6 sebab Kenapa Hotel Hard Rock Penang best banyak nak cerita ni. Semuanya secara tiba tiba sahaja. Benda kalau tak rancang memang selalu jadi. Bermula bilamana geng di Penang cakap harga hotel di Penang drop. Uih aku dah teruja. Lepas itu bila aku bagi tahu abam terus dia pun gedik gedik masuk agoda.com tengok Hard Rock Hotel Penang.
Uihhh.. betul la memang murah dari dulu .. tapi akhirnya abam book di official website Hard rock Hotel terus sebab macam lagi best offer.

Bila dah start booking, Setiap hari iman pun sibuk mengira hari, bila nak pergi, bila nak pergi. Jadinya pada 15/ August 2020 kami sampai ke Pulau Mutiara, Pulau Pinang.
Kiranya Penang ni kampung kedua kami di sana, yerlah .. tempat kami bertemu, Ali Setan USM heheh. gittuu

Musim Covid19 harga hotel jatuh sebab itulah tak sabar nak cerita 6 sebab Kenapa Hotel Hard Rock Penang best
Yer betul, memang jatuh. Maybe sebab setengah orang tak berani and takut takut nak jalan-jalan. Jadi permintaan hotel agak kurang. Tapi kalau korang rasa berani “sikit” macam kami, masa ini lah yang terbaik untuk menikmati hotel yang mahal dengan harga yang murah.
Acah acah berani sebenarnya, sebab masa kami ke sana, tengah heboh kes kluster sivangangga dan klerster tawar. Jadi kami memang cuba elak tempat yang ramai orang. Masa di padang kota memula tu tak ramai, tapi disebabkan ketagih pasembor nak jugak pi kan…
Lepas tu nak jalan ke arah padang tengok umat manusia ramai terus patah balik

Normal price harga Hard Rock Hotel Penang ini dalam RM650++. A bit pricey untuk kami yang biasa jalan jimat jimat nih. Tapi kali ini kami dapat dalam harga RM400++ with breakfast, makanya apa lagi. Abam pun tanpa rasa ragu ragu terus sahaja buat booking.
heheh.. kalau orang dah kuat nyongket ( kaki jalan) ni, macam ni lah … pikir nak jalan jer. Panas bontot.
Walaupun RM400++ tapi kira tinggi lah juga untuk kami belanjakan untuk penginapan. Nasib baiklah kredit airbnb masih banyak so kami tidur percuma dia studio apartment. If Nak tau macam mana dapat percuma boleh skroll di bawah sekali ni.

6 sebab Hotel Hard Rock Penang best
Serius best, aku anak beranak memang enjoy sesangat weh ! Aku ada beberapa sebab kenapa we all rasa Hard rock ni best and berbaloi dengan percutian kami
Puas hati. Kena rasa walaupun sekali.
1. Jamming Gitar di Bilik weh!
- This is the winning point especially from my husband point of view. Memang tidak ada lah di hotel lain.
- So kena letak ni no 1. Aku pun naik syiok tengok dia jamming
- Rupanya sebelum sampai ke sana lagi dia dah survey apa yang best disini.
- Korang boleh pilih mana mana guitar yang ada di sini. tapi tidaklah banyak.
- Rasanya dalam 15 biji guitar.
- Masa mula mula pembukaan HRH ni kena bayar dalam RM5000 deposit untuk pinjam gitar-gitar ini.
- Kemudian turun RM2000 so boleh agaklahkan berapa harga guitar tu sebijik
- Tapi sekarang tak payah dah bagi deposit, boleh ambil sahaja tapi first come first serve
- Korang juga akan dapat amp dan of course headphone, kalau tak pecah lah bilik dengar bunyi gitar letrik nih
- Aku tengok laki aku enjoy sangat sangat sambil jamming sambil pandang laut gitu

2. Bilik yang Osem, Tema rock & Roll
- Bilik tu okay laaa, tidak besar tidaklah kecik.
- Tapi bestlah bilik dia. Clean setup but nampak class. sis suka. hehhe..
- Lobi area pun ada mood dengan sinaran lampu purple
- Sepanjang area pula, ada gambar2, baju atau segala instrument musician yang femes.
- Untuk kami 3 beranak, just nice. kalau banyak anak mungkin agak sempit. setakat 5 orang ank kecik kecik berhimpit okaylah kut
- View mengadap laut. Blissful and best

2. Swimming pool Hard Rock Penang Mabeles
- Perghh ini memang best. Kita yang orang besar nih pun teruja tengok kolam dia
- Kolam dia memang besar.
- Kalau ada duit lebih ambik lah bilik yang bukak sliding door terus masuk kolam cuma view pulak tak berapa best sebab terhalang dengan pondok pondok dihadapan tu.
- Keluasan size kolam tu sepanjang hotel tu lah. Besarkan.
- Ada area kolam yang berpasir didasarnya, ada area kolam yg dalam , ada area untuk anak anak.
- Sambil tu dia orang bukak music rock & roll, perghh memang layan kalau korang temgok anak anak mandi tu

