Drama 19 episod itu bakal mengisi slot Samarinda siaran TV3 untuk tayangan istimewa sempena RamadHan. sinopsis drama nur TV3 ini sebenarnya mengisahkan Adam lakonan Syafiq Kylez, seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmu, rupa paras dan anak lelaki tunggal kepada penceramah bebas yang cukup terkenal, Datuk Ayah Haji Mukhsin.
Table Of Content
Hubungan ayah dan anak yang sangat rapat menjadi tempatnya mendapatkan sebarang panduan. Namun bagaimana kiranya pula dalam menangani krisis percintaan anaknya dengan NUR seorang gadis lorong kelak.
BACA : Korang juga boleh lihat SENARAI BUFFET RAMADHAN untuk semua hotel terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor
Sekembalinya Adam ke Malaysia dia telah menerima banyak tawaran pekerjaan . Dalam masa yang sama Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mukhsin. antara bait bait skrip, ibubapa adam sendiri beria untuk menjodohkan adam kerana Qhadeeja dari keluarga yang berada.
Dalam masa yang sama, Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliah di masjid. Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam.
Pilihan hidup NUR dilorong atas kesempitan hidup keluarganya yang kacau bilau. Lama-kelamaan, mereka jatuh cinta kerana agama dan Allah SWT. Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat. Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup bersama Adam?
Saya melakonkan watak utama sebagai Nur, perempuan lorong yang tersasar di jalan gelap. Bagi kemunculan semula selepas melahirkan anak, watak ini sangat berat buat saya.
Dengan status sebagai isteri dan ibu, sebenarnya berdebar juga untuk saya lakonkan watak ini. Namun, saya tidak mahu melepaskan peluang ini kerana tertarik dengan jalan cerita dan karakter Nur,”- Amyra rosli
Drama Nur Dikritik Jatuhkan Maruah Ustaz Kerana Watak Ahli Ulama Langgan Pelacur?
Drama ini memang panas menjadi satu fenomena yang hebat. Drama Nur yang mula ditayangkan sejak permulaan Ramadhan lalu mendapat sambutan yang sangat baik. Bukan sahaja mempunyai barisan pelakon yang mantap, jalan cerita tentang seorang ustaz yang bertemu dan secara tidak sengaja jatuh hati kepada seorang pelacur dalam usahanya untuk membimbing pelacur tersebut memang sangat menarik dan mencuri perhatian penonton.
Memang drama ini realiti atau hanya ilusi. Tetapi tetap Ada sesetengah pihak menganggap penulis skrip sengaja ingin menjatuhkan maruah seorang ustaz apabila mewujudukan watak Ustaz Hamadi lakonan Azhan Rani seorang yang munafik dan berlindung disebalik kebaikan sedangkan dirinya turut melanggan pelacur demi memuaskan nafsu serakahnya.
INFO RINGKAS sinopsis drama nur TV3
- JUMLAH EPISOD : 19 episod
- TARIKH TAYANGAN : 14 Mei 2018
- WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
- SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
- PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin atau Budak Ijat
- TERBITAN : Radius One Sdn Bhd
- PELAKON : Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani, Mathni Razak, Jijie Zainal
WATAK PELAKON sinopsis drama nur TV3
- Amyra Rosli sebagai Nur
- Syafiq Kyle sebagai Adam
- Riena Diana sebagai Dr Qhadeeja
- Datuk Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ayah Haji Mukhsin
- Fatimah Abu Bakar sebagai Datin Ibu Hajah Musalmah
- Azhan Rani sebagai Ustaz Syed Hamadi
- Noorkhiriah sebagai Aishah
- Raja Muhd Atiqullah sebagai Amirul
- Zaidi Omar sebagai Datuk Tajuddin
- Laila Nasir sebagai Mona
- Elmy Moin sebagai Marzuki
- Mathni Razak sebagai Dr Mukhriz
- Kuna Muzani sebagai Datin Orkid
- Jijie Zainal sebagai Jojo
BACA : Sinopsis CInta Fatamorgana
OST drama Nur
Tak Pernah Hilang – Amylea dan Kaer
Gantikan Diriku – Idayu
kalau cerita cintan-cintun begini memang best.
perkara universal bagi semua orang..
cuma kalau selalu sangat tengok drama…
jiwa boleh terawang-awang sahaja
😁
Malam tadi sempat tengok kejab. Lama tak tengok Amyra Rosli berlakon. Harap cerita ni tak klise macam cerita lain.
good movie….thanks to producer and director
Indeed