Memburu tiket ke kota london untuk musim summer
Hurrrm… Murah ke harga tiket di matta fair ni? Kalau dah namanya bajet traveller, heheh semuanya mau bajet. Tapi kali nak ni hunt untuk summer.. ya ampun..tiket paling mahal untuk sepanjang tahun. Kalau ikutkan aku nak elak tapi dah tarikh konvo anak sedara aku tu masa tu… berpeluh nak hunt.
Table Of Content
Aku dah start hunt tiket ni dari hujung tahun lepas, cuma problemnya tak boleh beli disebabkan tarikh konvo anak sedara aku tak dapat confirmation dari pihak universiti. Macam2 method lah yang aku cuba skyscanner, google flight and lain lain.
Apa yang aku buat,
- Aku set tracking price di google flight sbb nak tahu pattern harga turun naik.
- Dengar khabar tiket murah 2 minggu sebelum event matta fair, so aku hunt secara manual.. tapi still tak murah weh
- Refer otai otai traveler.. berapa harga yang lojik utk summer.. set as benchmark
Dan…
Aku mmg dapat harga murah melalui skyscanner yg bawak kepada portal TRIPSTAR dalam RM2500 return dengan menaiki royal jordanian…so consider murah. Tapi sebelum proceed aku baca review samada Tripsta ni boleh dipeercayai atau tidak. huhuhu.. agak scary and risiko. Melainkan kita dapat harga melalui EXPEDIA, yakni bg aku agak reliable.
Aku refer pada otai2 traveller yang biasa hunt untuk tiket murah. MR. oren katanya pernah dpt tiket ke london pada summer dengan harga RM2500. tapi sebulan sebelum tarikh FLY… heheh menarik kaan.. so aku plan nak guna pakai kaedah ini untuk aku, asben and anak.. so abang aku boleh beli tiket melalui agent masa matta fair terlebih dahulu.
Oh lagi satu kalau nak travel ni.. korang kena pikir bab transportation dan keperlun lain seperti wifi disana. Korang boleh baca our experience haritu tu masa pusing – pusing selama 7 hari disana. Jang lupa baca ikut link ini okay.
On D Day di matta fair
Aku terpaksa amik cuti untuk kejar hari pertama, takut allocation tiket abis haha….. yer ker?? Aku tak tau. aku agak agak jer.. Mula mula we all serbu MAS kaunter.. bila sebut nak pergi summer semua pun dah ckp harga mmg tinggi. MAS bagi harga RM4500.00 return. Gulpp... terkedu. so dah cakap awal awal pada abang aku, mmg tak mampu malah dia cakap terpaksalah dia husband and wife sahaja yang pergi. Katanya MAS tak ada buat promosi untuk summer.
We all terus serbu kaunter tiket yang lain.
Travel agensi yang pertama berjaya dapakatkan tiket RM2860.00 dengan menaiki etihad pada tarikh 14 july dan pulang 23 July iaitu ari ahad. well not bad kan… Tapi dia tak jamin dapat harga untuk 9 orang pulak. So aku ajak abang aku serbu kaunter tiket yang lain.
Aku nampak CIT travel. aku biasa tengok Iklan di newspaper and Facebook. Ikut abang aku nak terus jer dengan kaunter tiket yang mula2 tu. Aku cakap .. sabar… kita cari lagi.. susah oo nak hunt harga tiket di matta fair ni
Nasib baiklah berjumpa dengan en Yus dari CIT travel ni. aku rasa selesa sangat nak sembang and diskas dengan dia. Aku rasa dekat 2.30 jam kut duduk kat situ. En yus ni mmg tolong we all sungguh2 lah… ramai nak pergi ni weh.. Kalau ikutkan tak berapa nak mampu .. tapi heheh abg aku ckp lain2 on him… hahaha so pikir duit air ticket sahajalah.
Abang aku tu sbb nak suruh aku arrangekan semua dari penginapan, transportation and lain lain.. dalam family aku ni.. depa panggil aku “mutawif’ hahah… depa semua lenggang kangkung jer. contoh aku buat trip ke bandung.. All in RM680 sorang untk 3 hari 2 malam.. heheh murah dak? Niat aku nak ajak derang travel jer.. tak amik untung pun.
Baca : Trip bajet ke bandung untuk family
So dapat ker harga tiket di matta fair untuk ke kota london? Alhamdulillah walaupun tak lah murah sangat… tapi dengan value yang we all booking 3 bulan sebelum fly, dan pergi masa summer.. we all dapat RM2810 utk adult.. (berpeluh). huhu dan budak RM2340.
Mula2 we all dapat RM2740.00 sahaja, tapi waktu nak proceed tu agaknya sistem jem, semua travel agent dok masuk serentak.. huhu tak dpt lock harga tu.
Macamana boleh dapat harga murah tu ?
- We all ubah ubah date. dari departure 14 july.. terpaksa ubah kepada 12 July
- Avoid balik hari Jumaat, Sabtu, Ahad… kalau tak.. harga terus jadi RM3800.00
- Jangan book harga untuk 9 orang terus. Kena pecah kepada 2 group.
- Terpaksa beli ticket yang ada transit.
Dalam masa yang sama aku check online dengan etihad airways masa mr yus buat booking. The cheapest price yang aku dpt RM3680.00. pergh…. banyak beza tu.