3. Pantai yang bersih
- Aku suka pantai di sini.
- Macam ekslusif untuk orang stay di hard rockhotel ni sahajaa. Bersih sahaja area pantai tu.
- Ada dock yang seronok untuk korang ambil gambar sewaktu sunset
- Seperti biasa ada operator yang menawarkan servis jetski, banana and parachut tu.
- Tapi kita orang tak ambik sebab dah pernah naik dan abam kan dah cedera di bahu. So tiada sapa yang boleh teman iman naik banana tu.

4. Kids Activity
- Hotel untuk family memang tidak lengkap kalau tiada fasiliti untuk anak anak.
- So memang ada kids area yang best untuk anak anak
- Untuk sesetengah bilik, ada dilengkapkan dengan PS4.
- Katanya ada 15 bilik yang ada kemudahan ini.
- Tapi still kena ambik di tempat yang sama dengan guitar.
- pool, foosball, video games on an Xbox or Playstation 3 console
- Iman tak sempat nak main sebab lebih suka mandi di pool
5. Restoran pun okay.
- We all ambik package breakfast sekali.
- Unfortunately datang musim covid pergerakan tu macam limited lah sikit.
- Semuanya di hidang oleh pihak restaurant
- Cuma apa yang menarik, hehehe siap di pakej kan dengan menarik dengan bungkusan Hard rock contoh macam nasik lemak ini lah ,.
- Alaaa.. macam korang pergi Legoland and Disneyland hotel lah, kan semua makanan tu di bentuk dan di pakej mengikut hotel
- Tapi aku tak ingat makanan apa yang sedap hahaha…

6. Hard Rock Cafe
- Jangan lupa kena register nama terlebih dahulu kalau plan nak makan disini.
- Kalau memang plan nak makan di situ, sebaik sampai sahaja boleh daftar.
- Makanan okaylah, tapi I expect more. Sebab dah biasa makan di TGI friday dan Chilis so aku bayangkan lebih special disini.
- Unfortunately tak ada live band. Abam agak frust.
- Iman yang paling enjoy sebab dia suka baca setiap satu sejarah baju, instrument yang ada di pamerkan disini. siap google terus info artis berkenaan.

Kalau ada rezeki memang kami nak pergi lagi kesana. Ada yang cakap Hard Rock Hotel Desaru pun tak sehebat Penang. Satu lagi setiap kali ke bali, memang kami akan terintai sahaja hard rock hotel di Kuta tu.
Katanya lagi happening heheh…

Nantilah one day kalau dah habis covid 19 ni kita akan cuba jejak juga di sana. Overall, satu percutian singkat yang best untuk kami anak beranak walaupun 1 malam. Kalau tahu best macam ni book 2 malam terus hahaha.. mcm lah banyak duit.
Sebab itulah aku berani kongsikan
6 sebab Hotel Hard Rock Penang best
oh yer… malam pertama kami tidor percuma dengan penginapan airbnb, heheh best juga.

Nak tahu macam mana percuma cubalah intai entri yang ini . Panjang lebor aku cerita pasal airbnb. Bukan scam, ini betul-betul nih.
Wah… Syoknya
Teruja nak stay sini jugak satu hari nanti
tak pernah lagilah stay kat HR, nama besar, hotel pun mesti best kan..
Best bawak family sebab ada banyak facility untuk kids tu best..
Meh la datang HR Kota Tinggi..Boleh lelaga mask!! hahaha
Tazabar nak pi HR esok…lagi tazabar bila Kak Nini update ni
Skrg mmg byak harga jatuh.. Byak tempat lg kalau nak jalan2.. Btw nice sharing..
wah ini wajib pergi , memang akan melayan gitar tak tidur jawabnya
hahahha yes… kena pergi… mmg berbaloiii
It’s an awesome helpful website. Shamol Ray
Menarik betul hotel ni ya 🙂
Bnayak betul hotel kasi harga murah sekarang ni.
Pening juga nak pilih yang mana satu. HR penang macam best je..Kena masuk list nih..
Wah..bestnya boleh jamming!
wahh best one day maybe simpan duit dlu hehe
Suka duk bawah.. Syok bukak pintu pastu terjun je 😂😂
lama tak bercuti di Penang.. boleh riki² hotel ni
Best betul tempat dia.. Kumpul duit la nak stay sini
Terasa nak g sini gak. Tapi husband anti betul dengan Penang. Nak kena pujuk lebih ni.
ahahahah napa dia anti dengan penang?? heaven laaa bab makan tu
Teruja betul Sal tengok Kak Ni dalam pool tu. Relax habis yuuuu…hehehe