Villa kristal di WeTV paparkan realiti? Kisah kehidupan wanita kedua

Sinopsis villa kristal di WeTv | korang dah tengok trailer dia ? hahah sis suka walaupun sekarang hanya mampu tengok trailer sahaja. Suka tengok gandingan pelakon pelakon tu, trailer dia pun catchy dan rupanya baru tahu diarahkan oleh Kabir Bhatia dan Jason Chong

4 pelakon hebat yang sering kita tengok denga kaca TV terdiri dari i Mimi Lana, Tiz Zaqyah, Mawar Rashid dan Jasmine Suraya. Keempat empat ni ada aura masing-masing.

Bila tengok trailer hati aku terus “click” memang tertarik dan buatkan betul betul tak sabar nak tunggu tontonan episod penuh nanti. Ada banyak sebab yang aku boleh kupas dan kongsikan.

Banyak rupanya drama best best ni di WeTV nih . Boleh tengok trailer villa kristal dari link ini .

Suka color coding drama ni

Yang ini memang aku suka tengok hasil nukilan khabir baktia sejak dari dulu. Kalau drama lakonan tiz zaqyah yang dulu bersama remy ishak memang best. Color correction untuk drama ini pun macam bestlah, bukan macam drama tipikal. Aku nampak lah effort di situ.

Okaylah aku bias, sebab aku suka benda-benda macam ni, tapi korang pun sukakan. Bila video feed tu cantik so feel tu lebih sikit.

Tapi aku ada 1 benda panas yang best untuk dibincangkan.

sinopsis villa kristal

Media memaparkan realiti vs Realiti membentuk media

Hahah ini lah benda paling asas yang aku belajar sewaktu dalam bidang broadcasting. Kena hadam kalau lecturer tanya.

Korang paham tak? kalau tak paham susah untuk aku bawak korang untuk seterusnya.

Kalau kita bercakap pasal Gay, pasal wanita perampas dalam masyarakat kita ni ianya seperti sesuatu yang taboo. kalau kita nak tunjuk secara visual automatik orang akan buat sign macam dibawah ni.

Korang rasa ini real? atau sekadar permainan media?

Jeng .. jeng .. hehheheh cuba fikir?

Sebenarnya benda ni banyak sangat berlaku dalam kisah masyarakat kita, ada yang in denial, ada yang tak percaya, ada yang memang tahu. But bottom line kalau kita berada dalam kisah dan kelompok yang sama memang korang takkan akan tahu lah kisah kisah ni

Paling malas pun cuba korang baca IIUM confession atau KRT yang version makcik bawang sikit hahahah

Banyak kali aku terkejut and tertanjat kisah-kisah realiti di IIUM Confession tu, pergh memang tak masuk akal pun ada . Memang daring lah kata orang putih. So kalau dalam kisah Villa Kristal nanti aku yakin akan ada orang cakap cerita ni daring dan tak sepatut dipertontonkan

Apa kata kita baca dulu sinopsis villa kristal ini dahulu

mimilana

Sinopsis villa kristal

Villa kristal ni dari nama kondominum itu sendiri. Ianya sebuah kondominium eksklusif “Villa Kristal” dan didiami oleh golongan elit bersama-sama madu dan kekasih rahsia mereka.

Bermula dengan Demi Hani, seorang novelis wannabe yang naif mendapat tahu bahawa isteri muda seorang Ustaz terkenal, Rose, merupakan salah seorang penghuni di sana. Rose boleh dikatakan seorang selebriti dan pengacara TV yang akhirnya memilih ustaz dan sanggup menjadi isteri muda.

Hani yang menyamar sebagai seorang menantu ahli politik dan cuba membongkar segala skandal, drama dan masalah rumahtangga Rose dan rakan-rakannya iaitu Angel dan Diana

Melangkah ke dalam dunia “Wanita Nombor Dua”, Hani terjerumus ke dalam sebuah penyiasatan pembunuhan seorang jutawan hartanah, Idris, yang telah merubah kehidupannya bersama wanita-wanita lain di Villa Kristal.

So dah jadi panjang ceritanya dari asal mencari bahan untuk novel, Hani menjadi penyiasat pula

Topik wanita kedua memang panaslah !

Drama ini berunsur komedi sebenarnya, tapi dalam preview aku tengok walaupun ada beberapa scene yang daring hahaha tapi memang kelakar bewak.

