Kempen derma darah McDonald’s dapat sambutan baik dikalangan pekerja dan orang awam

Kempen derma darah McDonald’s | Kali ini aku berpeluang untuk bersama dengan rakan-rakan yang lain turun padang memberikan sokongan aktiviti menderma darah McDonald’s. Aktiviti ini adalah merupakan kali ke-6 kerjasama untuk McDonald’s Malaysia dan Pusat Darah Negara.

Kempen ini sangat bertepatan dengan seruan kerajaan untuk menggalakkan pendermaan darah dikalangan rakyat Malaysia untuk memenuhkan tabung darah di Pusat Darah Negara.

Namun, untuk orang yang mempunyai hemoglobin dan tekanan darah yang rendah seperti aku adalah suatu yang mustahil huhuhu, tapi alhamdulillah aku pernah juga mempunyai pengalaman sebanyak 2 kali sewaktu zaman muda dahulu. 

Memandangkan ianya satu aktiviti yang sering dilakukan oleh pihak Pusat Darah Negara, aku suka melihat ‘flow’ dan susunan proses derma darah ini. Ianya dilakukan dengan teratur dan tersusun mengikut SOP yang ditetapkan. Bermula dengan pendaftaran, pemeriksaan kesihatan, jenis darah dan barulah dibenarkan untuk turus serta dalam kempen derma darah ini. 

Thumbs up McD dan PDN.

Satu usaha yang amat dipuji dan harus diikuti oleh organisasi yang lain. 

Kempen derma darah McDonald's

Fakta paling menarik yang aku pelajari pada hari itu setiap kit untuk pengumpulan darah untuk seorang invidu berjumlah RM150.00 betapa bernilainya harga setitik darah yang mampu mengubah nasib sesiapa sahaja. Setiap pek darah tersebut mampu menyelamatkan 3 nyawa.

Fuh! bayangkan bajet yang dikeluarkan oleh kerajaan kita untuk memastikan kesejahteraan rakyat sendir

Fakta Pusat Darah Negara

Hakikat yang diperakui, setiap hari darah diperlukan untuk menyelamatkan nyawa. Darah mungkin diperlukan untuk pembedahan, mangsa kemalangan atau untuk merawat pesakit leukemia, barah, penyakit jantung, penyakit hati dan hemophilia

Seperti yang kita ketahui kewujudan Pusat Darah Negara, mereka sedia berkhidmat kepada masyarakat dalam menyediakan darah yang mencukupi dan selamat serta menjadi pusat rujukan yang cemerlang di bidang Transfusi Perubatan.

Kempen derma darah McDonald's

Kempen derma darah McDonald’s satu inisiatif menyokong Pusat Darah Negara

Aktiviti ini menderma darah ini terbuka kepada orang ramai walaupun ianya diadakan di ibu pejabat McDonald’s dan telah menyaksikan kehadiran lebih daripada 200 penderma pada tahun ini. Restoran khidmat segera tersebut telah menganjurkan Hari Derma Darah tahunannya pada 30 Jun 2022, dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penderma yang hadir terdiri daripada kakitangan, rakan-rakan niaga, dan pelanggan McDonald’s serta wakil media. 

Kempen derma darah McDonald's

McDonald’s Malaysia terus menyokong seruan kerajaan agar rakyat Malaysia dapat menderma darah secara lebih kerap. 

Penganjuran aktiviti menderma darah ini bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan menderma darah, demi menyokong pihak PDN dalam membantu pesakit yang memerlukan.

Kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan PDN adalah supaya lebih ramai orang menderma darah bagi memastikan jumlah stok bekalan darah di dalam bank darah negara stabil. Kami sedar kepentingan adanya stok darah dan kami sangat gembira dapat melaksanakan aktiviti menderma Darah pada tahun ini

Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

McDonald’s mahu wujudkan kesedaran kepentingan menderma darah

McDonald’s berhasrat menanamkan satu tabiat yang baik dan mewujudkan kesedaran yang tinggi mengenai kepentingan menderma darah di kalangan kakitangannya dan juga rakyat Malaysia. 

McDonald’s yakin setiap seorang dari kita boleh membantu rakyat Malaysia lain yang memerlukan. Maka tidak hairalah aktiviti derma darah yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia dengan Kerjasama PDN menyaksikan lebih 1,300 penderma sejak tahun 2017.

Paling menarik, sebagai tanda penghargaan, McDonald’s Malaysia menyediakan turut hidangan McChicken dan Sundae Cone kepada semua penderma darah yang hadir sebagai tanda terima kasih atas sumbangan mereka

mcd2

Manfaat Menderma darah

  1. Mengesan masalah kesihatan
  2. Rasa lebih sihat
  3. Mengurangkan kadar zat besi bagi penderita hemochromatosis
  4. Menjaga kesihatan jantung
  5. Mengawal tekanan darah
  6. Dapat mengurangkan kalori di dalam badan
  7. Dapat menggantikan sel-sel darah yang baru
  8. Dapat menyatukan manusia sejagat

Jadi, apa lagi?

Jangan lengkah-lengah jalankan tanggungjawab kita. Walaupun kita tidak layak untuk menderma darah tapi membantu kerajaan mewar-warkan acara kempen darah ini sudah membuktikan kita melakukan tanggungjawab sosial yang baik.

One Response

  1. Netty Ah Hiyer August 12, 2022

Add Comment

error: Content is protected !!