Shopping Best di London ! Aduh semua dah sibuk susun jadual untuk travel selepas 2 tahun kita berkurung dek covidkan. Mana boleh tahan untuk kaki traveller, samalah macam aku ni tapi aku tak terdaya nak jalan sekarang sebab tak confident selagi travel insurans tak cover.
Table Of Content
Cuma untunglah untuk mereka yang kerja sendiri tak kisah pun kalau kena kuarantin 7 hari bila balik dari luar negara.
Aku dah pernah pergi London sebanyak 2 kali. Yang pertama Europe tour tahun 2010 dan yang kedua pada tahun 2017 travel dengan tema “England aku datang” hahah gitu bersama keluarga abang aku yang nak menyambut konvokesyen di Nottingham
Walaupun matawang Pound agak tinggi tapi takkan aku nak lepaskan peluang shopping di sana terutama Primark dan Bicester Village. Aduhh.. Gigil ooo. Kalau nak beli handbag dari Europe korang cari lah belah belah sini jauh beza dengan harga di Malaysia. kalau nak cari baju murah di london pun opkos lah ada tempatnya kan .
Ini aku dapat tips dari Personal Shopper yang selalu ulang alik ke LOndon. Rugilah korang tak follow. If nak tau boleh refer page dia wowcation. Kalau aku dapat baca info ni dari awal memang gedik gedik lah aku jejak semua tempat nih.
Jangan lupa baca tips travel ke England juga sebelum khatam bab tempat shopping yang best nih
7 Tempat Shopping Best di London
Primark Marble arch
Paling famous area Oxford Street. Tidak di ketahui kenapa ramai pergi ke area sana sedangkan ada Primark yang lagi selesa berdekatan dengan underground Tottenham Court Rd. Di situ lebih besar, ada 4 tingkat, ada cafe serta toilet di dalam Primark tersebut!
Sebenarnya Primark ni bertebaran di England, tapi memang ramai yang suka kesini. Tak cukup bajet? pastikan korang datang sini and carilah barang murah di london. Nanti menyesal
Airbnb yang kami ambik pun berdekatan dengan Oxford street sebab memang nak shopping. Shopping apa yang best? hahahah semua best. Jeans, baju kanak-kanak, barang make up pun banyak aku borong hari tu.
The Bicester Village
Bagi yang berminat untuk mencari barangan branded, mereka akan ke sini kerana harga memang terlalu murah. Ini kerana item bukanlah yang latest. Ada pelbagai butik di sana antaranya Coach, Burberry, Balenciaga, Dolce & Gabbana, Furla da sebagainya.
Kawasan ini mesra kanak-kanak dan paling best ada beberapa cafe. Para suami tak perlu termenung menunggu isteri habis shopping di luar butik . Pastikan jumpa jalan pulang bila datang ke sini..
Aku sendiri sempat beli 2 handbag hehhe, 1 Furla abam hadiahkan dan satu lagi MK. Satu kepuasan bila bawah paperbag yang ada isi dalam tu
Nak beli dekat BUtik di Malaysia memanglah tak mampu, even Factory outlet di genting and JPO pun bagi aku still harga tinggi. So sebab itu setiap kali travel aku kena allocate siap siap duit untuk shopping sekali
Carnaby Street
Mostly area ini adalah untuk penggemar streetwear. Adidas, Puma, Vans, End Clothing, Barbour, New Era dan sebagainya.
Dengan 100 jenama dan 60 restoran & kafe, tempat ini akan menawarkan segala-galanya dari warisan kepada moden.
Anak anak sedara aku memang pulun beli kasut dekat sini.
Selfridges
Terletak di Oxford Street. Majoriti barangan high end. Kalau ada diskaun pun, masih mahal tapi okay sebab barangan disini biasanya antara yang latest. antara Shopping Best di London
So siapa yang memang nak cari barang branded boleh terus ke sini. Sis surrender hahaha sebab nama pun bajet traveller
Harrods
Seangkatan dengan Selfridges tetapi era lama. Harrods dah berubah jika kita pergi ke sini kadang2 boleh dapatkan baju Polo Ralph Lauren dengan harga berpatutan. ramai tahu sini Shopping Best di London kan
Selalu tengok orang pergi sini macam – macam kan. Memang best. Dan aku sempat grab barang make up HUDA di sini. Memang jauh lebih murah lah.
Westfield
Yang ini berkonsepkan shopping mall tetapi tidak pasti ramai Malaysian pergi ataupun tidak. Sepanjang tinggal di sana, hanya dua Westfield sahaja saya jejakkan kaki. Di White City, berhampiran Underground Shepherds Bush. Di sini berkeluasan besar.
Di Stratford juga terdapat Westfield. Bersebelahan dengan National Rail Station Stratford yang berada di bawah shopping mall. Westfield ini menjadi sesak di sebabkan wujudnya station ini. Jika nk beli barang branded yang berpatutan boleh ke butik TK max. Makanan halal pun mudah didapati di Westfield.
Wembley
Terdapat London Designer Outlet. Tempat shopping yang tenang bagi saya. Juga terdapat banyak cafe di sepanjang jalan. Ada lagi satu outlet yamg kurang di ketahui oleh Malaysian. Saya pernah bertanya beberapa customer dan mereka pun tidak tahu tempat ini.Harga murah sangat dan selalu ada suprise deal di outlet sini. Nak pergi tak outlet murah sangat
Wah yang ini aku pun baru tahu, bila Penulis asal ini kongsikan tips ni aku pun macam tergedik gedik nak repeat ke kota london lagi.
Rasa nak repeat Shopping Best di London
Bila dah boleh travel ni memang bucket list tu penuh, Mula-mula aku nak travel balik ke Turki walaupun baru pergi pada tahun 2019. Lepas tu anak aku pulak mintak nak pergi Swiss, eh… kemain kan. Tapi aku pun teringin sebab trp dahulu tu aku macam touch and go sahaja .
UK ni memang macam special jugak di hati sebab dan sinonim dengan rakyat kita kan, tambah tambah christian ronaldo dah kembali ke Old trafford makin gediklah anak and laki aku tu.
Apa apa hal pun buat masa ini dan sampai tahun 2020 kami hibernate dari travel sebab ada projek rumah yang nak buat dan juga tabung travel pun dah kosong hahahah…
Moga ada rezeki untuk kami anak beranak penuhi wishlist ni dan repeat ke semua tempat Shopping Best di London ni tambah bila aku cara jimat ke london
atau patutkah aku pergi mencari cherry blossom di jeju ?
No Comment! Be the first one.