Resepi Murtabak Maggi | Kalau korang dah tak tahu nak buat apa kat rumah tu, apa kata korang cuba resepi mudah nih. Campak-Campak jadi. Eh! hahahha
Table Of Content
Mana mau campak campakkan, kenalah ada bahan bahan lain juga untuk menyedapkan rasa. kaaan…….
Maggi ni kira sebati dengan kehidupan kita dari dulu kini dan selamanya. Kiranya stok maggi memang senantiasa sahaja ada di rumah. Kalau dah sampai tahap tak berapa selera nak makan nasi atau heavy, memang Maggi jadi pilihan hati lah.
Tambah-tambah bila waktu hujan, makan maggi panas campur telur dan cili burung. Perghh! mantop
Maggi ni kalau nak cerita kehidupan di asrama memang macam-macam la, agak agak kalau zaman aku belajar dulu student dapat idea macam ni buat resepi murtabak dia orang kan buat tak? hahahaha cuba pikir.
Kredit main image dari Facebook murtabakmaggiumt
Tapi bila ada orang menghasilkan resepi baru dengan jadi murtabak maggi aku pun memang tergedik gedik juga nak mencuba.
Bahan-bahan Resepi Murtabak Maggi
- 1 peket Mee Maggi Perisa Kari
- 100g isi ayam cincang
- 1 biji bawang besar dicincang halus
- 3 biji telur
- Sedikit daun bawang dan sup dicincang halus
- Minyak
BACA : Resepi Kari tulang Daging Noxxa
Cara-cara menyediakannya:
- Macam biasa, macam buat maggi. Mula-mula rendamkan maggi ataupun mee segera dengan air panas. Biarkan maggi dalam 1-2 minit supaya maggi tu lembut. Kalau nak rebus pun boleh. Kalau keras mana gayanyakan hahaha.
- Pecahkan 2 biji telur dan pukul sama seperti nak buat telur dadar. Tak sure gred apa yang terbaik, tapi kita pakai jelah telur yang ada dalam stok korang tu.
- Kemudian masukkan bawang, cili yang sudah dipotong. (Kalau ada isi udang, ayam, daging, sosej boleh letak sekali) Kan sama macam nak buat telur dadar juga.
- Jangan lupa letakkan sedikit gula dan garam, kedua dua ni penting. Nanti karang jadi tawar pulak, mana nak lalu makan. Kalau nak sedap lagi, boleh letak sedikit perencah maggi ke dalamnya..Kemudian kacau sehingga sekata.
- Masukkan maggi yang dah lembut tu ke dalam bahan-bahan yang sudah dicampurkan dengan telur tadi. Kemudian kacau lagi sehingga sebati (Kalau nak ada rasa pedas-pedas sikit, boleh letak sedikit lada hitam or maybe letak cili padi pun mungkin sedapkan
- Panaskan kuali dan letak sedikit minyak. Jangan letak minyak banyak-banyak membazir. Masa untuk goreng. Pastikan minyak baru. Bukan minyak goreng ikan pulak huhuhu
- Kemudian masukkan adunan maggi tadi dan ratakan supaya ia nampak cantik. Masak dengan api yang perlahan saja kalau kuat nanti habis hangit nanti. Kemudian balikkan kedua-dua belah supaya tiada bahagian yang tak masak.
Simple sahaja resepi ini kan!
Aku tak tahulah sapa yang telah menginovasikan idea nih . Tapi kalau tengah bulan dah tak ada duit nak makan, aku rasa idea ni bernas. Ada juga protien dari telur tu haaa. Yang pasti kalau bulan puasa abam pasti akan cari murtabak, entah apa lah angin dia. Banyak kali ramadhan dia suruh aku cari.
So ramadhan tahun depan, mungkin aku dah boleh cuba sediakan resepi murtabak maggi ni. Tak payah nak bersesak sesak di pasar ramadhan kan!
Walaupun tak sesuai untuk anak anak sebab namanya maggi, tapi maybe kalau kita kurangkan perisa kari tu yang mungkin ada MSG jadi kuranglah rasa bersalah hahaha
hurmm… tak payah tunggu ramadhan lah, esok dah boleh cuba.
No Comment! Be the first one.