Cara buat Penama ASB | Ramai rakyat kita ada dah ada akaun ASB tapi tak ramai ada kesedaran atau malas untuk selesaikan part penama ni. heheh contohnya aku sendiri lah. Aku ni kes lain sikit, aku terlebih pikir method atau cara yang paling baik untuk segala harta harta Ismet Ulam raja aku ni huhu .(macamlah banyak ) For record aku dah pikir pasal segala benda ni dah dekat 5 tahun. Tapi haram tak gerak hahahhaa
Table Of Content
- Pentingkah nak buat hibah, wasiat dan penama nih?
- Penama untuk ASB
- 3 Proses Tuntutan ASNB
- Apa itu Hibah Amanah?
- Apakah syarat bagi Hibah Amanah ini sebagai Cara buat Penama ASB
- Pembeli atau Pemegang Unit ASB
- Penerima
- 1,000 unit perlu dikekalkan sepanjang tempoh Hibah Amanah
- Diamanahkan kesemua (100%) unit milik penuh
- Unit yang bercagar adalah tertakluk kepada perjanjian
- Pembatalan hibah hanya boleh dilakukan
- Kelebihan yang anda boleh dapati melalui Hibah Amanah
- Tanpa Hibah Amanah
- Yuran Perkhidmatan Hibah Amanah
- CONTOH PENGIRAAN
- Aku akan pilih cara mana untuk Penama ASB nanti?
- Fahami wasiat & HIbah juga
Eh.. gerak jugak, bukanlah tak gerak lansung. aku dah survey macam macam laa
Aku dah contact dengan kawan aku yang buat Hibah dan Wasiat As slihin, dia orang ni lah yang uruskan harta harta kita selepas kita mati. Aku lambat gerak ni sebab aku pikir cara yang terbaik untuk urus semua. bukan sikit nak keluar modal. aku dah survey semua dalam RM1500-RM5000 yer.
So untuk aku ni dah pikir macam-macam cara, pilihan yang aku ada sekarang
- Public Mutual Gold – aku free buat wasiat or maybe dah kena RM500 tapi mungkin tak cover byk
- Menerusi rakan aku – As salihin – hibah + wasiat : RM1500 atau lebih
- Hibah Amanah ASB : RM2,125 cth utk 200k
haaa korang nampak tak, kalau aku boleh buat dekat 1 tempat mungkin lebih jimat kut tapi persoalannya adakah proses lebih mudah ? hahhaha sebab itulah aku lambat buat, tapi kalau nak proceed dulu untuk ASNB boleh melalu hibah amanah
Pentingkah nak buat hibah, wasiat dan penama nih?
Of course lah penting, sebab bila kita dah buat semua nih sekurang kurangnya proses pengeluaran duit kita akan lebih senang dan mudah untuk ahli keluarga yang tinggal. Proses yang bertahun tahun akan jadi dalam 21 hari sahaja.
Bayangkan untuk anak/isteri/suami yang nak uruskan proses pengeluaran ni. huh! tedious and remeh tau. At least kita dah mudahkan orang yang kita tinggalkan.
korang baca entri aku peritnya urus harta tanpa wasiat ini. Penat weh. Kalau semua masih hidup kena sama- sama settlekan part harta dan hadir di pejabat pusaka. tu belum lagi kita dengar part sanak sedara bergaduh bagai. So kalau boleh aku nak mudahkan part yang ini.
Kita sebagai orang islam ni banyak nak fikir or titik beratkan selain dari zakat ASNB ni
Penama untuk ASB
Kita ada option nak buat terus dengan ejen yang uruskan wasiat atau hibah, atau kita boleh direct terus dengan pihak PNB yang uruskan ASNB kita. Sefahaman aku melalui ejen macam kawan aku tu pun ada beberapa clause atau perkara untuk harga RM1500 tersebut. rasanya dalam 12 kut, clause ni macam setiap satu harta peninggalan kita yang kita letak nama, contoh duit dalam Bank CIMB serahkan pada suami, and bla bla bla
Tetapi kalau kita direct dengan PNB dia hanya uruskan yang berkaitan dengan mereka sahaja lah. Dalam konteks aku nih adalah ASNB, Tabung haji aku kena pergi direct dengan Tabung Haji, sama macam kita letak penama dalam EPF. cuma yang membezakan adalah EPF sekadar penama tetapi tetap kena faraid. Tetapi kalau hibah dengan ASNB ni maka kita dah termaktublah mereka lah yang akan menerima ‘hadiah’ kita ini.