So kesimpulan yang aku nak cakap… walaupun aku selalu hunt tiket murah air asia dan promosi airline lain, ada masa beli melalui travel agent pun boleh dapat harga murah. Aku rasa derang ada allocation. Sebelum ni bila diskas dalam group bajet traveller memang derang buat lawak kalau pergi matta fair tu hanya untuk orang kaya sahaja. Untuk kes terdesak macam aku ni… dan aku dah survey harga secara online. Matta fair ni boleh juga menawarkan tiket yang murah. Aku tak berani nak amik risiko tunggu last minit baru nak book. sian pulak kat abang aku ni.
Aku tanya juga kenapa orang boleh dpt tiket murah kalau melalui masa online pada travel agent ni… so respond derang
- Ikut musim… kalau summer agak mustahil. which is true.. geng backpackers aku dpt RM2500 sebulan travel. itu pun satu sahaja. kalau ramai2 macam susah nak dapat. kalau musim lain mmg boleh dpt harga murah.
- Window untuk tiket promosi tu hanya pada tarikh tertentu walaupun iklan kata boleh offer harga rendah. Cth MAS offer RM2300 untuk harga ke london. Tetapi mungkin hari rabu ke rabu depan. so kalau langgar weekend mmg takkan dapat harga tu.
Mungkin boleh dapat harga murah jugak.. sebab pada tahun 2010 aku travel ke UK dengan Airasia at RM1600 without luggage. dimana aku book untuk jangkamasa 1 tahun sebelum FLY… hehheeh… nanti kita tgk air asia offer berapa pulak untuk tahun nih
lagi satu benda yang penting.. Jangan mudah terpesona dengan iklan tiket murah.. sbb yang buat harga tiket mahal adalah airport tax yang hampir RM1500 untuk turun di heathrow weh…
harga tiket di matta fair
So harga untuk adult we all dapat RM2810.00. We all ada masa 3 bulan sebelum fly, tabung travel baru terkumpul RM2400.00 sejak balik dari jepun itu hari… so terpaksalah aku guna kaedah pakai kredit kad dan convert kepada balance transfer. .. berpusing pusing nih. Kalau ikut tabung travel kita orang berjumlah RM7200 untuk hujung tahun ini.. ini terpaksa advance kan dulu dari allocation lain…
Baca : Tips tabung untuk travel
haish… kalau rm2800 sebenarnya lepas pergi ke osaka all in. tapi rasanya it’s gonna be fun sbb akan travel dengan family abang aku yang semua kaki bola. We all akan cuba jejak stadium di UK sebanyak mungkin.
nanti aku cerita kat korang aku Hunt untuk accomodation pulak… fuh..! berpeluh jugak.
Our traveloque ke bumi england ini korang boleh baca entri aku seterusnya :
Baca : England aku datang lagi
harga tiket di matta fair
harga tiket di matta fair
harga tiket di matta fair
harga tiket di matta fair
harga tiket di matta fairharga tiket di matta fair
Skyscanner reliable walaupun company yg kte tak pernah dgr pun kan. Pernah book gne skyscanner 3 hari sblm fly still dpt tiket murah. Alhamdulillah rezeki kat situ
try jugak skyscanner tapi bila p page lain nak proceed, pastu baca plak review tak best.. hahah terus cuak
Baru ni beli tiket ke london untuk trip april tahun depan. Naik emirates dalam rm2800 jugak. Transit sekejap di dubai. Cuma, bila tanya agent, macam mana dengan seats? Katanya kalau beli tiket di matta fair, seats airline company akan letak randomly, boleh check 48hrs begore fly. Kalau nak book seats, kena bayar. Pengalaman puan azni sendiri macam mana? Saya sedang berkira2 jugak nak booking seats ni sebab kena tambah around rm800. Takut2 nanti saya terduduk sebelah siapa2 ntah 😬
Baru ni beli tiket ke london untuk trip april tahun depan. Naik emirates dalam rm2800 jugak. Transit sekejap di dubai. Cuma, bila tanya agent, macam mana dengan seats? Katanya kalau beli tiket di matta fair, seats airline company akan letak randomly, boleh check 48hrs before fly. Kalau nak book seats, kena bayar. Pengalaman puan azni sendiri macam mana? Saya sedang berkira2 jugak nak booking seats ni sebab kena tambah around rm800. Takut2 nanti saya terduduk sebelah siapa2 ntah 😬
Kalau ikutlan haritu saya naik etihad n berjaya duduk sebaris semua. Saya mintak agent dptkan seat secepat mungkin. April pun peak yer? Pernah nak hunt ikut online ada dpt 2200 tp sbb tarikh konvo anak sedara x cfrim so itu yg x dpt beli online
Bila agent book seats untuk puan tu, kena buat bayaran lain tak? Kalau saya nak book seats, kena tambah duit lagi. Memang itu yang terjadi di matta fair, bilamana kita beli tiket, itidak termasuk seat. Tapi kita boleh cek seat kita 48hrs before depart tu. cuma seat kita airline company tu letak mana2 je la yg available 😅
Owh x de pun… masa matta fair line congested utk dptkan seat. 1 week after matta i communicate balik and baru dpt emel seat utk semua org