Ramai yang sudah menerima tawaran untuk menunaikan haji pada tahun ini yer. Tahniah buat duyufurrahman 1445H. Semoga dipermudahkan semua urusan & diberikan kesihatan yg baik untuk menjalani ibadah di Tanah Suci nanti. Alahai moga ada rezeki secepat mungkin, walaupun ikut jadual masih lambat lagi. Sudah tau kelengkapan haji yang nak dibawa nanti ?
Table Of Content
Haji merupakan ibadah yang akan meningkatkan iman & tauhid,niat benar kerana Allah, taat kepada Allah yg akan menjadi penentu ibadah kita diterima Allah
Surah Al – Baqarah Ayat 196
“Tunaikanlah/sempurnakanlah Haji & Umrah kerana Allah SWT”
Kalau ikut giliran di Tabung haji masih lambat lagi, tapi manalah tahukan, semua di kuasa ALLAH, mana tahu rezeki kita dipercepatkan. Seronok baca perkongsian afifah razak di FB mengikut keperluan kelengkapan haji khas untuk kaum wanita, macam kita pulak yang nak pergi. Jom lah sis kongsi juga untuk korang
Kelengkapan haji untuk kaum wanita
Perempuan ni biasalah banyak barang-barang yang perlu dibawa, orang kata kita kena sedia luar dan dalam. Nak beribadah memang nak kena selesa. Nah ini list untuk orang perempuan bila nak kesana nanti.
Pakaian yang Perlu Dibawa
- Jubah dan Jubah Seluar: Sebaiknya bawa 5 pasang jubah, termasuk baju ihram. Lebih baik memilih blouse labuh dan seluar tracksuit yang mesra solat, tidak mudah terpijak orang ketika berdesak-desakan di tawaf, serta nyaman digunakan ketika ke tandas.
- Baju Tidur: 2 helai baju tidur, disarankan menggunakan kaftan lengan panjang untuk kemudahan ke bilik air di Arafah dan Mina.
- Tudung Mesra Solat: 4 helai tudung labuh untuk keselesaan semasa solat.
- Telekung: Pastikan membawa telekung yang sesuai.
- Tuala Dewasa dan Kecil: Bawa satu tuala dewasa dan satu tuala kecil yang nipis untuk cepat kering.
- Pakaian Dalam dan Seluar Dalam Pakai Buang: Pastikan membawa secukupnya.
- Stoking Panjang dan Tebal: 5 pasang stoking panjang dan tebal sudah mencukupi.
- Handsock: 5 pasang handsock yang tidak jarang dan memberikan keselesaan.
- Anak Tudung Berdagu: 3 helai anak tudung berdagu disarankan.
- Baju Sejuk: Bawa satu helai baju sejuk untuk mengatasi udara sejuk di dalam ruangan.
- Kasut Sukan dan Selipar: Pastikan membawa kasut sukan dan selipar untuk keselesaan bergerak.
- Beg Uncang untuk Simpan Kasut: Untuk memudahkan penyimpanan kasut.
- Sejadah: Pastikan membawa sejadah untuk sembahyang.
- Kain Batik: Satu helai kain batik untuk kegunaan tertentu.
Perlengkapan Ubat-ubatan
- Ubat Batuk dan Sakit Tekak: Pastikan membawa ubat batuk dan ubat sakit tekak yang mencukupi.
- Ubat Sakit Perut: Untuk mengatasi masalah perut atau cirit.
- Minyak Angin dan Panadol: Bawa juga minyak angin dan Panadol sebagai ubat penahan sakit.
- Krim Flanil: Untuk keselesaan kaki dan betis, terutamanya selepas aktiviti yang melelahkan.
- ENO: Bawa juga ENO sebagai ubat untuk perut yang meragam.
Perlengkapan Lain-lain yang Perlu Disiapkan
- Hanger Travel dan Pengepit: Pastikan membawa hanger travel dan pengepit untuk kegunaan di tempat penginapan.
- Power Bank dan Extension Wire: Untuk mengecas peranti elektronik.
- Mask dan Spray Wudhu: Bawa mask dan spray wudhu untuk kebersihan semasa di Tanah Suci.
- Pantyliner dan Mandian: Sediakan pantyliner dan keperluan mandian untuk keselesaan diri.
- Pengepit Kuku dan Sabun Basuh Baju: Jangan lupa bawa pengepit kuku dan sabun basuh baju untuk kegunaan harian.
- Tisu dan Wet Tissu: Pastikan membawa tisu dan wet tissu untuk kegunaan sehari-hari.
- Portable Baldi: Bawa juga portable baldi untuk kemudahan menyimpan baju.
Perlukah bawa bekalan makanan yang banyak ke sana ?
Mengikut perkongsian afifah razak di FB dia hanya bawa milo 3 in 1 sepaket dan 1 balang kecil sambal bilis. Tabung Haji menyediakan makan tengah hari dan malam, sedap dan bercitarasa Malaysia. Lagi pun ada banyak kedai & restoran di sana. Sediakan Riyalnya sahaja. Ramai juga kelantanis yang bermastautin di sana menjual nasi kerabu, nasi dagang & kuih muih melayu pada waktu pagi di hadapan hotel penginapan, hanya 5 @ 6 riyal sepaket.
Apa-apa pun Sentiasa IKUT ARAHAN daripada pihak Tabung Haji kerana mereka lebih profesional.
Buat ibadah ikut kemampuan masing² , boleh memaksa diri utk beribadah tetapi sekadar kemampuan kita bukan sehingga memudaratkanlebih² lagi sebelum tibanya hari wukuf kerana perlu membekalkan tahap kesihatan yg baik untuk kita berwukuf nanti..
Penutup
kelengkapan haji yang disebutkan di atas adalah penting untuk memastikan keselesaan dan kesejahteraan semasa menjalani ibadah haji. Pastikan untuk merancang dengan teliti dan membawa semua perlengkapan yang diperlukan. Semoga panduan ini bermanfaat bagi semua jemaah wanita yang akan menunaikan ibadah haji.
No Comment! Be the first one.