Jalan Jalan Cari Makan di bulatan Uniten
Rasanya ni kali ke 4 kut singgah mkn disini. Rasanya perjalanan masa yg di ambil sampai sini dr opis tak sampai 20 minit. Bukit jalil ke uniten mmg cepat jer kalau jalan tak jem. Memang senang sahaja. Jom kali ni aku nak cerita pasal Jalan Jalan Cari Makan di bulatan Uniten.
Sebelum ni nampak ramainya org makan kat sini. Sedap sangat ker? ? Selalu sahaja tanya. Berderet kereta tau. Aku tengok ada yang tapau dan juga kalau nak makan disitu pun ada juga gerai yang siapakn tempat dudu. Tapi yerlah sedikit panas. Berpeluh juga hahah.
So kali pertama aku cuba. Waah rupanya mmg meriah n makanan mmg sedap sedap belaka. Patutlah orang ramai walaupun tempatnya agak panas dan sesak. Dekat situ pulak boleh jem. Siap ada RELA bertugas nak kawal lalu lintas.
So far dah try beberapa kedai, mmg tak mengecewakan. ada satu kedai tu dia jual mcm2 mee..ada mee sup..mee kari.. mee rebus.. laksa. nasi bubur.. tapi mee or bihun sup ni mmg terangkat lah.. tambah pulak cili.. perghh .. mmg meleleh peluh sbb pedas dan panas. ahahahahah
ada 2 kedai jual macam macam jenis cucur.. cucur udang, cekodok, cucur sardin, wade, cucur bayam.. ish .. byk byk habaq mai.. kalau nak cari coconut shake pun byk kedai yg jual.
Agak2 boring nak makan tu.. korang datanglah lah jengah kat situ..
Tips Nak makan di Bulatan Uniten
- Jangan Datang seorang
- Usha dan survey keseluruahn gerai jualan
- Wajib cuba Coconut Shake sebab ada Jelly yang best
- kacang Pool ada
- Murtabak power dan tebal
- Cucur cucur yang special dan tak pernah jumpa pun ada.
No Comment! Be the first one.