Fraserhill yang nyaman

Kali ini kami ke Fraser Hill

01-03-2016 – genaplah iman rifqi umor 7 tahun  pastu 04-03-2016 Genaplah anniversary  mama and papa  yang ke 16 tahun. ALHAMDULILLAH.

Tapi nak nyampai ke fraser hill tu aku rasa seksa betul. Jalannya melingkau lingkau. And masa naik tu siap pening kepala yakmat.

Fraser hill

Sambut ulangtahun aniversary di Fraser hill

So tahun ni celebrate ke mana?  Ke Fraser Hill saja dong. Actually memang dah lama mengidam nak sampai ke sini. makanya pada umor 42 tahun ni lah baru sampai ke sini. hahahah.. syukur

alhamdulillah.Udara kat sini mmg nyaman.. sedap jerk. tapi… nak nyampai ke situ.. aduh… seksa betul rasanya.  tapi sebab nak sampai jugak jugak.. tabahkan hati jelah iman rifiqi tu muntah jugak. hahahaha.. sian dia.

lagi satu sebabnya tahun ni tak buat apa apa untuk iman makanya we all decide spend sikitlah untuk hotel. teringin lama dah nak sampai Smoke house nih..  RM350 tu kira mahal tau untuk bajet traveller untuk aku nih. kalau p bali dah dapat hotel best giler dah nih.. hahaha… teruk tul aku nih.

Fraser hill smoke house

Hotel Di Fraserhill

HOtel kat fraser hill ni banyak, tapi jarak antara satu sama lain agak jauh dan sunyi… orang pun tak berapa ramai.  that is why kita orang willing to spend lebih sikit unutk hotel nih, sebab boleh agak dah tak byk aktviti boleh dilakukan dekat sini.  

Bukan tak ada lansung, Adalah jugak aktivti sikit sikit. Ada tempat memanah, tempat berkuda, main boat, lepak di golf course… and cycling.

BACA : Staycation di PUllman

Smoke house Fraser HIll

Kami pilih tidor di fraser hill kekonon macam berada di luar negara. Seni binanya hapir seperti di London. Kalau ikut sejarah pun rasanya memang rumah perhentian untuk golongan british dahulu.

Kebanyakkan guest yang duduk di smoke house nih mat sallerh, tak jumpa plak orang melayu. Mungkin dengan senibina tu dan juga makanan yang di serve sesuai dengan selera dia orang kan.

Fraser hill

Berbaloikah Smoke house di FraserHill?

Rm360.00 semalam with breakfast, hehhe berbaloi ker? swimming pool takder.. Tv pun takder.  Bagi aku berbaloi.., sbb rasa macam peaceful sangat.  paling kelakar, masa breakfast awal pagi, dengan waiter yang serve makan tuh, bunyi burung berkicaun perghhh.. iman cakap

“mama, macam kat syurga laa” hahaha kelakar..macam lah dia pernah pergi syurga. tapi maksud dia macam best sangat.

Fraser hill

korang bayangkan kalau kat hotel biasa pagi pagi buffet tu orang dok kalut amik breakfast, bunyi budak dok keriau sana sini, tapi kat sini senyap and relax jer. We all dah agak dah, so terpaksa standby beli lego untuk iman so dia tak lari lari and kacau sini sini hahaha.. amacam? bijak dak?.

Setup dia mmg english abis. sukalah sangat sangat, disebabkan orang tak ramai .. hahaha makanya aku melayan posing lah… Asben plak sedap dapat cycling pepagi, berkabus tu..

Nak tahu lanjut pasal frase hill boleh ke sini http://www.fraserhill.info/

Add Comment

error: Content is protected !!