Tak sabar betul nak mula shopping di New york. Selepas habis tempoh kitorang dok kat rumah pertama ni yang ala ala rumah sesame street. So kita orang kena pack dan pindah rumah lain terlebih dahulu. Rasa baru jer sampai kat sini now kena pindah rumah sbb yang ini under bajet opis. Dalam Rm400+ per night.
Table Of Content
Camner pun merasalah jugak duduk rumah kat New york ni kan… eh Brooklyn…. jadila, sipi sipi kan. Kami sewa via airbnb, senang sangat! Korang boleh baca pasal airbnb dalam entri yang sebelum ni. Yang belum merasa cuma.. heheh shopping di New York
Kami keluar from St Marks Avenue and checked in to a cheaper, smaller room in Caton Avenue sebab accommodation dah kena bayar sendiri. Caton Avenue ni tak jauh sangat dengan St Marks. About 5 mins by cab. So we call the Uber lah.
Cewah.. dah pandai pakai UBER dah. Interface dia lain sikit. Siap boleh nampak kereta . Pasnih.. Jom shopping di New York.
We rented a room. A small apartment room dengan king size bed, muat2 untuk kami bertiga dan 2 buah luggage bags. Rent nya dlm RM250 per day. Semua ni dah pre-booked and communicated melalui Airbnb.
Baca : Travel dengan AIRBNB
Broklyn ini kena pandai cari juga kalau nak shopping di New york
Susana kat Caton Ave lebih kurang sama dengan St Marks Ave. Ramai yg ingat Brooklyn is a very dangerous area. Tapi bagi aku maybe kat some parts kot, atau we all bernasib baik tak berlaku apa2. Walaupun atmospherenya kat sini ‘gangsta’ town, tapi taklah ‘ghetto’ sgt mcm citer2 gangsta kat Bronx tu.
Sejak sampai aritu, sometime aku pun selamba turun dan keluar kejap sorang2. And its not as dangerous spt yg aku bayangkan, cuma extra cautious tu kena jugak ada la kan. Manala tahu tiba2 ada gun fight..hehe..Oh ya bunyi siren keta polis mmg selalu dgr jugakla mlm2.
OK back to our room at Caton Ave. Memandangkan we all sewa bilik, so kat sini we stayed with the tenant. Yg dok kat apartment tu ialah 2 orang minah. An African American girl with her partner another girl yg ada slang Spanish skit bila dia bercakap. ‘Partner’..hehehe..kita ornag pon ada rasa ‘something’ between them, tapi that’s their own private lifelah kan.
No comment. I am totally cool psl ni. hehe
First time dok skali dgn derang mula2 rasa sikit kekok. But derang ni baik and friendly. But masa berjumpa tu kejap2 je. Sebab pagi derang dah keluar kerja dan kita orang pun akan keluar berjalan dan malam baru balik. Ada yang sampai rumah kul 12 malam sampai tenant tu risau dengan kita orang, siap tunggu lagi heheh
BACA : Malaysian Food Di Manhattan
Pening Mencari kunci Airbnb, kami
Sebelum masuk tu, susah sikit nak jumpa kat mana kunci yg disimpan utk masuk ke rumah. Tuan rumah masih berkerja masa tu. Katanya kunci ada di entrance apartment. Puas pusing sana sini. Dalam letter box pun tak ada. Kitorang pun naik terus ke unit apartment tu based on the address. Puas jugak mengetuk pintu pastu pintu dibuka sorang mamat Germany ni. Awek dia tgh kemas bilik lagi. Dia pun apologise sebab terlewat check-out. Aku pun cakap aku tak jumpa tempat simpan kunci dan dia tunjukkan aku kat mana. Dia tak boleh bagi kunci dia tu pass kat kitorang mcm tu je. So if our key is in the safe locker, then kitorang kena amik kunci tu.
Ny ni mcm2 pesen org ada.. Ni entah event apa tah.. Berskate berjemaah di kota NY kowt.. #throwback. #fairasaznitravel #travelblogger #kbba9 #malaysiantravelblogger #lifestyleblogger #blogger #modernmumthingy
Jom Shopping Di New York
So from now on Mama will be with us full day. .yeayyy ! Mama pun dah bersemangat lebih sikit sbb tak yah nak pikir pasal training lagi. Lepas letak bags and rehat2 skit, kitaorang keluar attacked Time Square, Manhattan. For me and Iman that was our second time ke Manhattan tapi first time bagi Mama.
So apa lagi dia pun teruja banget bila nampak Macy yang besar giler tu..”The World Largest Store”. ni kira tempat hebat shopping di New york
Sistem Jalan New York
OK nak citer sikit pasal system jalan kat Manhattan ni. Sistem jalan kat Manhattan ni mcm kita belajar kordinat longitude dan latitude…heheh nak senang faham dia mcm kek yang dipotong2 empat segi. Avenue berapa bersilang Street berapa. Dan ada East or West.
So korang bayangkan kek lapis yg di potong-potong empat segi. Potongan yg menegak tu Avenue dan yg melintang tu Street. Pastu East ialah potongan2 sebelah kanan dan West tu sebelah kiri….hehehe…
Avenue dan Street ni ada nombor ikut turutan. Main road yg membahagi East and West ialah 5th Ave (5th Avenue). Jalan lain yang selari dgn 5th Ave ialah dari 1st Ave hingga ke 11th Ave. Pastu Street pun sama, tapi street ni lebih bayak..rasanya lebih dari 200th Street…heheh.
