Nasi Minyak NOXXA step by step dan terperinci

Kali ini aku nak share cara  buat nasi minyak noxxa step by step untuk first timer, atau orang yang agak was was nak masak menggunakan noxxa. Haa cuba tengok cara cara di bawah yang aku tunjukkan dari mula sampai habis secara details. Aku dapat cara masakan ni dari salah seorang kawan yang terer masak of course laa..

Paling best sebenarnya Nasi Minyak ni kalau dipadankan dengan Acar Rampai memang mantap, sesuai sangat untuk hidangan majlis-majlis tertentu seperti kenduri kahwin dan sebagainya. Aku pernah tengok juga resepi blog nasi minyak che nom

Memang sedap meleleh hahahha. Nasi minyak ni memang nostalgia dia lain sikit, nak masak sendiri kadang tu malas, tapi bila pergi kenduri feel tu memang best

nasi minyak noxxa
Image Credit: http://www.ishrynavenue.com/

Tujuan aku letak sini hahaha.. untuk aku sebenarnya, sebab blog sendiri ni kan umpama diary, jadi senanglah aku nak refer nanti. Yang penting naiwatu nak masak tu ada.

Jom kita tengok bahan bahan yang di perlukan.

Bahan-bahan untuk nasi minyak noxxa

  • 1 kg beras Bhasmati – basuh & rendam.
  • 1 tin besar Susu Cair – ambil 1 cawan PC sahaja.
  • 1 tin kecil Minyak Sapi / Majerin.
  • 2 sudu besar Air Mawar.
  • 1-2 biji Bawang Besar – di mayang halus.
  • 2 inci Halia                    – hiris halus-halus.
  • 3 ulas Bawang Putih     – hiris-hiris
  • 2 helai Daun Pandan    – siat, pintal & simpul.
  • 1 tub kecil Plain Yoghurt
  • 8 cawan Air eSpring.
  • ½ cup Sunquick Orange.
  • Bunga Cengkih, Buah Pelaga, Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang.
  • ½ cawan Biji Gajus.
  • 1 tin Green Peas.
  • ½ cawan Kismis.
  • ½ cawan Bawang Goreng.

BACA : Nasi Daging NOXXA

 

cara masak nasi minyak

  1. On kan STIR FRY.
  2. Panaskan MINYAK SAPI.
  3. Tumis 4 SEKAWAN & DAUN PANDAN
  4. Masukkan hirisan BAWANG BESAR, BAWANG PUTIH, HALIA.
  5. Bila dah wangi, masukkan BIJI GAJUS.
  6. Masukkan AIR, SUSU CAIR, SUNQUICK ORANGE, GARAM, kacau. Biar mendidih.
  7. Sudah mendidih, masukkan YOGHURT, AIR MAWAR, BERAS, kacau, tutup periuk.
  8. HIGH PRESSURE 8 minit.
  9. Buang wap, masukkan KISMIS, kacau. Biar panas dalam periuk.

Waktu hidang nasi minyak noxxa ini, tabur dengan BAWANG GORENG & GREEN PEAS… menarik kan. Kalau tak dapat buat masa berbuka puasa jom buat masa raya.

Kalau nak masak Nasi minyak untuk 100 pax

  • Jika masak nasi utk 100pax beras cukup 8kg shj !
  • Lebihan ada maybe dlm 20pax lg..
  • Jika guna beras biasa dan masak nasi yg berperisa contohnya nasi ayam/nasi tomato/jagung dll..
  • Beli beras yg mengandungi 5%beras hancur..Kt tepi plastik beras ade tulis.
  • Beras perlulah dibasuh dan direndam dlm 15minit pastu toskn.

3 Comments

  1. Anuar May 17, 2018
  2. Syida July 31, 2020
    • azni August 4, 2020

Add Comment

error: Content is protected !!