Diy cat kabinet dapur hanya RM250. Akhirnya project repaint Kitchen Cabinet boleh tutup buku setel, kira 2 bulan lah project ni bermula degn proses try and error. Hanya orang yang sabar je boleh hahah rumah berantakan. Sebab buat sikit pastu nak tengok rupa cat tu bila kering, dah yakin nak warna tu baru lah buat yang lain.
Table Of Content
- Aktiviti bonding keluarga semasa PKP
- Content berkaitan Deko di Modernmumthingy
- Proses DIY cat kabinet dapur
- Buat research and study terlebih dahulu, contoh cat apa yang harus digunakan. Cat minyak atau spray?
- Bersihkan Kabinet Luar dan dalam terlebih dahulu.
- Buka Semua Pintu tersebut
- Sanding dengan kertas pasir
- Cat Primer terlebih dahulu
- Pastikan Cat primer tu kering betul betul
- Sanding lagi dengan kertas pasir
- Dah boleh Mulakan dengan Cat
- Cat Body kabinet yang sedia gantung tersebut
- Pasang semula
- Tukar handle baru
- Suka tengok IG DEko dan mulalah susun barang okay
- Next upgrade counter top tapi ni bukan DIY cat kabinet dapur
orang putih panggil kitchen cabinet makeover, dia orang kan teror bab DIY nih.
Skill nak bukak pintu tu jenuh, sebab ada part yang skru tu dah karat sampai susah nak keluar.
Lama aku berangan nak make over kitchen cabinet ni. Cuma laki aku tak tak yakin mula mula tu. Dia cakap kalau main dengan cat minyak ni memang lain macam sikit. Padahal aku ni dah tergedik gedik tengok kitchen cabinet orang buat style minimalist macam ni.
Kalau ikutkan mau sahaja aku buat, kalau dia tak nak buat lah. Tapi aku tahu aku ni orang yang macam mana, aku kadang kadang tidak sesabar dia. Lagipun kerja berat macam ni biarlah orang laki yang buatkan. hahahah Yang penting kita trust je husband kita and kita jadi assistant.
Aku memang suka bab DIY ni, geng blogger aku pun ada share dia DIY troli barang ikea yang femes tu. Seronok tau kalau berada dalam circle suka ber DIY nih.
Cuba bayangkan, acara pecah backsplash tu pada tahun 2019 hahah, ini tahun 2021 baru siap tau.
Sabar tak sis?
Aktiviti bonding keluarga semasa PKP
Ini bukanlah kali pertama kami buat projek DIY. Sejak sejak negara kita dilanda covid19, hobi travel dan JJCM terpaksalah diberhentikan. Kami sama-sama cat, pindah barang. Iman pun kena paksa juga buat. Malu nanti anak laki tak pandai buat kerja2 tukang nih. Malu kalau dia tak kenal screw driver, paku semua hehehe.. barulah bini dia sayang nnt. Tak gitu ?
Sebelum ni we all dah buat projek wainscotting modern, atau accent wall, shiplap untuk work station. Next make over untuk bilik iman pulak. Seronok tau buat DIY ni, sebab inilah masanya aku dapat kualiti time dengan husband dan anak-anak. Ada topik untuk diperbincangkan. Pergi cari cat, bahan bahan semua.
Tapi bukan semua smooth. Ada je scene mengamuk dan marah hahaha. bila tak jumpa skru, cat tertumpahlah, berus tak eloklah. Semua ni adalah drama yang akan memeriahkan hidup kita tambah tambah musim PKP..
Walaubagaimanapun kami hangya mampu betul betul DIY nih pada hari hujung minggu atau malam, sebabnya cik abam kita tu agak sibuk sejak masuk tempat baru.
Tanya org utk kos repaint rm1500. Terkulat kulat kita org . So decide buat sendiri tapi tak pandai haha. Maklumlah diy, and kami bukan pakar pun. jenuh berguru dengan utube dan baca pengalaman orang.
Content berkaitan Deko di Modernmumthingy
- Tips Masuk rumah dari ID terkenal
- Simpan tudung dengan Ikea Billy sahaja
- Dekorasi Bilik Anak Lelaki
- DIY Wainscotting Modern
- 11 cara ubahsuai rumah ; DIY vs Kontraktor
- Tempah Chesterfield secara online
- Tukar table top dapur
Proses DIY cat kabinet dapur
Buat research and study terlebih dahulu, contoh cat apa yang harus digunakan. Cat minyak atau spray?
