Makanan Malaysia di manhattan mission hari ini.
Hari ni Final day kursus mama. Yeay… harapnya dia ada mood nak shopping petang nanti. Kesian tengok muka dia. At least aku and iman dapat jugak rileks. Betullah orang cakap, kalau travel untuk berjalan tak sama kalau atas official visit/task. Mood tak mari.
Sementara dok kat rumah dengan iman ni memang dah terbayang kalau lah dapat cari makanan Malaysia di Manhattan kan best.
That day, aku make sure no nap no rehat atas katil ok. Tak berani woo, nanti jadik mcm semalam. That day lepas hantar mama, we did some laundry. Self service laundry dekat je dgn rumah. Self service laundry lebih kurang sama dengan di Malaysia.
Sabun kena bawak sendiri. Dan di sana ada jual sabun yg di’pack’ khas untuk laundry. Satu kotak untuk satu cucian. Lepas habis basuh, dry dan lipat semua pakaian, balik ke rumah sat dan keluar semula untuk jemput mama di downtown.
Wah terasa macam dah duduk lama plak kat New york nih bila buat kerja kerja ni. Memang sengaja sibukkan diri dengan macam macam sebab tak berani nak dok lama2 kat rumah, nanti tertido..hahaha.
Kalau korang ada baca entri aku sebelum ni gara gara jet lag, bini aku tunggu dekat 4 jam atlanctic avenue.aku masih tak berani nak baca mesej sedih dia di wassap. Sebab rasa bersalah sangat.
Dari brooklyn ke manhattan mencari makanan Malaysia di Manhattan
Selepas jemput mama, kami bertiga straight naik train ke Manhattan kerana nak berjumpa Juju dan Hizam kat sana. Derang sekeluarga ni menetap di New Jersey kerana one of them kena bertugas di sana for few years, so the whole family dgn anak2 ikut sekali. Tujuan jumpa ialah nak pass package to them from their parents di Malaysia.
Kitorang berjumpa kat depan Madison Square Garden. haaa.. sound familiar kan. Kat sini kan selalu banyak konsert dan event besar selalu buat. Dan kebetulan malam tu ada hockey (ice hockey) match di Madison Square Garden tu. Waa…ramai fans New York Rangers dengan jersey derang. I wish dpt watch the match tapi mahal betul ticketnya.
Muka mama macam terkejut laa tengok ramai nya orang kat subway tu, yerlah kena pulak orang balik kerjakan. Bersimpang siur orang berjalan di subway tu. Laju laju semua.
Lepas jumpa we had dinner together kat Rasa Restaurant kiranya ini makanan Malaysia di Manhattan yang kami cari-cari. Restoran ni owned by Malaysian. Ada Malaysian dishes dan ada jugak some Japanese menu. Bit far dari 23rd Street kat Madison Sq Grdn tu, so we use Uber. Perjalanan dalam 20 minit. Tptnya kat 8th Street dan tak jauh dari Chinatown New York.
BACA : Day 3 : Jalan Jalan di manhattan
Semasa dlm Uber tu, nampaklah keadaan Chinatown New York. Tak rasa macam di US bila tengok deco2 dan arch yg ada kat situ. Teringat movie2 Hollywood yg ada scene2 kat Chinatown ni ..The Godfather antaranya..hehe. Oh itu lah first time dengar pasal UBER ni.
Kena pergi 2 kereta untuk pergi ke restoran tu. So hizam yang setkan dalam hp dia. Haaa.. tu diaa, our drive tu mamat black besar tinggi tapi nampak macam professional la. Kereta continental, besar ko.. pueh duduk.
Kitorang pun pekena Malaysian food . Nasi putih, tom yam, kangkung belacan, udang goreng tepung kot rasanya..memang power ! Nikmatnya dapat makan makannan malaysia ni. Asyik makan lamb over rice jer, muak dah.
Tapi suka lah restoran tu. Very cosy, or sebab di manhattan hahaha.. cam best jer kan .. kata hizam and juju, memang selalu kalau ada official visit from Malaysia derang akan bawak makan disitu.
korang boleh refer web restoran rasa kalau nak tengok makanan apa yang dia orang offer
Kebetulan bila balik malaysia sembang dengan kawan yang biasa pergi NY, dia pun tahu pasal restuarant nih. So kalau korang agak gak tetingin nak cari makanan Malaysia boleh pegi restoran nih. Fuh.. makan with style di kota new york.
[googlemap address=” 25 W 8th St, New York, NY 10011″ width=”600″ height=”340″ position=””]
Iman tido throughout our dinner tu. Letih agaknya ikut mak pak dia berjalan hahahha.. So we all tapaukan dia some foodlah.
Thanks to Juju and Hizam for the treat. Puas tekak dpt rasa makanan Malaysia kat situ.
We also agreed utk singgah kat rumah derang kat Jersey nanti towards the end of our trip.
Perut dh kenyang Alhamdulillah.
Pukul 5 pagi Iman jaga and lapar. Nasib baik ada hizam ada suruh tapau kan makanan untuk iman.
Part makanan Malaysia kat oversea ni memang layan kan? Tapi bila balik Malaysia..idakler mandang sangat. Udah macam2 jenis tomyam kat Malaysia ni. Hahaha! 🙂
meskipun di kota besar , makanan rumah lebih baik !