Beli produk brahim dengan harga murah

Produk brahim ni memang sinonim dengan traveller. Korang korang yang selalu travel mesti selalu akan standby produk brahim’s kan? Selalunya kita beli dekat mana mana hypermarket sahaja. Meh nak share dengan korang kat mana nak beli produk brahimdengan harga murah.

Memula aku tahu pun masa orang share kat dalam group travel. Aku ingat aku yang ketinggalan hehehe…  tapi bila aku share kat fb personal aku pun ramai tak tahu jugak. Benda yang best macam ni wajib share hehehe. Ramai pulak yang interested.

BACA : Senarai Restoran Halal di Perth

Korang boleh beli sikit or banyak. No hal. tak semestinya kena beli berdozen dozen. So kalau nak pakai untuk rumah pun sesuai kan.

Kalau orang bajet traveller macam aku, kalau boleh apa yang boleh bajet kena squeeze segalanya. Hehehe nafsu berjalan ni besor benor. Salah satu benda yang akan affect bajet kita mestilah bab makan. aku memang bergantung pada pek brahim.

Kenangan aku travel ke Jepun tahun 2016 dulu, fuh memang susah gila nak cari makan. Eh.. boleh cari tapi harganya boleh meleleh oitt.. kopak lah.

Kalau dah nama bajet traveller so konsepnya aku jejak sana, tapi kena cuba juga makanan sana tapi.. haa.. tapi lagi sekali 2 kali je boleh oit. Nanti tak boleh jalan lagi .. hahah

BACA : DAGING DENDENG SUMATRAA SESUAI UNTUK TRAVELER BAJET MACAM AKU

Kalau kat London nasi lemak pun RM40 kowt.. huhu. so cara yang terbaik belil produk brahim’s dengan harga murah. Borong abis abisan.  Korang tengoklah perbezaan rega seperti dibawah ni. so kalu p situ, baik borong byk banyak..

harga produk brahim

  • Nasi Goreng Kampung – RM7.90 (Brahim’s Shoppe) / RM12.71 (Giant)
  • Nasi Goreng Ayam – RM8.80 (Brahim’s Shoppe) / RM10.59 (Giant)
  • Nasi Beriani Ayam – RM9.00 (Brahim’s Shoppe) / RM12.71 (Giant)
  • Nasi Beriani Kambing – RM9.50 (Brahim’s Shoppe) / RM11.65 (Giant)
  • Lauk sedia dimakan – RM4.95 (Brahim’s Shoppe) / RM6.67 (Giant)
  • Kuah instant – RM3.50 (Brahim’s Shoppe) / RM4.49 (Giant)
produk brahim
pintu pagar utama untuk masuk ke kilang brahim. haaa apa lagi jom borong produk brahim
produk brahim
mai sini jer kalau nak beli produk brahim ni. berbaloi baloi

Lokasi Kilang Brahim

Kilang Brahim’s ni terletak dekat bangi

Lot 9 & 11,
Jalan P/9B, Kawasan Perusahaan Bangi,
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor,

 
 
Kalau korang Waze  akan keluar DEWINA FOOD INDUSTRIES.
    Kilang ni berdekatan jer dengan Warta dan Seksyen 7 yang banyak jual baju muslimah tu. Betul betul berdekatan dengan pusat servis HONDA. Masuk simpang yang sama. Alang alang dah sampai area situ  pergi jelah jenguk.  Masa aku pergi tu aku tak tahu boleh parking kat dalam. so menapak jugaklah parking di luar kilang yang banyak kereta. Pakcik guard tu cakap boleh jer bawak masuk kereta ke dalam… laa.. letih jer aku park jauh.. Kena tulis nama lah opkos.
 

Kat situ ada 2 building kilang brahim’s, tapi masuk jer pintu masuk  boleh nampak terus building yang macam kat atas tuh. Kedai nya kecik sahaja, tapi ada semua jenis produk brahim’s. Kalau pergi supermarket tak semua ada kan.. haa sampai sini semua ada.

Aku refer kat blog lain sebelum nih, ada share waktu operasi, Rehat kul 1-2petang. Kemain aku pecut, nak sampai before kul 1 tapi dah tanya adik yang jaga kedai tu. Katanya ada orang ganti dia jaga. So tak der masalah lah untuk korang soping.

 

brahim5
 
 
Sebenarnya aku pun tak pernah try semua produk brahim’s ni. Tapi kebetulan terjumpa dengan sorang akak ni yang kaki travel jugak. Katanya sedap paste semua tu. hahaha.. terus aku tambah lagi selepas aku bayar yang memula tu hahaha… Kalau tak habis masa travel nanti boleh jer pakai kat rumah.  Yang nasi goreng tu pernah try tapi, aku rasa untuk orang yang travel memang senang. Masuk jer dalam Microwave kan.
So aku dah share ni, apa lagi belilah produk brahim’s dengan harga murah. Jadilah pengguna bijak muahahaha….
Napa aku beria sangat nak cari produk brahim ni? hehehe insyallah aku nak p Jepun, sbb aku rasa kat situ susah nak cari makanan halal. Cadangnya nak masak pagi pagi sebelum kita orang start berjalan. Hero kecik tu nanti kang lapar tak tentu masa especially masa sejuk sejuk ni. Walaupun dia dah paham makna halal haram tapi tu lah, kang dia buat ngamuk
 
produk brahim
produk brahim ni semua precook. masuk jer dlm microwave
brahim1
dah masak masukka dalam bekas tu.. senang

21 Comments

  1. Azwan April 8, 2017
    • azni April 9, 2017
  2. nadia September 15, 2017
    • azni September 20, 2017
  3. Arby December 16, 2017
  4. SUKINAH MOHD DAMIRI January 29, 2018
    • azni January 29, 2018
  5. Noraini March 26, 2018
    • azni March 26, 2018
  6. SHERI DIN May 25, 2018
    • azni May 25, 2018
  7. Lisa August 11, 2018
    • Atia October 24, 2018
  8. Mama Zaid December 9, 2018
  9. Mama Zaid December 9, 2018
    • azni December 9, 2018
  10. awie May 22, 2019
  11. Khalid September 10, 2019
    • azni September 10, 2019
  12. Hafizah September 24, 2019
    • azni September 25, 2019

Add Comment

error: Content is protected !!