Sinopsis Ash dan Aish yang romantis walau bukan di alam nyata

Sinopsis Ash dan Aish, drama adaptasi novel ‘Ash & Aish’ karya Maya Adira akan datang di Astro Ria. Menampilkan gandingan utama Meerqeen dan Siti Khadijah Halim. Merqeen ni tambah hot sejak sejak Firdaus untuk Melur. Well, dia memang good looking lah .

Drama terbitan Suhan Movies & Trading. diarahkan oleh Helmi Yusof.

Tertarik bila tengok teaser dekat IG drama lakonan Merqeen ni, drama ni macam ada citer “Ghost” lakonan Demi Moore dan Patrick Swayze dulu. haaa… korang kena tengok drama ni selain tengok Merqeen yang ensem hahah

Errr.. ke korang tak tahu pun drama tu? Google please hehhe.

So back to this drama. Ianya satu drama yang menceritakan sisuatu yang agak Pelik. Aneh bagaimana gadis seperti dia ada idea yang diluar jangka seperti itu. Aisha sendiri hilang akal. Macam mana dia boleh jadi isteri kepada mamat lollipop yang selalu dengan earphones dan hoodie kelabu itu dalam masa satu bulan.

drama aish dan ash

Sinopsis Ash dan Aish

Kisah Ash dan Aish yang ditakdirkan bertemu dengan tidak sengaja akhirnya membawa kepada perkahwinan kerana perasaan simpati dan ingin melindungi Aish. Ash yang penuh misteri dan hidupnya gemar membantu orang yang ada masalah.

Sanctuary Kafe menemukan Ashrafi dan Aisha, mengikat mereka dalam ikatan perkahwinan. Aisha hanya main-main. Ashrafi hanya mahu menolong. Baginya, gadis itu hanyalah pembantu. Manis dengan sikap gila-gila, buat dia tersenyum dalam rahsia.

Tolong konon, namun sebenarnya hati lelaki itu dijentik rasa luar biasa. Sedangkan Aisha pula, terjebak dalam perkahwinan yang dia sendiri tidak pasti kenapa dia lakukan. Begitupun dia bersyukur dan bahagia menjadi isteri tanpa cinta kepada Ashrafi. Dia juga dapat menumpang kasih keluarga baharu.

Ashrafi : Misterius dan pendiam. Lari daripada keluarga kerana perbezaan pendapat dan daripada cinta yang dirundung nestapa.

Aisha : Gadis polos dari kampung. Hijabnya terbuka sampai dia tak senang duduk. Selepas dibawa berubat, barulah lega.

Namun, insiden kemalangan Ashrafi membuka tetingkap rahsia yang bersimpang-siur. Ashrafi

Terbinalah ikatan suami isteri bilik berasingan bagi mereka. Bagi Aisha, dia bersyukur kerana dengan menjadi isteri Ashrafi, dia dapat menumpang kasih keluarga yang baharu. Dia kenal Tuk Mek, Kak Wati dan Abang Zul serta yang lainnya. Dia bahagia menjadi isteri tanpa cinta.

Namun, insiden kemalangan Ashrafi membuka tetingkap rahsia yang bersimpang siur. Ashrafi terbaring koma namun ‘Ashrafi’ yang satu lagi datang menemani Aisha. Kelam kabut dan tunggang terbalik hidupnya. Pencarian dan perjalanan yang penuh dengan seribu rasa menduga rasa cinta yang baru terbit. Dalam hati yang mula memekar, ada rindu yang bersembunyi.

BACA: Sinopsis Risik Pada Hati

menarik sebenarny Sinopsis Ash dan Aish ini. Jangan lupa kemunculan para pelakon dalam siri ini pada 5 August di Bukit jalil

Sinopsis Ash dan Aish

JUDUL : ASH DAN AISH

  • EPISOD : –
  • TARIKH TAYANGAN : –
  • WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam¬†
  • SIARAN TV : Slot Megadrama – Astro Ria
  • PENULIS SKRIP : Nieza Nahar
  • PENGARAH : Helmi Yusof
  • PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
  • PELAKON : Meerqeen, Siti Khadijah, Idzham Ismail, Nada Nur Syuhada, Adiba Yunus

WATAK PELAKON 

  • Meerqeen sebagai Ashrafi
  • Siti Khadijah Halim sebagai¬†Aisha

One Response

  1. nettyahhiyer August 5, 2022

Add Comment

error: Content is protected !!