Kos ubahsuai rumah ke PBT | Masa muda-muda dulu aku buat juga ubahsuai rumah ni, aku ingat lagi aku minta sorang chinese kontraktor untuk uruskan. Aku bayar RM500 kut. To be frank aku and husband memang blur bab ni, sebab masa tu belum banyak orang tulis pasal ni dan aku pulak ghairah nak buat renovasi dapur
Table Of Content
Aku tak ingat dah selepas tu, sebab lama sangat. ini cerita tahun 2000 hahaha. So aku tak tahu aku ada pelan atau dapat approval atau tidak
Bila aku baca satu tulisan dari saudara Ahmad Khairul Sabirin, barulah terbuka mata aku hahaha. Cuba tengok FB dia, banyak dia tulis pasal ni.
Aku kena simpan info ni, dan kongsikan dengan korang sebab aku ni bercita-cita nak tambah bahagian depan rumah bila ada duit nanti. Sekarang ni aku dan husband nak improvised apa yang ada, apa yang dah lama kami tinggalkan sebab dahulu kami banyak travel sahaja. rumah ni kira 2nd priority aku
Aku banyak tulis pasal DIY and DEKO
- 11 cara ubahsuai DIY vs hire kontraktor
- DIY wainscotting
- Tips masuk rumah baru advice dari ID
- DIY cat kabinet dapur
Kos ubahsuai rumah ke PBT, kos arkitek dan kos PBT
Kita ambil senario kita lantik arkitek yang telah dah siapkan pelan dan tinggal nak submit ke kaunter PBT untuk luluskan pelan renovation, berapa duit kita kena sediakan.
Kenapa kena bayar kepada PBT
Sebelum tu, kenapa mesti bayar ke PBT? Ini memang termaktub dalam kitab paling ulung di kalangan arkitek iaitu Uniform Building By Laws 1984 (UBBL), any alteration on existing building perlu dibayar ke majlis dengan rate sekian-sekian.
Umumnya fee ke PBT berkait rapat dengan jumlah area tambahan dalam square meter. Dia tak pakai square feet.
BACA : Kenapa kontraktor Melayu banyak menipu? Betul ker
Cara kiraan Kos ubahsuai rumah ke PBT
Contoh rumah si A ni nak tambah belakang rumah untuk besarkan dapur. Arkitek dah buat kira-kira, luas kawasan tambahan ialah 212 sqf = 19.7 sqm. Adalah sikit dinding berubah dalam tu, maknanya ada pertambahan struktur kekal dan perubahan layout dalaman. Lepas tu dia nak buat pagar batu juga belakang.
So kira-kira dia begini :
- 19.7 sqm x 7 = RM 70 (tambahan kekal tingkat bawah)
- RM 18 (perubahan layout dalaman)
- RM 4 (tambahan pagar belakang)
Total = RM 92*
boleh rujuk gambar untuk lebih clear kiraan. So Fee Proses Pelan ialah RM 92 saja. lagi.
Ada lagi fee tambahan :
- Wang cagaran pelan ;
- Ini nama lain deposit lah. Majlis pegang duit ni supaya kita tak buat lain dari yang kita submit. Boleh dapat balik jangan risau.
- Rate bergantung pada majlis juga.
- Ada yang bermula hingga RM 500. Aku kena RM 2000 waktu reno runah klien dalam 3000 sqft.
- Wang permit letak barang binaan
- Kadang barang binaan letak luar rumah, itu biasa dan itu pun bukan kawasan kita dah.
- Jadi ada permit untuk itu juga.
- Tak mahal. Around RM 200-RM 300
- Khidmat tong roro* ikut majlis juga ya, lain tempat rate boleh berbeza ;I
- kut lah berapa kali kita nak pakai, boleh contact vendor dia.
- RM 230 sekali aku pernah kena. Kalau 4 kali, hah kali lah 4.
Summary ( anggaran ) kos permohonan ubahsuai :
- Fee proses pelan = RM 92
- Cagaran = RM 500 ( Dapat balik )
- Permit letak barang = RM 200
- Tong roro = RM 230 x 2 = RM 460
Total = RM 1252 fee ke majlis.
Semua ni kena bayar di kaunter selepas officer dah check pelan dah ready untuk dibawa ke atas untuk proses kelulusan. Kalau ada pembetulan lagi dia akan inform ke arkitek suruh repair kelulusan.
Denda tak submit kepada PBT
Bayangkan pula kalau tak submit, 10 atau 20x ganda fee proses pelan (ikut majlis), RM92 x 10 = RM 920 denda saja.(berdasarkan fee proses pelan) Ini kalau area rumah besar tu saja, kalau tambah area 3 bilik besarnya, siap dapur dan ruang tamu tepi, tak ke mahal dendanya.
Dah lah kena denda, kena submit balik pula tu. Nak reno lebih baik ikut jalan yang betul. Patuh undang-undang. Lebih berkat kerja tu. *sekali lagi nak cerita ini anggaran sahaja ya. Boleh contact majlis dan minta checklist submission renovation rumah.
Dalam tu biasa ada jadual kira fee sekali.Ini cara kiraan mudah. Kalau tambah toilet,kolam,dan lain-lain ada juga cara kiraan lain. Boleh tanya lebih lanjut di PBT berdekatan. Fee professional, kita akan kupas lain pula ya. Harap membantu!Ar. Ahmadkhairul Sabirin
Bestnya kalau aku dapat tambah balkoni,
hehehhe berangan tak salahkan. Yang aku tahu untuk tambah bahagian depan tu kena limit 5 meter kut dari pagar. Tapi aku tengok orang buat selamba jer.
Projek ini agak mustahil untuk aku sebab aku dah minta sebutharga dengan kontraktor Indon pun hampir mencecah 80k, itu kira asas tu. belum kira kos tambahan. Ini semua disebabkan harga besi naik melampau 3 kali ganda. ini belum kira kos ubahsuai rumah ke PBT
hahahha sayang pulak duit aku nak spend banyak-banyak. lebih baik aku travel kan! hahaha. Aku kan dah set nak stress and debt free dan pencen secara minimalis sahaja.
No Comment! Be the first one.