Makan best di Penanggah Taman Warisan

Korang pernah sampai Taman Warisan Putrajaya? Lokasinya di Presint 16. berdekatan dengan Alamanda. Taman warisan putrajaya ni kira terkenal di kalangan pelancong sebab selalunya mereka dibawa ke sini untuk melihat tanaman herba dan warisan Negara . Consider macam Live muzium. Tapi entri kali ni aku nak cerita pasal Tempat Makan best yang dikenali dengan nama Penanggah okaylah, kita story dulu pasal taman warisan putrajaya ni

Fakta Taman Warisan Putrajaya

  • Taman Warisan Pertanian dibangunkan untuk memelihara Warisan dan Pertanian Malaysia
  • Taman ini diwujudkan untuk mempamerkan perkembangan tanaman komersil negara yang telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dari dulu hingga sekarang
  • Tanaman yang ditanam seperti tanaman pokok getah, pokok kelapa sawit, herba dan rempah ratus.

Penanggah, Taman Warisan Putrajaya

Hahha ini ada cerita kelakar, aku tak tahu pun tempat ni di tutup selama 2 tahun sebelum ni. 5 tahun dulu aku kerap pusing area putrajaya kiranya sebab berdekatan dengan rumah walaupun ambik masa dalam 30 mins. Kira dekat lah. Dekat Putrjaya ni memang banyak tempat makanan yang best best termasuklah di sini

Mengikut kata pihak Perbadanan Putrajaya Holding, dalam tempoh itu mereka sepatutnya melakukan renovasi dan baik pulih khas untuk APEC. Tapi yelah within 2 years dengan macam macam berlaku dalam negara kita tambahan dengan COVID 19 banyak perancangan mereka tersekat.

Penanggah ini berada dalam kompaun yang sama dengan kawasan tanaman herba. Kalau korang dah pergi lawatan kawasan tamn lepas tu boleh lah lepak dan makan makan di sini. Terdapat beberapa stall yang menjual makanan yang menarik dan berkonsepkan warisan negara kita.

Tahun 2020 sepatutnya tahun melawat Malaysia, bayangkan keseronokan pelancong pelancong melawat taman warisan kita. huhu tapi yelah kan dah jadi macam sekarang so kita teruskanlah kehidupan macam biasa

BACA : Makan Best di Kota Bharu

Dah akhirnya July 2020, officially Penanggah di buka semula untuk publik. Konsep penanggah seperti nama penanggah kenduri yang membantu untuk membawa makanan ke meja kenduri. Kan riuh dan kita dapat relate dengan makanan… aaa gitu ..

Pelabagai masakan ada disini , nak makan semua memang lah tak muat perut. Takpa nanti boleh ulang ulang datang sini dan cuba try satu persatu.

Menu Tarikan

Roti John & Satay Kajang Haji Samuri

Dulu aku suka datang sini sebab aku suka makan ayam kampung dekat sini dan Roti John Putrajaya yang femes tu, disinilah yang paling original. Yang lain tu amik milleage nama sahaja. Depa copy sahaja nama. ish ish.

Nama asal roti john putrajya ni adalah roti john unan sempena nama nenek mereka yang tela mencipta resepi rahsia rempah roti john.

Penanggah Taman warisan putrajaya
Roti John Putrajaya

Memang berbeza dari tempat lain. Disebabkan taste yang special ini lah benchmark untuk roti john untuk aku ni tinggi sikit. Payah aku nak suka yang lain. Kalau tak percaya korang kena lah pergi cuba sendiri.

Satay kajang Haji Samuri kira tak payah banyak nak cerita, semua orang kenal. Kuah kacang dia memang favourite aku lah. tak boleh challenge. cukup semua rasa. Harga sama sahaja seperti cawangan yang lain.

Menu istimewa yang lain

So masa kami pusing pusing di Penaggah ni, banyak yang aku menahan dari nak makan. Pikir tengah diet sekarang ni, tapi dah ramai ramai ni semua sedap. So kita rasalah semua sikit sikit.

Penanggah Taman warisan putrajaya

Sambil sambil bersembang lagi lah sedap makan kan. Tak sedar sahaja suap masuk mulut. Korang kena try Laksa Goreng. aaa ni aku ulang banyak kali. aku memang penggemar laksa tapi kali ini stail lain pulak. Laksa tu digoreng.

Penanggah Taman warisan putrajaya

Sizzling gearbox ni memang mengancam weh! hahahah elok je dia posing macam ni. Selain dari tu ada nasi kerabu, nasi daging bakar, Nasi Ayam, Bakso, Nasi Kukus ayam Berempah, Nasi Ayam pulak khas di bawa dari PICC, Beriyani, Ikan bakar .

Lagi satu yang best, Nasi gorek ikan rebus. surr… jugak

Kalau nak makan nasi dengan lauk pauk pun ada. masyallah ! punyalah baanyak pilihan. Aku dok terbayang lauk gulai ikan masin tu. rasanya lebih dari 30 jenis lauk pauk yang ada. rambang mata di buatnya.

Dengarnya orang putrajya memang suka singgah sini. Terutama ibu bapa yang ambik anak sekolah berdekatan dan jadikan ini sebagai transit untuk mereka sambil menjamu selera.

Dessert dah air punya banyak pilihan, kiranya bawak anak mesti diaorang suka tengok waffle ni, or egg with icecream, air seperti Milot tabur, Holo ( horlicks milo) teh dangdungm teh 3 lapis.

Fasiliti yang bagus

Baru aku ingat kenapa aku suka datang sini dahulu, sebenarnya faktor parking yang selesa dan juga toilet yang easy access dan bersih yang membuatkan kita orang suka dan selesa datang sini.

Penanggah Taman warisan putrajaya

Meja memang banyak, dan konsep kawasan yang open. Tambah tambah musim covid ni. Aku rasa tak cramp or sesak sangat kalau datang sini. Dulu aku datang siap hall tu ada buat sewa untuk majlis kenduri. so korang bayangkanlah keadaan tempat sini yang sangat selesa

Korang boleh follow fb taman warisan putrajaya untuk update terkini dari tempat dia orang. Katanya akan ada live band nnt.

8 Comments

  1. sueizza September 30, 2020
  2. farah wahida October 1, 2020
  3. Hafiza Aizzawa October 2, 2020
  4. Nadia johari October 3, 2020
    • azni October 5, 2020
  5. Maria Firdz October 4, 2020
  6. SalinaJohari October 6, 2020
  7. hayatisuki October 7, 2020

Add Comment

error: Content is protected !!