Aku memang tahu, antara makanan sunah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun berkualiti. Tapi kadang tu liat nak jadikan rutin harian. Tapi sejak sejak dah jadi seorang yang health concious ni memang suka juga aku membaca info info yang berkaitan kesihatan.
Table Of Content
Owh satu lagi.. sejak aku ternampak FB ads pasal Minyak zaitun Al-Ard Palestinean Premium Organic Extra Virgin Oil (PPOEVOO) dari Al Masoud Trading yang dikatakan pengimport utama Minyak Zaitun yang berkualiti ini.
Aku ada seorang kawan ni yang agak berisi tau, tapi kolestrol dalam badan dia agak rendah dengan style pemakanan dia yang .. hurmm.. memang boleh tahan la.
So dia sendiri beritahu yang memang dia amalkan sesudu mintak zaitun setiap hari. In fact setiap kali buat check up dr. pun impressed lah tahap kolestrol dia.
Hehehhe last aku check kolestrol ni tak adalah tinggi sangat berbanding dengan Husband aku yang kurus tu, bagi aku consider husband aku ni memang tahap kolestrol dia agak tinggi. Border kowt! Haa.. jangan ingat orang kurus ni sihat tau, peringatan untuk aku juga.
Masalah kolestrol yang tinggi ini juga berkaitan dengan sakit jantung yer. Ngeri weh
Alhamdulillah sejak kami kawal makan dan bersukan, memang lah tahap kesihatan ni improve banyak tapi kolestrol tu degil oiit.. Sangat susah. Yelah dah sebati dalam salur darah.
Jangan buat main tau, ini lah yang boleh buat salur darah kita tersumbat dan akhirnya kena stroke. Umur umur yang 40an ni kenalah beringat sikit. Itu sebabnya kami pun intai intai alternatif macam nih
Ya ampun, Jauhkan lah kami dari penyakit ini.
Okay now, back to kisah Minyak zaitun yang banyak khasiat ni. Kalau ikutkan manfaatnya, Sejak 1,400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW dahulu lagi menganjurkan penggunaan minyak zaitun kerana khasiatnya yang besar dikeluarkan dari pohon zaitun.
Apa lagi… kalau Nabi sendiiri yang jadikan ianya sebagai makanan sunnah. Tak payah lah kita pertikaikan lagi kelebihannya.
Petikan Info berkaitan Kelebihan Minyak Zaitun
- Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 11: “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.”
- Diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra, Rasulullah SAW bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.” (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).
- Kajian saintifik membuktikan khasiat minyak zaitun dan ia adalah bahan utama dalam makanan Mediterranean yang terbukti secara saintifik sangat menyihatkan.
- Minyak zaitun mengandungi lemak mono tak tepu (MUFA) yang menyihatkan, di samping lemak tepu dan juga lemak poli tak tepu (PUFA) termasuk Omega 3 dan 6.
- Minyak zaitun juga mengandungi bahan antioksidan iaitu hydroxy tyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin. Ia juga mengandungi vitamin E tokoferol dan juga vitamin K
Haaa.. tu dia.. banyakkan.
Tapi challengenya disini untuk mendapatkan Minyak Zaitun yang berkualiti dan tulen. Tahulah zaman sekarang, manusia ni kreatif sahaja untuk benda benda macam nih. Sampai kadang kadang kita boleh jatuh was was.
Al Masoud Trading adalah pengimport dan pengedar minyak zaitun secara terus daripada negara pengeluar minyak zaitun maknanya mereka tidak melakukan pembotolan semula dan apa-apa perkara seumpamanya.
Al Masoud Trading adalah pengimport dan pengedar minyak zaitun secara terus daripada negara pengeluar minyak zaitun.
Tips pilih minyak zaitun berkualiti
- Botol Kaca Gelap AMAT PENTING untuk memelihara Kandungan Khasiat Minyak Zaitun,
- Pilihlah Minyak zaitul dari Palestine . Minyak Zaitun Organic Extra Virgin dari Palestine adalah hasil daripada Pokok Zaitun yang berusia Ratusan dan sehingga Ribuan tahun…
- Proses Cold Pressed. Haba yang tinggi boleh merosakan khasiat Minyak Zaitun, bagi mengekalkan khasiat Minyak zaitun yang tinggi proses perahan sejuk diperlukan.
Khasiat Minyak Zaitun Berkualiti
- Mengawal kolesterol dalam badan.
- Mencegah kanser kerana bahan anti oksidannya tinggi.
- Mencegah diabetes.
- Menyihatkan usus kerana zat oleropein agylycone dalam minyak zaiton menjaga bekalan darah ke usus.
- Mengatasi rasa nyeri pada sendi dan pengeroposan tulang.Maka lutut tidak sakit
- Melembabkan bibir, menyuburkan rambut dan mencegah rambut gugur. Wajah berseri
- Menanggalkan sel mati dan ini menyebabkan pengguna tegar lambat berkedut kulitnya.
- Penggunaan Minyak Zaitun Organic Extra Virgin Palestine untuk Kesihatan Gusi dan Penjagaan Gigi.
- Meredakan radang gusi dan gigi. Ibnu Qayyim meriwayatkan bahawa minyak zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh mengurangkan kesakitan dengan cara di sapukan di Gusi dan Gigi yang mengalami kesakitan.
Pengambilan minyak zaitun ada pelbagai cara.
- Minum satu sudu makan, sebelum sarapan pagi dan satu suduk makan sebelum tidur malam, ketika perut kosong. Jangan minum air selama tiga minit selepas minum minyak zaitun.
- Campurkan ke dalam makanan. Tapi campurkan ke dalam makanan yang sudah siap dimasak. Bukan ketika masak atau digunakan sebagai minyak masak.( adeh! aku selalu tumis dulu masa nak buat pasta
- Dinikmati dengan roti untuk mengantikan butter. -( ini kalau makan di Restoran Italianise starter derang mulakan dengan style mcm ni. sedap oit)
- Secara luaran, sapu minyak zaitun di kulit serta mana-mana bahagian tubuh badan sebab. Minyak zaitun mampu menghilangkan kesan parut dan kekeringan kulit, masalah eczema, radang kulit, masalah sendi dan lutut serta melebatkan dan menghitamkan rambut.
Pembelian
Online Shopee : https://shopee.com.my/almasoud_trading
Kedai : AL MASOUD TRADING No. G33A, Block 5, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan. Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
FB : https://www.facebook.com/pg/alardmalaysia
Call / Whatsapp : 019-4095570
minyak zaitun al-ard mmg bagus