Resepi spaghetti mudah | Aku anak beranak memang peminat spaghetti. Selalunya buat masa malam hari sebab lebih light dan mudah. Janji ada ayam and sos spagehti sedia ada terus jadi.
Table Of Content
Aku cadangakan korang simpan 2 benda ni kalau orang datang rumah dan tak tau nak jamu apa, senang terus siap benda alah nih .
Aku akan kongsikan Resepi spaghetti mudah version aku dan version orang lain yang aku rasa agak menarik juga kalau nak cuba nanti.
Tapi korang kena cuba yang version malas aku tu tau ! Janji tau
RESEPI SPAGHETTI MUDAH DAN SEDAP
Chicken Bolognaise
Haa … inilah resepi versi aku , versi pemalas atau nak sedap sikit kita cakap Resepi spaghetti mudah tapi mantop hahaha. Aku suka kalau menggunakan tulang ayam ni sebagai penyedap rasa. Sama macam aku masak mee hailam basah aku.
Bahan-Bahan
- 1 paket spaghetti, dan asingkan dalam bekas yang lawa-lawa nnti
- Daging ayam ; Isi dan ada tulang sikit
- Bawang putih and bawang merah
- Garam
- Sos spaghetti
- Olive Oile
- Daun parsley sebagai hiasan, dihiris halus
Cara Masak
- Rebus Spageti
- Tumis bawang dengan Olive oil
- Masukkan ayam yang ada banyak bahagian tulang dulu
- Masukkan baki ayam
- Masukkan sos spaghetti Prego
- Masukkan air sikit
- Herbs macam oregano
Cadangan hidangan, asingkan sos dan spagetti.
BACA : Fried Salmon Garlic Sauce
Carbonara
Bahan-Bahan:
- 1 paket spaghetti
- 2 telur grade A1/
- 2 cawan serbuk keju Parmesan
- 1/2 cawan daging ayam dipotong dadu
- 4 ulas bawang putih,
- ditumbukGaram, oregano dan serbuk pada hitam secukup rasaDaun parsley sebagai hiasan, dihiris halus
Cara memasak:
- Rebus spaghetti dan toskan airnya setelah spaghetti lembut
- Dalam mangkuk kecil, pukul telur dan keju parmesan dan ketepikan.
- Panaskan kuali dan goreng cebisan ayam dengan sedikit minyak hingga sedikit garing. Tambah bawang putih dan goreng sehingga naik bau.
- Kecilkan api dan masukkan spaghetti dan telur dan kacau perlahan supaya sebati.
- Tambah garam, lada hitam dan oregano. Tambah sedikit air supaya tidak terlalu kering. Padam api.
- Siap untuk dihidangkan. Tambah daun parsley sebagai hiasan.p/s Tambah cili flakes kalau nak pedas lagi
Spaghetti telur masin
Ini resepi dari influencer terkenal Khairul Abdullah Aku suka style masakan dia, sebab jenih cepat sedap and sempoi
Bahan-bahan yang kena ada (untuk 4 orang makan):
- 200gm spaghetti direbus macam biasa.
- 2 biji telur masin direbus macam biasa.
- 1 ketul isi ayam dipotong dadu. Ganti udang lagi sedap.
- 5 ulas bawang putih dipotong.
- 3-5 ulas cili padi dipotong kecil.3 tangkai daun kari.
- 1 cawan susu.
- 100gm butter/marjerin or whatever.1 sudu serbuk cili (chilli flakes)
Cara memasak:
- Panaskan butter/marjerin lalu tumiskan bawang putih, cili padi serta daun kari sampai wangi dan masukkan ayam atau udang dan goreng sampai masak.
- Sambil tu lenyekkan telur masin sampai hancur jadi keping-keping setelah kau pergi sambil ternyanyi lalu terus masukkan ke dalam kuali dan kacau sebati. Dia akan jadi berbuih tau, dont worry. Kalau guna pes telur masin ini pun boleh:
- Dah kacau sebati masukkan susu. Kalau nak agak berkuah sikit masukkan dalam 1 cawan susu, kalau nak kering sikit masukkan setengah cawan sahaja. kacau sampai didih dan masukkan spaghetti. Aku suka San Remo Vermicelli:
- Kacau sebati dan rasa dulu. Kadang-kadang ada telur masin yang tak berapa masin, so kena tambah garam yer. Kalau rasa masih ada yang tak kena, kau tambahkan secebis kasih sayang. Pasti terus berbeza rasanya.Siap dan hidangkan dengan taburan chilli flakes.
Spagehetti Olio Ayam
Bahan-Bahan:
- 200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut, toskan
- 6 biji black olive
- 6 biji green olive
- 15 biji jeruk capers
- 1 keping dada ayam, didadu*
- 2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
- 1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap sekejap)
- 1 biji terung saiz sederhana, dipotong kiub, rendam
- 1 biji bawang holland, didadu
- 3 ulas bawang putih, cincang halus
- 4 biji cili padi thai merah, cincang halus
- Garam secukup rasa
- Parsley, dicincang untuk hiasan
- Minyak zaitun untuk menumis
Cara-Cara Memasaknya:
1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masukkan cili padi dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tambah terung dan goreng terung sekejap.
2. Masukkan green olive, black olive dan jeruk capers, kacau rata2. Tambah spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley sebelum dihidangkan. See less
Spaghetti Aglio Olio Seafood
Bahan-Bahan
- +- sebungkus (rebus letak minyak + garam)
- Udang + sotong (goreng dan asingkan)
- Bawang putih 4-5 ulas – slicesBrokoli – rebus sekejap
- Cendawan -slices
- Tomato ceri
- Daun parsli
- Cili kering 2-3 potong serong2
- Air rebusan spaghetti 1/2 cawanLetak dlm mangkuk asing
- Kiub ayam 1Garam 2 sudu
Cara-Cara Memasaknya:
- Chili flakes 1-2 sudu besar
- Lada hitam 1 sudu
- Oregano sikit
- Tumis bawang putih agak2 garing
- Masukkan cendawan kacau2,
- masukkan semua bahan2..kacau2 sikit,
- last skli masukkan spaghetti n kacau sampai sebati semua Sumber : Maya Miera
wahh tq kak sharing resepi.. leh buat pelbagai jenis spaghetti…
Spaghetti ni kena buat stok kat rumah. Penyelamat time malas masak beria. Versi malas tu memang sedap..sap sap soi siap.