3 Proses Tuntutan ASNB
Selepas kematian pemegang amanah, terdapat 3 pilihan proses tuntutan yang mungkin berlaku berdasarkan perancangan yang telah ditetapkan oleh pemegang unit itu iaitu:
- Hibah Amanah (kalau pemegang mendaftar dengan ASNB)
- Wasiat
- Tidak membuat sebarang perancangan harta pusaka
So ketiga tiga di atas ni lah antara orang yang boleh tuntut duit ASNB kita, cuma mana proses yang senang dan susah lah
Jadi, inilah yang aku nak kongsikan dan share dengan korang kalau guna khidmat hibah Amanah
Baca artikel berkaitan ASB
Apa itu Hibah Amanah?
Perkhidmatan pengurusan harta yang disediakan oleh ASNB. Ia berlandaskan Syariah dan menerapkan konsep hibah dan amanah dalam pengurusan harta.
Unit amanah ASNB yang dihibahkan akan dipindahmilik kepada Penerima selepas kematian Pemegang Unit (Pemberi). Maksudnya, duit dalam akaun ASB anda akan diberi kepada “Penerima” iaitu individu yang telah anda tetapkan semasa mendaftar untuk Hibah Amanah ini.
Apakah syarat bagi Hibah Amanah ini sebagai Cara buat Penama ASB
Pembeli atau Pemegang Unit ASB
- Pemegang Unit beragama Islam berumur 18 tahun ke atas
- Mempunyai baki unit pelaburan minimum 1,000 unit (tidak termasuk unit bercagar/ pinjaman / Skim Pelaburan Ahli KWSP)
Penerima
- Individu sahaja
- Terhad kepada 10 orang sahaja
- Penjaga yang sah perlu dilantik jika Penerima berumur di bawah 18 tahun.
1,000 unit perlu dikekalkan sepanjang tempoh Hibah Amanah
- bagi semua tabung unit amanah yang terlibat.
Diamanahkan kesemua (100%) unit milik penuh
- kecuali unit bercagar kepada semua penerima ASB yang disenaraikan.
Unit yang bercagar adalah tertakluk kepada perjanjian
- antara Pemegang Unit dengan institusi pemberi pembiayaan.
Pembatalan hibah hanya boleh dilakukan
- jika ianya melibatkan pemberian kepada anak dan cucu kandung.
Kelebihan yang anda boleh dapati melalui Hibah Amanah
- Anda sebagai Pemberi menentukan Penerima ASB dan peratus pembahagian pelaburan.
- Penerima adalah penerima mutlak. ( tidak sama seperti EPF yang kena ikut Faraid)
- Pemberi masih mempunyai kawalan penuh dan menikmati manfaat pelaburan tersebut semasa hidup.
- (Anda tidak akan mengalami masalah mengeluarkan duit dalam akaun ini, kecuali anda perlu menyimpan atau “reserve” 1,000 unit bagi Hibah Amanah ini.
- Selain itu, tidak akan ada masalah untuk mengeluarkan amaun lain.
- Tidak perlu Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet (agar waris anda tidak perlu menghadapi proses yang sukar dan rumit).
- Yuran perkhidmatan yang kompetitif (apa yang menarik – jumlah yuran ini boleh ditolak daripada duit simpanan dalam akaun ASB anda. Cuma pastikan ia mencukupi).
Tanpa Hibah Amanah
- Proses yang sukar dan rumit
- Waris terpaksa keluarkan kos tambahan bagi kos pengurusan di bawah pentadbiran harta pusaka
Yuran Perkhidmatan Hibah Amanah
Ini aku ambil dari website ASNB terus. harapnya dapat membantu korang yer.
CONTOH PENGIRAAN
- Baki Pelaburan RM200,000
- RM25,000 pertama 1.50% = RM375
- RM175,000 berikutnya 1.00% = RM1,750
- Jumlah Yuran = RM2,125 (ditolak daripada baki pelaburan sebelum diagihkan kepada Penerima)
Yuran yang dikenakan ini sebenarnya sangat berpatutan dengan proses yang mudah dan perkara ini diuruskan dalam masa hanya 21 hari! cara memohon boleh masuk link ni terus
Aku akan pilih cara mana untuk Penama ASB nanti?
Kelebihan aku adalah pemegang public mutual GOLD, so aku akan cuba untuk compilekan segalanya dalam satu tempat dan maklumat disitu. heheh aku tulis entri ni sebab aku tengah buat research pasal Cara buat Penama ASB ini lah. Apa apa yang aku research aku tulis supaya aku tak lupa, ala ala jurnal gitu
Tapi kalau korang yang banyak harta aku rasa lebih kos efektif kalau melalui Islamic Estate Planner (IEP) macam kawan aku nih Di bawah syarikat Assalihin Trustee Berhad, Puan Shuna, wassap di sini akan tolong uruskan wasiat dan hibah
Fahami wasiat & HIbah juga
Makin aku godek, makin aku rasa banyaknya nak kena buat. Banyak dah baca, aku catit dan tulis dalam blog aku ni.
Ni antara research and finding berkenaan kesemua ini.
No Comment! Be the first one.