MAIS bantu LGBT, Pelacur, Penagih dadah, Penghidap HIV melalui Pemulihan Ar Riqab

Pemulihan Ar Riqab | Sungguh! buat pertama kali baru aku tahu berkenaan Pemulihan Ar Riqab. Tidak pernah aku fahami betul – betul siapakan golongan asnaf ar riqab ini dan bagaimana bantuan yang diberikan.

Alhamdulillah untungya bila berada dalam circle dikalangan Media dan Blogger barulah aku mendapat maklumat yang sahih dari first hand.

So apa yang aku tulis ini Bukan Omongan kosong dari seorang blogger semata-mata,

Aku rasa korang pun kena tahu berkenaan Pemulihan Ar Riqab ini.

Yang aku tahu selama ini ada 8 golongan dalam penerima zakat dan salah satunya adalah Ar Riqab dan aku mengaku aku tidak memberi perhatian sepenuhnya siapakah golongan ini, dan bagaimana pihak MAIS dan Jabatan Agama Negeri lain membantu mereka.

Terus aku rasa jahat /naif sungguh pikiran bila dahulu aku pernah ada stigma negatif setiap kali membaca di dalam media golongan Ar Riqab ini mendapat bantuan dari pihak berwajib. Kadang-kadang ramai netizen mudah untuk melemparkan kata kata nista kepada pihak zakat tidak memberikan bantuan sewajarnya

Apakah Ar Riqab

“Riqab adalah seorang yang terbelenggu di bawah satu kuasa yang menghalang kebebasan dirinya”

( peluasan takrif riqab fatwa selangor 2009, mereka yang terbelenggu dengan masalah akidah & sosial seperti penghidap HIV, LGBT, Pelacur dan lain lain yang nak bertaubat).

Penggunaan wang zakat Asnaf Riqab berdasarkan mekanisme berikut:

Pihak Zakat, Majlis Agama Islam Selangor pastinya telah menggariskan SOP dan syarat-syarat dalam mengenalpasti golongan ini dan konsep agihan. Dalam perkembangan media masa dan sosial media, aku rasa kita kena lebih banyakkan awareness supaya golongan ini tahun dengan siapa mereka boleh memohon pertolongan kelak.

Kriteria

  1. Islam
  2. tiada sumber kewangan yang cukup dan/atau tidak mendapat bantuandaripada sumber-sumber lain; dan
  3. seorang yang telah disahkan ingin membebaskan dirinya dari belengguyang dihadapi.

Konsep agihan

  1. Pembayaran adalah berasaskan permohonan dan siasatan dan pengesahan;
  2. Meringankan bebanan;
  3. Pembayaran hanya kepada individu yang bersedia untuk menjalani pemulihan dan pemantauan yang diaturkan untuk mereka;dan
  4. Usaha memulihkan akhlak dan akidah.

Siapakah Asnaf Ar Riqab

MAIS juga telah menetapkan kategori tertentu yang layak mendapat bantuan mereka supaya semuanya jelas dan terang dan tidak akan timbul masalah dikemudian hari.

Kategori Masalah Sosial

Terbelenggu Dengan Dadah

  • Penagih dadah
  • Bekas penagih dadah 

Terbelenggu Dengan Masalah Jenayah Syariah

  • Minum arak
  • Zina
  • Judi
  • Khalwat 
  • Muncikari (Ibu Ayam)
  • Sumbang mahram 
  • Buang anak 
  • Mengandung luar nikah
  • Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan islam 
  • Persetubuhan haram
  • Mempersendakan Al Quran dan Hadis
  • Dan lain lain yang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995

Terbelenggu Dengan Gaya Hidup Songsang

  • Pelacur
  • Lesbian
  • Gay
  • Maknyah
  • Tomboy
  • Gigolo
  • Pengkid
  • Homoseksual
  • Biseksual
Pemulihan  Ar Riqab

Terbelenggu Dengan Kes Juvana

  • Gangster
  • Jenayah melibatkan harta benda 
  • Kes rompakan
  • Pergaduhan yang melibatkan kecederaan
  • Pecah rumah 
  • Kes rogol 
  • Jenayah yang melibatkan senjata berbahaya
  • Ugutan yang melibatkan keganasan

Terbelenggu Dengan Penyakit Kronik

• HIV / AIDS
• Hepatitis
• Kanser
• Tibi
• Lain lain

Kategori Masalah Akidah

Terbelengu dengan Masalah Syirik dan Khurafat

  • Doktrin palsu
  • Mengaku menjadi Nabi
  • Menghina islam 
  • Pemujaan salah 
  • Mempersendakan Al Quran dan hadis 

Memurnikan Akidah Orang Islam Yang Terpesong

  • Orang yang ingin atau berhasrat murtad
  • Orang yang dalam proses beristitabah (memohon taubat atau menganjurkan bertaubat. Juga disebut pemurnian akidah).

Jenis Bantuan

  • Bantuan pemurnian akidah;
  • Bantuan pemulihan akhlak; dan
  • Tabung pembebasan fi ar-riqab

Strategi Bahagian Pemulihan Ar-Riqab

Pemulihan  Ar Riqab

Hubungi Pemulihan Ar Riqab

Sekiranya kita mempunyai kawan dan keluarga yang menghadapi masalah di atas, jangan segan silu untuk hubungi mereka.

  • Nombor Telefon 03-33614080 / 03-33614000
  • Website : http://www.mais.gov.my/al-riqab/
  • Facebook : Majlis Agama Islam Selangor
  • Instagram : @mais_officialhq

Sama-sama kita sebarkan info ini kepada yang lain agar lebih ramai yang mendapat manfaat. InsyaAllah.

15 Comments

  1. Wawa azwa September 20, 2021
  2. netty September 20, 2021
  3. maizan September 20, 2021
  4. MAMA REEN September 20, 2021
  5. Hasnita Sawal September 20, 2021
  6. Aisya Ismail September 22, 2021
  7. Fadima Mooneira September 22, 2021
  8. Ayu Rafikah Mohd Amin September 23, 2021
  9. Sis Lin September 23, 2021
  10. Marshaliza September 23, 2021
  11. Min Shamsuddin September 23, 2021
  12. Rawlins GLAM September 23, 2021
  13. Racheal Loh Siew Ting September 24, 2021
  14. huda September 24, 2021
  15. Sunshine Kelly September 25, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!