Jalan jalan cari pasal ke Johor Premium Outlets

Johor premium outlets here we come. Kadang tu seronoknya jugak bila berjalan tanpa perancangan ni. Ehhe semuanya bermula dengan ajak ajak ayam nak turun ke johor..

Terus terbayang mee rebus zz and kacang pool. Ni baru betul mcm pepatah kita cakap sayang selasih kuturutkan.. Teringin punya pasal sanggup redah ke Johor Bahru

Tp rasanya bukan sebab nak makan jer. Aku rasa sebab faktor lain yang membuatkan aku “need a break” . Stress sbb kerja .. Stress sbb isu family.. Tanpa sedari faktor nilah faktor penolakan yang kuat buat aku sanggup ke jb.

Walaumacamana pun.. Sempoi dok ada .. We all terus drive ke johor .. Terus masuk JPO. Hehe setakat soping sikit2 jer. My bro yang pulun sakan soping. Seronok tgk org soping ni. Bg aku pulak.. Setakat survey harga jelah..

Cuci cuci mata.

Yang pasti mee rebus zz and kacang pool tu wajiblah. Oh.. And we all sempat lepak di restoran singgah selalu. Tempat yang menarik jugak. Byk pilihan. Sambil2 tu tengok bola . Cumanya game masa tu iran vs argentina agak membosankan. Tp nice place utk lepak with family.

Hotel yang kami dpt kebetulan hotel selesa range rm110 masa promosi booking.com. So amat berbaloi sbb ada swimming pool and breakfast jugak. Sempatlah iman and cousin berenang 2 kali.

Shopping di Johor premium outlets

Kalau plan nak soping di jpo , amik jer hotel yang murah2..yang berdekatan kulai jaya tu. Kami amik hotel u n me . Range dlm 80 jer tau. Puas soping di jpo.. Balik singgah hotel untuk tidor and mandi.  Macam macam ada di JPO. paling best shopping di Timberland and cotton on kut.

Johor premium outlets

My Brader pakat sopping di TImberland tu. Purchase with purchase tu… waduhhh memang berbaloi kalau orang yang memang plan nak membeli barang.

Tambah-tambah kalau pergi ramai ramai ni memang seronok nak makan nak shopping. Habit kelaut lah diet hahah.

Johor premium outlets

Adeh Sedapnya mee rebus tulang ZZ ni

Add Comment

error: Content is protected !!