Bayar zakat fitrah secara online sahaja, teknologi dah mudahkan urusan kita

Aku rasa aku dah amalkan pembayaran zakat online ni hampir 7 tahun kut. Memang mudah sangat aku rasa berbanding dengan dulu. Untuk kes aku, zakat pendapatan memang dah buat siap siap potongan gaji, tapi kadang aku terlupa nak update pada HR bila ada kenaikan gaji. Maka aku top uplah sendiri melalui zakat online ni. kali ni boleh bayar zakat fitrah secara online pulak.

Dulu kalau nak bayar zakat yang lain, gigih tau aku panjat pejabat lembaga zakat selangor dekat puchong tu. Lepas tu aku memang suka top up and bayar zakat simpanan, zakat ASB semasa bulan puasa sebab nak rebut kelebihan bulan ramadhan, Dah lah panas, tak boleh minum heheh gigih keluar bawak keter panas panas hehhe.

Tapi sekarang tak payah daahhh… Allah … senangkan sungguh aku rasa bila dah boleh buat secara online ni. Jimat masa, dan tak penat nak keluar masuk.

Kita kena Ingat setiap bahagian kita ada hak orang lain, lepas tu kita janganlah salahkan pusat zakat kalau kita sendiri tak jalankan tanggungjawab kita.

khas untuk penduduk selangor, korang boleh bayat di lembaga zakat selangor. dan aku rasa setiap negeri pun dah ada sediakan platform yamg sama

bayar zakat fitrah secara online

Bayar zakat fitrah pun secara online sahaja!

Untuk zakat fitrah selalunya laki akulah yang uruskan, sebelum ini jumpa sahaja amil di shopping complex atau masjid untuk lunaskan tanggungjawab tersebut. Tapi dalam musim PKP covid19 ni, kalau tak nak bergerak kemana mana maka korang masuk lah secara talian.Masyallah, itu lah kegunaan teknologi pada umat manusia.

Kita permudahkan apa yang ada, jangan jadikan alasan okay.Alhamdulillah laki aku dah selamat bayar tanggungjawab dia tu. Korang jangan bertangguh pulak yer.

Waktu membayar zakat fitrah

  • Waktu Wajib:
    • Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.
  • Waktu Sunat:
    • Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.
  • Waktu Haram:
    • Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa.
    • Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Keraguan Umat islam

Ramai juga yang ragu ragu untuk bayar secara online ni. Yelah tak ada akad kan. Tapi bagi aku senang sahaja, kita ikut sahaja pada majlis agama dan lembaga zakat. Sesungguhnya mereka lebih arif dalam bidang merekakan.

“lebih afdal bayar zakat dengan adanya akad dan doa sekali baru terasa wang itu benar disalurkan mengikut rukun Islam”.

“Boleh ke bayar online, macam tak yakin je nak bayar sebab tiada akad”

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Abdul Halim Ismail berkata, zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara iaitu niat menunaikan zakat dan pemindahan harta atau wang zakat tersebut

https://www.sinarharian.com.my/article/33702/BISNES/Tiada-akad-sah-ke-bayar-zakat

2 cara untuk bayar zakat fitrah secara online

Terpulang kepada korang, nak bayar melalui website ataupun secara E wallet. mana mana yang korang rasa comfortable dan mudah. Macam aku cakap awal tadi kita gunalah teknologi untuk permudahkan urusan kita.

bayar zakat fitrah secara online

1. Secara online di laman web

https://fpx.zakatselangor.com.my/

Cara menggunakan EZakatPay :
1. Pergi ke website EZakatPay. 
2. Isi Maklumat Bayaran. 
3. Pilih kaedah bayaran.
4. Pilih bank. 
5. Cetak resit bayaran zakat. 

Selain dari kebanyakkan perbankkan juga turut menyokong untuk pembayaran secara online seperti bank Islam, bank Cimb islamic dan juga Myeg

bayar zakat fitrah secara online

2 Applikasi E wallet

https://secure.gopayz.com.my/gopayz/login

Cara bayar zakat menggunakan GoPayz :
1. Download aplikasi GoPayz du App Store / Play Store.
2. Pilih Islamik. 
3. Pilih Zakat Fitrah. 
4. Ikut arahan dalam aplikasu untuk selesaikan pembayaran. 

One Response

  1. ray June 3, 2020

Add Comment

error: Content is protected !!