Kos Hidup di Kuala Lumpur, bandar metropolitan

Kos hidup di kuala lumpur

Actually memang dah lama dah nak cakap pasal benda ni bila harga barang naik mendadak  mcm roket. Hidup di KL ni tak lah macam orang di luar bandar. Kami yang dok di bandar memanglah terasa sangat tempiasnya. asal keluar rumah sahaja..dah kena duit.  nak cepat kenalah lalu tol..

waah.. tajuk tak hingat …

Kos hidup di kuala lumpur

Rasanya yang dok di Ipoh, Kota bharu  anda bagai mampu memiliki rumah yang lebih besar dan kehidupan yang lebih baik.  Cuba tgk  chart yang dikeluarkan oleh the edge ni. Ini hanya anggaran okay.  kalau ikutkan   tu untuk anak sorang. macam mana dengan orang yang anak banyak.. duit taska.. susu.. pampers bagai. ish pening sunggoh. 

Orang Kampung Ingat orang Kl ni Kaya je semua

Ada beberapa kes kawan aku ni.. family di kampung ingat dok KL gaji 3k tu dah taraf macam orang kaya. hahaha.. gelak besar dibuatnya. Kesian bila aku dengar citer dia. adik beradik pau .. kaw kaw… kebetulan dia belum ada family, so anggapannya  mereka mungkin sebab dia takder tanggungan.

Hurm.. actually dok di Kuala lumpur nih banyak kos yang orang luar bandar tak rasa.  Makan mahal, nak keluar rumah pun mahal. Kos hidup di kuala lumpur ni memang mencabar tau

Silap silap miskin bandar

Tak payah cerita orang lain lah.. dalam keluarga saya sendiri pun juga punya tanggapan sebegitu.  tapi kita senyum sahaja lah. Tak dapat dibayangkan zaman anak anak aku nnt. Mampukah dia beli rumah di bandar selangor or KL..? hadoi . perit perit.

Kos hidup di kuala lumpur ni tinggi tau

Tapi .. masalah tetap masalah … yang penting macam mana kita nak harung benda tu. dan pastinya perlukan pengorbanan. Aku masih ingat masa nak kawin dulu.. tahun 2000.. ish.. dah 13 tahun dah. nak kumpul duit punya pasal minum air kosong. Catu makan  minum tu.  hurmm  boleh lah pulakkan… sekarang ni mmg rasa cam susah lah pulak yer..

Atas situasi yang berlaku sekarang. Memanglah ramai yang marah pada kerajaan sekarang nih.. yer memang betul ada silapnya. tapi aku rasa  dari kita dok bising bising tapi kita tak ambil tindakan so yang ruginya kita sendiri.  

So apa yang aku buat. aku rekod perbelanjaan harian. setelah bereskperimentasi selama beberapa bulan.. hahaha.. nak tau abis kat mana? kat makan… portion tu yang paling tinggi.  haishs. makan nak sedapa sahajakan.  so mcam mana aku track install lah apps apa apa pun. so dalam kes aku ni.. aku pakai apps SAVER.  dan dalam masa yang sama masukkan data tersebut pada excel yang untuk 3 tahun punya projection .

Bila kita dah masuk rekod perbelanjaan tersebut barulah tahu tinggi rendah nya.. hahaha.. jangalah perasan ada duit byk sangat. Macam yang aku ckp dari awal tadi .. kalau gaji 3k dok di kL ni.. takderlah banyak mana sebenaranya.

Kalau korang ada masalah kewangan sampai nak muflis. Pergilah ke AKPK

20131228-072840.jpg

Add Comment

error: Content is protected !!