Khasiat Minyak kelapa dara D’aura AVCO untuk kulit dan rambut

Perjuangan aku belum selesai. Iyer perjuangan untuk kurangkan freckles, melasma, parut dan kedutan di muka inilah. Segala benda yang elok pasti aku akan cuba. Termasuk lah D’aura AVCO ini, tambah-tambah bila aku dah kaji khasiat minyak kelapa dara itu sendiri.

Jadi korang janganlah terkejut kalau tengok aku mencuba macam macam hahaha. Memang aku tak putus asa lagi.

Untuk pengetahuan korang, Minyak kelapa dara ini jugak dikenali dengan nama superfood baik untuk untuk kesihatan dan juga masakan. Ia mengandungi lauric acid yang mampu membantu mengekalkan imun sistem badan dan juga secara luaran.

Kali ni aku nak cerita pasal kelebihan dan khasiat pada kulit and rambut sahaja sebab ini lah yang aku tercari cari solusi selama hari ini . D’Aura AVCO diakui kaya dengan antioksidan dan melambatkan proses penuaan di wajah.

minyak kelapa dara

Di saat menulis entri ini pun aku tertanya tanya kenapa lah aku tidak mencuba untuk mencari pil minyak kelapa dara juga untuk kesihatan dalaman. Yelah dah nak masuk golden series dia punya penangan tu lain macam sikit.

Sooner or later korang yang muda muda akan melaluinya. Alhamdulillah aku tak pernah mengalami masalah jerawat atau break out dari zaman muda tapi aku menghadapai masalah seperti dibawah ini. Selain dari masalah hormon tapi aku percaya ini juga salah satu faktor aging/penuaan.

Masalah utama orang lewat umur 40an

  1. Kulit akan bertambah kering membawa kepada masalah freckles dan melasma. Makin tua nampaknya makin banyak lah masalah ini terutamanya yang tidak memakai Sun block sejak muda
  2. Rambut gugur, makin menipis dan tambahan pula rambut jenis frizzy. Rambut kering tapi kulit kepala mudah berminyak
  3. Metabolisme sangat rendah, berat badan lambat turun jadi dengan andaian sel sel badan lambat baik membawa impak samada luaran dan dalaman

Jadi memang sejak akhir akhir ini aku tidak putus usaha untuk memperbaiki ke 3 masalah di atas. Terutama sejak umur masuk awal 40 an. Alhamdulillah berkat try and error dan terus mencuba memang ada banyak improvement.

So ini aku kongsikan rawatan yang aku tengah buat

  1. Rawatan Pico laser jeragat ; RM 1200 ( 4kali)
  2. Rawatan Scalp RM 450.00 (4 kali)

hahaha banyak kan investment yang harus aku buat untuk pastikan kekal keterampilan masih okay untuk umur 46 tahun ni.

Jadi untuk aku rasa berbaloi untuk mencuba dengan d’aura Avco yang hanya berjumlah RM22.00. Lagipun bagi aku tidak bercanggah dengan treatment yang aku buat sekarang. Malah mungkin membantu lagi.

haih.. panjang lebar aku cerita pasal perjalanan aku untuk fight masalah melasma ni. . Untuk pengetahuan korang aku memang amalkan beberapa serum.

Nanti if dah habis treatment aku share pasal journey aku untuk rawatan Pico laser sekarang

minyak kelapa dara

Masalah dalaman juga menganggu perkembangan rambut dan kulit

Aku memang suka sangat mengkaji masalah dengan sistem badan aku, tapi aku percaya disebabkan masalah low blood dan juga hemoglobin rendah membawa kepada masalah luaran aku. Semua berkait rapat.

So bagi aku, aku perlu perbaiki kesihatan dalam dan luaran selagi mampu dan tidak memudaratkan.. Aku masih meneruskan supplement tambahan dan kali ini aku nak cuba dengan khasiat kelapa dara.

Walaupun banyak yang boleh diceritakan, tapi kali ni aku nak kongsikan kelebihan dan kebaikan D’Aura AVCO ini sahaja. 2-2 cara kita cuba, luaran dan dalaman.

AVCO Minyak Kelapa Dara keluaran D’aura

D’Aura AVCO 100% semulajadi bebas dari bahan terlarang (tiada SLS, plumbum & paraben) dan kesan sampingan. Selamat digunakan tanpa sebarang kerisauan.

Kalau zaman mak mak dahulu memang femes dengan rawatan mandi minyak, dari rambut sampai ke satu badan. Tapi kalau sekarang tak sanggup rasanya. Tapi aku rasa pada masa itu mereka juga menggunakan minyak kelapa asli, tetapi bukanlah teknik cold press. Silap silap haribulan memang melekat bau.

Rasanya bangsa India masih mengamalkan tradisi seperti ini . Sebab itu kita boleh lihat kebanyakkan mereka mempunyai rambut yang cantik dan bersinar.

Bertitik tolak dari ini lah inovasi dari pihak untuk menghasilkan D’aura AVCO yang sangat kecil dan mudah dibawa kemana mana sahaja.

Kebaikan Minyak Kelapa Dara AVCO

  1. Penanggal solekan berasasakan minyak (“Oil based make-up remover) semulajadi tanpa sebarang bahan kimia
  2. Melembap dan melembutkan kulit muka, bibir dan badan
  3. Melembab, menyuburkan serta menjadikan rambut senang diurus
  4. Agen anti-penuaan untuk memperbaiki tekstur kulit
  5. Menganjalkan dan mengurangkan kendur dan kedutan pada kulit
  6. Mengawal rembesan sebum minyak di muka dan mengurangakan kemunculan komedo penyebab pori-pori tersumbat

Segala kelebihan dan Kebaikan di atas ni lah yang ambik dari website D’Aura sendiri. Bab anti penuaan dan membantuk membaik tekstur kulit tu yang buatkan sendiri teruja untuk menggunakannya.

Mula- aku sendiri agak skeptikal sebab takut muka jadi berminyak tapi kadar serapan yang tinggi yang buatkan aku terus okay sahaja untuk meneruskan dengan AVCO ini.

Perjalanan aku masih jauh, agak mustahil segala permasalahan kulit aku yg ada freckles dan melasma ini dapat berubah sekelip mata dengan penggunaan 1 botol AVCO ini.

Tapi aku sudah mula menyukainya dan pasti akan mengulang untuk botol seterusnya. Satu investment yang berbaloi untuk aku.

9 Comments

  1. Nina Mirza September 14, 2020
    • azni September 14, 2020
  2. Tini September 14, 2020
  3. Nadia johari September 14, 2020
  4. Huda September 14, 2020
  5. Hafiza Aizzawa September 15, 2020
    • azni September 15, 2020
  6. yanie yusuf September 17, 2020
  7. Ai September 21, 2020

Add Comment

error: Content is protected !!