Grand Bulion Gold atau lebih dikenali sebagai GB Gold Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan selebriti terkenal, Alif Satar, bertujuan untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang masing-masing di negara ini.
Table Of Content
- Membawa Maklumat Emas kepada Masyarakat
- Alif Satar: Ikon Artis dan Penyimpan Emas Tegar
- Pelancaran Emas Baru: Inovasi GB Gold Malaysia
- Meningkatkan Kesedaran Masyarakat tentang Pelaburan Emas
- Peluang Buat Pelanggan dan Masyarakat Umum
- Penajaan Alif Satar dan The Locos
- GB Gold membuka peluang kepada Ejen Emas
1,000 tetamu antaranya penyimpan- penyimpan emas , pelabur GB Gold Malaysia dan rakan dalam industri telah dijemput hadir untuk bersama-sama menyaksikan majlis ini dan disamping jamuan berbuka puasa di Forest Valley Cheras dan hadiah duit raya bernilai RM30,000 juga ditawarkan pada malam itu.

Membawa Maklumat Emas kepada Masyarakat
Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold, Shahfizzam Moideen, telah mengumumkan bahawa langkah ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan perniagaan jual beli emas mereka di pasaran tempatan. Dengan sokongan dari Alif Satar sebagai duta, mereka yakin dapat menarik minat masyarakat untuk melabur dalam emas sebagai alternatif simpanan.
Alif Satar: Ikon Artis dan Penyimpan Emas Tegar
Alif Satar dipilih sebagai duta GB Gold bukan hanya kerana kepopularannya sebagai artis serba boleh, tetapi juga kerana penglibatannya yang aktif dalam menyimpan emas. Beliau dianggap sebagai contoh yang baik dalam menyebarkan kesedaran tentang kepentingan menyimpan emas dalam pelbagai bentuk.
Istimewanya Alif Satar ini kerana beliau selalu membawa idea segar dan baharu malah mengambil kesempatan dirinya yang popular untuk mengajak orang ramai ke arah kebaikan termasuk dari sudut kerohanian.
Pelancaran Emas Baru: Inovasi GB Gold Malaysia
Sempena pelantikan Alif Satar sebagai duta, GB Gold Malaysia turut melancarkan emas bar dan emas rekaan baru yang unik. Emas tersebut diukir dengan bentuk huruf “Alif”, yang merupakan inovasi pertama di Malaysia. Langkah ini bertujuan untuk menarik minat golongan muda serta memberikan nilai tambah kepada produk mereka.
Pada majilis ini ukiran “Hayya Alal Falah” yang bermaksud marilah menju kejaaan dan kemenangan di atas ukiran gold bar berbentuk “Alif’ juga turut dilancarkan.

Meningkatkan Kesedaran Masyarakat tentang Pelaburan Emas
GB Gold Malaysia tidak hanya menawarkan perkhidmatan jual beli emas, tetapi juga aktif dalam menyebarkan kesedaran tentang kepentingan menyimpan emas sebagai pelaburan jangka panjang. Mereka yakin bahawa dengan terus memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat, lebih ramai akan menyedari potensi emas sebagai aset pelaburan.
Peluang Buat Pelanggan dan Masyarakat Umum
Selain itu, GB Gold Malaysia turut menawarkan pelbagai promosi dan cabutan bertuah kepada pelanggan serta masyarakat umum. Ini termasuk hadiah emas bernilai tinggi bagi mereka yang membeli produk terbaru mereka. Majlis yang diadakan turut terbuka kepada orang awam, menunjukkan komitmen GB Gold dalam berkongsi rezeki dengan masyarakat.
Penajaan Alif Satar dan The Locos
Di malis yang sama pihaknya turut menandatangani perjanjian dan mengumumkan penajaan Kepada Alif Satar dan The Locos yang akan mengadakan konsert jelajah United Kingdom 2024.

GB Gold membuka peluang kepada Ejen Emas
Dengan kerjasama bersama Alif Satar dan inovasi terbaru dalam produk emas, GB Gold Malaysia terus menegaskan kedudukan mereka sebagai pemain utama dalam industri emas negara. Mereka tidak hanya menawarkan produk berkualiti tinggi, tetapi juga berusaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pelaburan emas.
Selain menawarkan kedai emas fizikal di Seksyen 13, Shah Alam Selangor, syarikatnya mendapat jualan antara tertinggidi Malaysia terutama dalam pasaran dalam talian, tiktok. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai rangkaian agen GB Gold Malaysia atau mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi Grand Bullion Gold Sdn Bhd di talian 013 7860916 atau layari laman web mereka di GBgold.my.
No Comment! Be the first one.