019
  17. Syafiera Yamin January 8, 2019
  18. Liez January 8, 2019
  19. Nany Comey :) January 8, 2019
    • azni January 8, 2019
  20. Mek Onie January 8, 2019
  21. Suria Amanda January 8, 2019
  22. Saidila Rahman January 9, 2019
  23. ajumohit January 11, 2019
  24. Zurainny Ismail January 13, 2019

Add Comment

error: Content is protected !!