BACA : DAY 2 Menjejak Amerika – Jalan jalan di brooklyn sahaja
Takyah nak risau yg banyak2 tuh. Rasanya nak jalan2 and shopping nih kebanyakan kat between 5th-7th Ave dan 23rd – 50th Street je Jarak antara satu Street to another Street ni tak jauh pun..just one block je. Kadang tak sampai 100 meter pun. Perasaan seakan ‘lost’ tu mmg biasa, lebih2 lagi dengan keadaan orang yg ramai dan semua ala2 sibuk gitew.
Don’t panick, relax, tarik nafas and walk slowly to the nearest persimpangan. Tengok nama street and avenue. Then secara geografinya korang akan tahu korang kat mana dan juga jln2 lain tu kat mana. But of course first, you need to know where do you want to go lah kan. Kalau agak2 dah tersuper panick tu…just pick one mamat yg ensem or minah yg cuns utk tanya arah. Hehe.
BACA : Travel ke New york, Amerika. Satu perjalanan yang tidak disangka.
Shopping di New york ?
Fuh banyak tempat nak shopping di New York ni, tapi Mama terjah Macy dulu, haruslah dia shopping di New york yang femes ni. Kalau kat Mesia Macy ni kedai jual perabot dan kelengkapan rumah rasanya. Sana Macy ialah shopping komplek besau oooo. Banyak option barangan kat sini, dari berjenama sampailah yg kurang berjenama tapi berkualiti.
Actually banyak Macy outlets kat NY ni. Kat Brookyln pun ada. Tapi yg kat Manhattan ni terbesar. Lokasinya kat 34th Street antara 7th dgn 6th Ave. (haa..bayangkan kek lapis yg dipotong tadi) kira ini antara faktor best if nak shopping best di NY
Semasa dengan Iman kat Brooklyn aritu actually aku dah sambar 2 pasang Levis kat Macy Downtown yg harganya dlm USD20 sepasang je. This time rasanya mama yg lepas gian. Byk gak hasil tangkapannya. Jeanslah, jacketla…hehe.
Dekat sana ada mcm2 sales, kebetulan malam tu ada Friday night sale katanya. Naik bhg luggage..aaa.. Samsonite on sale..giler giler. Lama jugak aku renung2 kat situ. Memang peminat bag. Rasa macm nak sambar dah satu Samsonite 30” inch tu sbb mmg target nak kena beli satu lagi bag besar.
Harga bag tu dlm USD180 kot. Fikir punya fikir lama tu sampai sis sales promoter tu pun tergelak tengok…bilalah mamat ni nak decide..heheh. Finally tak jadi beli sebab kitorang rasa kat Pemium Outlet nanti lagi murah kot. Citer Premium Outlet kat entri lain..tungguuuu.
Dah penat …lek sat kat Time Square sambil cuci mata dan makan chicken kebab with hot sauce yg dijual kat tepi Macy td. Yg ni memang best. Kitorang sampai beli satu lagi. Jangan lupa chicken kebab with hot sauce. Hot sauce dia tak pedas mana pun tp best. Biasanya Muslim kiosk kat tepi2 jln mmg ada jual ni.
Jaga jaga nanti kena paw
Berada di Time Square mmg rasa mcm dalam movie. Lagipun Friday night memang happening. Kalau korang tgk movie sometime kalau scene Time Square busy busy tu korang sure perasan ada org pakai costume Spiderman. Mmg ada mamat ni. Tapi bukan Spiderman je ..ada macam2 lagi mcm Smurfla, Batmanlah..in fact ada juga yg tak bercostume langsung ! haaaa.
Costumenya only corak bendera atau corak2 lain yg dicatkan kat badan !! Spesis ni jarang ada, tapi aku nampak masa hari masuk Manhattan dengan Iman aritu…hehehe..tengok kejap je poon. Masa tu snap guna handphone sambil tolak stroller. Nak stop kang si Iman ni nampak pulak. Hasilnya gamba yg sedikit blur…aaarghh.
These people dok situ bukan suka2 je tau. Kalau korang ambil gamba dengan si Spiderman or Batman ni, bersedia untuk di ‘paw’ yer. Bukan free amik gamba dengan derang ni. So kitorang pun tak layan sgtla bila derang mai dekat and ajak amik gamba.
Lama jugakla kitorang lepak2 Time Square. Amik feel habis-habisan sebab entah bila lagi agaknya sampai tempat ni kan. Mlm2 cantik especially Friday night mmg happening dan terang benderang dengan LED signboard semua tu. Kalau boleh pergila layan teater broadway kat situ jugak. Berlambak ada kat Broadway Street tu. Tapi kitorang tak masuk sebab rasnaya budak kecik ni tak boleh nak appreciate lagi kot. Rugi je.
Bila kitorang sampai rumah dah lewat. Bukak pintu mcm pencuri. Tgk2 minah tu ada kat depan TV tgh buat keje dia. Dia kata dia risau takut kita sesat ker or apa2. Baik lah derang ni.
Love your story. Yes the famous Yellow Cab is very iconic, terus jer nampak bila tiba di NY. Rindu giler US. Kalau you pegi Cambridge dah dekat tu dgn Boston, boleh experience university town.
Wahh zamri dulu beljar kat sana ? Us mmg best laaakan. Tak sabar nak repeat