Scene si rose yang poyo jadi isteri ustaz

Scene kelakar angle bermesra dengan laki simpanan

Scene Diana yang tough tetapi boleh menangis teresak esak

Ye, inilah perempuan yang penuh emosi dan kadang kadang tamak jugak hahahah, aku refer pada sifat aku sendiri. Ini lah hakikat perempuan hahaha. Aku yakin ada sesetegah scene atau babak nanti korang akan terasa macam kena jugak batang hidung dengan diri sendiri.

Mana ada perempuan sanggup berkongsi kasihkan. Mestilah akan fight habis habisan. Aku rasa ada satu scene perang antara rose dengan madunya.

Scene angle bermesra ala ala ganas tu memang jarang dipaparkan dalam dunia drama negara kita, tapi kalau tengok drama orang putih banyak sahajakan. Eh! takapa pulak yer hahahaha

Yerlah culture kita dan culture luar negara mana sama betul tak? So mungkin sesetengah orang macam satu kejutan juga, sukar untuk diterima. Aku hanya nak kupas dari segi drama sahaja, bab agama aku tak berani sentuh takut salah cakap. Tapi memang banyak aku tengok orang membahaskan isu ini.

Lagi satu, mesti ada yang yang cakap ” ish betul ke ada kisah macam ni”

hahah jum kita berpijak dibumi nyata, ramai and banyak sahaja kisah yang berlaku disekeliling kita malah melibatkan politician and public figure. Tapi berjaya sorok agaknya.

Drama ini memaparkan realiti kehidupan kita masa kina.

Of kos lah banyak drama yang berlaku antara mereka, scene melarikan diri dari bini pertama, scene si lelaki menipu isteri mereka dan pastinya ada scene lelah dia melayan karenah bini muda. As expectedlah kan. Jarang nak jumpa perkahwinan yang smooth tambah tambah yang version curi curi kahwin ni hahaha.

Pedih untuk orang perempuan terima kenyataan ini, tapi kita janganlah naif sangat menerima perjalanan perkahwinan kita smooth tanpa bergelora lansung

Info Drama Villa Kristal

  • Episod: 13
  • Tarikh Tayangan: 2022
  • Rangkaian: WeTV
  • Penulis Skrip: Nor Hazlin Nor Salam
  • Pengarah: Kabir Bhatia, Jason Chong
  • Produksi: Revolution Media Films

Barisan Pelakon sinopsis villa kristal

sinopsis villa kristal
  • Mimi Lana sebagai Hani
  • Jasmine Suraya sebagai Angle
  • Mawar Rashid sebagai Rose
  • Tiz Zaqyah sebagai Diana
  • Tony Eusoff sebagai Idris
  • Alvin Wong sebagai Robin
  • Nazrief Nazri sebagai Ustaz Adib
  • Fadlan Hazim sebagai Detektif Isa
  • Sherry Ibrahim sebagai Ustazah Nur Sakinah
  • Maria Farida sebagai Shahila
  • Lee Yvonnez sebagai Jessica

Jom WeTv

PERCUMA je tau! Hanya download apps WeTV Malaysia dari Play Store untuk pengguna android dan Apps Store untuk pengguna IOS. Korang juga boleh tonton terus di https://wetv.vip/play/30o0d2umvx883h8-Villa-Kristal/l0042zcxeqo-EP1-Villa-Kristal.

Jom follow IG WeTV Malaysia, FB WeTV Malaysia dan Twitter WeTV Malaysia untuk update terkini VILLA KRISTAL ok!

Menangi iPhone 13 dan Voucher PERCUMA!

Korang juga boleh menangi iPhone 13 & voucher PERCUMA dari Grab dengan hanya menonton Villa Kristal! Klik je salah satu link di bawah ni untuk maklumat lanjut! 😊

💎 https://bit.ly/AngelVK
💎 https://bit.ly/DianaVK
💎 https://bit.ly/RoseVK
💎 https://bit.ly/HaniVK

Selamat menonton dan menang hadiah!

11 Comments

  1. Rozita Ceritaita February 23, 2022
  2. Sii Nurul February 23, 2022
  3. Mija February 24, 2022
  4. Bonde Zaidalifah February 24, 2022
  5. Shida Rahmat February 24, 2022
  6. MrsPip February 24, 2022
  7. nettyahhiyer February 24, 2022
  8. Maria Firdz February 24, 2022
  9. Aya Zuki February 24, 2022
    • azni February 25, 2022
  10. MAMA REEN April 2, 2022

Add Comment

error: Content is protected !!