Sinopsis Drama kan ku kejar cinta kamu, mengisahkan percintaan Alma dan Rayyan. Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.
Satu tindakan yang sangat sangat berani.
” Hisy! Aku nak kena mulakan. ke? Hmmm…buat muka selenge.
Eh! Tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat. Ya lah cuba goda dia.
Eh…eh… nanti dulu. yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat. kan?
Jadi perempuan baik? Lemah-lembut. sopan-santun? Lagi bosan kot.
Argh! Tak boleh jadi ni! “ – Alma
Kedua-dua keluarga mereka telah bermusuh sejak dari dahulu lagi. Tapi demi cinta mereka redah dan sanggup hadapi dugaan bersama. Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa.
Alma hilang arah tambah pula Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan).
Berbagai cara Alma lakukan untuk mendapatkan Rayyan semula. Tambah pula dengan nenek Rayyan yang mengetahui perkahwinan mereka.
Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut.
“Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa.”
Raiyan juga pernah berpesan kepada Alma, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler
BACA : Sinopsis Drama Selafaz cinta
Situasi bertambah buruk bilamana keluarga Rayyan merampas syer syarikat keluarga Alma sebanyak 60%. Alma terus dibuang keluarga apabila mereka mengetahui yang dia sudah berkahwin dengan musuh keluarga. Alma putus asa dan membawa diri ke JB. Tinggal bersama Kalsom dan jadikan keluarga Kalsom sebagai keluarga angkatnya.
Kemudian nekad untuk bercerai dengan Rayyan setelah mengetahui yang Rayyan akan berkahwin dengan Dilaila.
Rayyan bersetuju untuk bercerai dengan perjanjian. Mereka harus tinggal bersama selama 2 tahun atau syer 20% milik Alma menjadi milik Rayyan, dan beberapa syarat lain. Berbagai dugaan berlaku pada mereka semasa tinggal serumah. Bergaduh, bemesra. Dan Rayyan menjadi bertambah keliru apabila perkara negatif tentang Alma di ceritakan.
Alma sebenanyar mengatur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari! betul betul seperti tajuk Sinopsis Drama Kan ku kejar cinta kamu. Alma tidak putus asa
You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. – Raiyan.
“Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler…
Kalau terlepas jangan risau, boleh tengok di ASTRO on Demand
Pelakon Sinopsis Drama Kan ku kejar cinta kamu
- Amyra Rosli sebagai Alma Hakim
- Fendy Bakry sebagai Mukramin Raiyan
- Delimawati sebagai Nek Bonda
- Hafidz Roshdi sebagi Huzail
- Elya Miera sebagai Dilaila
Pengarah : Yusry Abd Halim
Terbitan : Global Station Sdn Bhd
Adaptasi Novel : Fauziah Ashaari
No Comment! Be the first one.