kenapa perlu terus belajar ? Kita tak tahu apa yang kita tahu dan kita tak tahu.. dan kita kena cuba untuk terus ambil tahu. Haa berfalsafah gitu. Dengan kata lain sebenarnya pembelajaran sepanjang hayat
Table Of Content
Pengalaman tempat kerja tempat mencari ilmu baru
Hari ini .. saya nak kongsikan pengalaman saya sendiri, kenapa saya memaksa diri saya untuk ceburkan benda yang baru dan selalu meletakkan diri kenapa perlu terus belajar ? . Saya diketegorikan golongan yang bernasib baik sebab berjaya bekerja di syarikat semi government yang agak stabil.
Syukur alhamdulillah. tapi sebelum saya dapat menjejakkan kaki di syarikat ini saya pernah bekerja dengan gaji RM600 sebagai Admin Assistant di syarikat kontraktor melayu yang hanya bayar gaji beberapa bulan sahaja. kemudian dapat pula kerja di tempat lain dengan syarikat kontraktor lagi, dimana ofis tersebut hanya ada 4 orang pekerja sahaja termasuk saya.
Boleh dikatakan graduan yang tamat belajar pada tahun 1998 memang tersangat perit… Zaman Soros
oppss sebelum itu saya juga pernah bekerja secara freelance dengan syarikat TV produksi.. saya masih ingat lagi saya diberikan kepercayaan bersama seorang rakan saya, idora untuk menyiapkan pilot majalah kesihatan untuk RTM kononnya juga tidak bergaji.
walaubagaimanapun kawan saya tersebut masih meneruskan dlm bidang tv produksi banyak drama yang dia dah buat tau heheh antara Kekasih ku paksa rela.
Kenapa perlu terus belajar ? Dah tua kena belajar lagi ?
Tapi bila saya fikirkan kembali itulah pengalaman yang paling berharga. Pengalaman dari segi pengurusan pejabat, komunikasi dengan orang, pelajari software baru dan sebagainya. Saya ingat lagi.. dengan gaji RM600 tinggal di KL manalah cukup, tapi saya bernasib baik sebab menumpang rumah kakak. dapatlah jimat sikit.
Nak beli buku tak mampu..
So apa yang saya buat saya akan curi curi baca di kedai buku terutamanya software Microsoft dengan lebih details kemudian masuk ofis, saya akan cuba praktikan. Masa tu rasanya internet takdelah lagi ada di pejabat saya ketika itu.
Atas pengalaman itulah saya mmg rasa bernasib baik sangat. bila masuk di syarikat yang besar takdalah canggung nak menggunakan software tersebut.
Ilmu di Universiti tidak sama dengan ilmu kehidupan sebenar
Masa belajar di Universiti kita hanya tau taip assignment, print binding sahaja.. saya curi curi pelajari formula untuk di gunakan dalam Excel dan lain lain.
Bila memulakan pekerjaan di syarikat saya sekarang, pastilah banyak benda baru bagi saya. Dalam department saya sendiri kesemuanya adalah dalam bidang kreatif. penggunaaan software pula dari segi Adobe photoshop, Illustrator dan lain lain.
Kalau ikutkan saya tidak perlu pelajari semua itu kerana saya hanyalah bertanggungjawab dari segi project management.
Tapi apa yang saya fikirkan nak handle project jadi kenalah tahu selok belok segalanya. Alhamdulillah setelah 15 tahun berkecimpung dengan bidang ini saya berjaya attend banyak kursus yang related dengan apa yang saya praktikkan dan juga mampu menggunkan software tersebut walaupun bukan 100%, yang pasti kesemua yang saya sebut ini tidak pernah saya pelajari ataupun sentuh sewaktu di zaman universiti dahulu.
Reason utama paksa kenapa perlu terus belajar
Dunia IT berkembang sangat cepat.. pantas..
Dunia baru akan terbentuk. Hari ini saya dengan bangganya menggatakan saya berjaya mempunyai 4 blog dan 4FB pages yang saya handle, kesemua ini saya gunakan sebagai push factor untuk diri saya sendiri dan juga sebagai real experiance atau case study.
Jika dibandingkan dengan orang yang sudah bertahun mempunnyai bisnes online memanglah saya masih dibelakang tapi saya terkehadapan dari kawan kawan yang masih di takuk sama.
Zaman Sekarang Zaman Dunia Baru
Semuanya bermula bila saya ingin membantu kakak saya untuk bisnes online, dan saya sendiri terpaksa campur tangan memandangkan pengetahuan kakak saya dalam bidang internet ini agak kurang. Bila berkecimpung di dengan dunia bisnes online ni saya jumpa pelbagai orang. ada yang tak lepas SPM pun.. ada yang pernah sampai muflis, tapi mereka berjaya mengaut keuntungan yang lebih byk dari orang yang punya ijazah.
Bagi saya merekalah yang telah kehadapan, keadaan yang memaksa mereka untuk mencari solution untuk meningkatkan diri mereka sendiri, jadi mereka tiada pilihan. Terpaksa mencari ilmu baru dan peluang baru.
Jika dibandingkan dengan saya dan segelintir kawan kawan saya sendiri samada lulusan ijazah dalam dan luar negara, life mereka seperti tidak berubah.
Bagi saya sangat merugikan diri mereka sendiri. Mungkin wang tidak boleh diukur dengan kejayaaan tetapi saya boleh lihat setengah mereka takut untuk mencebur dunia baru sebab berada di comfort zone.
Bagi saya.. Kita perlu cuba explore potensi diri sendiri.
Malu kalau tak maju
Tapi yang paling penting .. kenapa saya menceburkan dalam semua ini??.. kerana saya bekerja di syarikat R&D in IT. saya rasa malu kalau saya tidak berada di dalam dunia IT sebenar. Tidak cuba untuk memahami kehendak pengguna sebenar atau dengan kata lain real experiance.
Dunia IT mmg luas, tapi bekerja didalam unit yang bertanggungjawab dalam bidang web dan multimedia amatlah canggung kalau kita tidak berada dalam “PAR” yang sama. Cubalah.. jejakkan walau hanya sebelah, dan appreciate dengan segala ilmu yang diperolehi. masa itu baru kita tahu apa yang kita tahu dan apa yang kita tak tahu.
No Comment! Be the first one.