Untuk beginner, sangatlah digallakkan korang study tengok pengalaman orang dalam FB, internet and youtube. heheh tapi terlebih study akan buatkan korang pening juga, Itu yang laki aku lambat 6 bulan nak buat benda ni. Betapa dia tak yakin sangat apa yang dia nak buat. So korang yakin nak pakai yang mana ? jeng jeng sila jawab
Bersihkan Kabinet Luar dan dalam terlebih dahulu.
Usia KC ni 19 tahun. Material nyatoh. So far takde rosak. Masa nak mula projek ni heheh pakai #envirocloth#norwex cuci dalam kabinet tu terus nampak baru. Serius weh! Sbb kayu lama kan kadang-kadang jadi mcm kuning sikit. Bila dah lawa tu mcm baru tu lagi lah semangat. Cawan2 lama yg tak bersentuh abis dah kena campak. Lapang sikit mata. Eh! Tp ada lagi sikit hahaha.
Buka Semua Pintu tersebut
Pastikan korang labelkan setiap pintu yang korang cabut tu belong to section mana. Termasuklah skru yang digunakan. Sebab memang lain lain tu setting dia. ada lari tak banyak.. sikit
Sanding dengan kertas pasir
Mulakan proses sanding, kena tahu jenis kertas sanding yang mana. Bukan kikis habis sampai hilang kaler brown tu.
Cat Primer terlebih dahulu
Tengok primer yang mat saleh pakai abam cakap macam senang jer, so belum jumpa yang best untuk negara kita
Pastikan Cat primer tu kering betul betul
Dalam beberapa jam juga untuk bagi kering tau, memula buat bahagian depan kemudian bahagian belakang. So memamg lama lah. Impossible siap satu hari
Sanding lagi dengan kertas pasir
BIla dah kering buat sekali lagi supaya bila dah cat nanti kan lebih smooth
Dah boleh Mulakan dengan Cat
Sama seperti primer, pastikan dia kering ikut satu bahagian. heheh maklumlah DIY. in fact kami keringkan dalam rumah yang kena cahaya matahari sebab kalau di luar takut kena habuk
Cat Body kabinet yang sedia gantung tersebut
Sementara tunggu kering dah boleh mula cat untuk yang bahagian lain
Pasang semula
Bila semua dah kering boleh pasang semula kabinet tersebut. Yeay.
Tukar handle baru
Memandangkan handle yang ada tu dah berkarat maka kami tukar terus handle yang baru warna gold untuk sesuaikan dengan warna yang baru
Suka tengok IG DEko dan mulalah susun barang okay
Korang pernah tengok geng geng deko di IG? aghh boleh nangis tengok dia orang ni. Gigih labelkan segala benda tau.
Jeles tengok anak2 muda yg semangat susun and organised semua barang tapi kesilapan makcik2 ni suka membeli barang . (Duluuuu, sekarang tak dah) .
Hangpa jgn buat kesilapan sama tau… penat nanti nak kemas Aku target by umur 50 barng2 dalam rumah ni kena minimise sebab terbukti set pinggan mangkuk masa kawin bukan pakai pun. Aku dok ulang pakai set correlle yg sama ja.
Hangpa nampak tak handle 1 tu yang lama? hampeh tul.. beli kat kat @lazada_my , seller from china. Order 20 ketul mai 15 ketul jaa. So nak kata tutup buku pasal ni belum lagi lah kut, ada benda2 pending ni haa.
Next upgrade counter top tapi ni bukan DIY cat kabinet dapur
Dah survey harga untuk upgrade counter rop yang tak berapa cantik dah tu. Plus tak berapa puas hati dengan sinki dan paip tersebut. Memang ada beberapa options tapi hahahah
- Raisin
- Quartz or Marble
- Tukar tiles baru
- Sticker
Tapi alamak , dengar bajet riban-riban so terpaksa put on hold lah dulu.
Next nak beli sticker ala marble, hahaha nak tukar quartz berpeluh jugak pikior. banyak nak citer try and error proses kita orang. tapi korang boleh refer highligts kat IG diy Cabinet. Tapi kena panjang lebar citer dkt blog lah. Juling baca kat ig ni nanti Jgn lupa follow IG sis https://www.instagram.com/azni sbb kat sana lagi meriah citer bab deko heheh
Yang penting hasilnya sangat wow! Dua tahun tunggu pun puas hati.. love sangat dapur kk azni.. clean je.
lawa sungguh kitchen dapo kak azni,, barang tersusun elok kemas cantikkk putih suci murni … semua ada hii
hahhaha ini setelah ada kesedaran
boleh share beli mane ya handle