Lama dah aku plan nak tukar feature wall aku nih, Aku rasa dah pakai feature wall bricks ini hampir 7 tahun. Masa mula mula orang buat klasik wainscotting aku tak berapa minat. Tak sesuai dengan konsep rumah aku. Tapi bila ramai mula apply konsep wainscotting moden barulah aku kalut nak buat DIY Wainscotting moden, so now kira macam dah viral pulak dalam semua projek Deko di FB.
Table Of Content
Dalam list entri aku sebelum wishlist tahun 2020, aku dah memang berangan nak upgrade feature wall. Asalnya, hujung tahun lepas aku berangan nak buat shiplap wall. siap nak order dari home depot US tau. hahaah.. kira mcm aku dah jatuh cinta gila dengan shiplap ni. Tapi kos agak mahal dan aku rasa double renyah.
BACA : 11 cara ubahsuai secara DIY & secara upah untuk naikkan semula seri rumah
Sebelum tu meh aku nak share Sedikit kisah rumah aku, aku beli tahun 2000, masuk tahun 2003. Masa mula mula masuk konsep rumah aku light green, so feature wall ni kaler dark green. kemudian aku Upgrade pulak pakai wall paper pada tahun 2011 kut sampailah skrg 2020. 5 tahun dah aku habis bayar rumah ni. so aku rasa aku kena bagi nafas baru untuk rumah aku. Kalau nak tau tips habis rumah cepat pergilah baca entri aku tu.
Satu lagi faktor bilamana berlaku kejadian jubin pecah dekat rumah aku tahun 2018, kita orang terpaksa cat satu rumah semula melainkan kawasan wall paper, tak bolehlah kan. So aku bertahan sebab ianya agak tersorok disebalik meja makan.
Idea.. idea
Untuk home deco ni, aku suggest korang rajin-rajin masuk IG, FB group deko dan juga Pinterest. So itulah sumber ilham aku. Selepas itu aku pun start hunting mana mana syarikat yang boleh berikan servis untuk wainscotting ini. huhuh kos dalam Rm2k-3k yer. Tapi yelah takkan nak free pulak. Maybe reasonable or a bit pricey.
So aku pun mulalah tengok di Youtube proses untuk modern DIY ini. macam senang jer. so aku pun bodek bodek laki aku realisasikan impian aku ni. Laki aku ni bukanlah tak boleh bertukang lansung tapi tidaklah pakar sangat dalam DIY.
Tapi not bad jugaklah heheh … banyak juga benda yang dia berjaya buat. Tak ada lah sampai sesetengah lelaki yang tukar tombol pintu pun tak reti hehehe.. Ini citer benar woo.. ada kes lelaki yang memang tak reti sangat bab keras tangan
So this is my advice kalau korang pun nak buat macam aku nih
Tips untuk DIY Wainscotting Modern / accent wall
- Study terlebih dahulu wainscotting macam mana yang korang ingin kan, yang biasa or modern wainscotting. ada perbezaan kayu.
- Keluasan kawasan
- Dummy design menggunakan masking tape
- Design menggunakan design tools seperti illustrator, paint atau pun microsoft power point pun boleh
- Cari dan survey Harga kayu
- Harga Cat
- Pilih warna cat yang sesusai dengan dinding bersebelahan. Pastika dalm hue sama. Our first choices jadi tak masyuk pulak
Kos
- Harga kayu RM 4.00 sebatang
- Harga cat RM 35.00 setin
- Gam Kayu RM
- Roller RM 10-20
- Filler
Proses treatment kayu
- Kayu yang dipilih mestilah di gosok dengan kertas pasir terlebih dahulu,
- Cat primer putih untuk kurangkan serapan dan juga kurangkan urat kayu
- Keringkan terlebih dahulu
- Ukur dan potong
- Proses ini yang paling rumit
- Pastikan ukuran yang betul dalam design tools
- Cat sama dengan warna dinding yang dipilih
Proses Cat
- Cat kemudian atau diawal proses sebelum proses tampal.
- Terpulang kepada korang. kami excited nak tengok effect color biru tu mula mula sikit tapi terus ter ‘ cat ‘ satu kawasan tersebut
Prosed Tampal dan Gam
- Ukuran kayu yang akan digunkan kena tepat, potongan sisi kena betul.
- Sediakan pembaris segitiga untuk mudahkan proses
- Sediakan pita tape untuk pastikan darjah kayu itu sama dari awal hingga penghujung kayu
Proses Finishing
- Dinding tidak rata memang beri masalah
- Yer memang memberikan masalah besar tapi ini tidak melemahkan semangat DIY Wainscotting moden
- Jenuh juga husband nak adjust kayu dengan dinding yang senget.
- Maka disinilah peranan filler untuk tutup balik semua kawasan yang renggang tu .
- owh sebelum tu laki aku masukkan dulu tisu, takdalah dia letak semua filler utk kawasan tersebut.
So inilah basically proses yang kami lalui untuk hasilkan feature wall dengan diy konsep wainscotting moden. kiranya ini adalah hadiah birthday aku yang ke 46 lah. Abis tu duduk rumah tak buat apa, tapi ini pun kami start lambat sebab kedai hardware lambat bukak. Jenuh nak cari barang
So good luck korang. tunggu kan video tutorial kita orang nnt di Youtube. Gambar lawa nanti kita update masa hari raya sebab sekarang rumah berantakan hahahah…
=
mudah kalau buat semuanya sendiri, save bajet n puas hati
bagus kak azni share info dan tips ni. senang untuk sesiapa nak buat sendiri wall macam ni termasuk lah saya. tapi saya tak kuat lah nak buat sendiri. nanti bila buat, anak kecik pulak menangis nak susu lah, nak makan lah, nak poo poo la…haih… so last2 terpaksa juga minta khidmat lua utk buatkan.. #dygaanibuanak kecik
so cool
teringin nak tengok hasilnya. xsabar nak tunggu raya. hihi
fuh lawa…dok idam nak buat tunggu habis exm online je ni : )
sila buat tau
Cantikkk
Pergh terus cntik tau..
Lawa sangat feature wall dia. .warna biru tu pilihan tepat. Terus naik seri.
rajinlah ….tapi ada satu gambar tu ingat import tukang mana daaaa sekali tengok bebetul …hahahaha
hahahah mahal ooo …. itu naik tongkang datang sini
cantik wall . teringin nak buat kena study dlu takut tak jadi hehehe