Amalan di bulan Rejab merupakan antara amalan yang biasanya dinanti nantikan oleh umat Islam.
Table Of Content
- Kekeliruan tentang amalan di bulan Rejab
- Masyarakat Jahiliah dan bulan Rejab
- Berhati hati dengan apa yang kita dengar
- Teruskan beramal di bulan Rejab
- Berpuasa di bulan Rejab
- Doa bulan Rejab
- Dekatkan diri pada Allah
- Berdoa dan berzikir kepada Allah.
- Membaca Al-Quran
- Peristiwa bulan Rejab
- Kelahiran Iman al-Syafie 767M
- Penghijrahan pertama umat Islam ke Habsyah 619M
- Israk Mikraj 662M
- Perang Tabuk 630M / 9H
- Pembebasan Baitul Maqdis 583H
Secara amnya apa yang kita tahu berkenaan bulan Rejab adalah ianya satu bulan yang agung dan mulia. Antara keistimewaan bulan Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj yang menurut majoriti ulama’ ia berlaku pada 27 Rejab.
Rasulullah saw juga ada bersabda, “Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Sya’ban.” (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).
Namun sebelum bercerita lebih panjang tentang amalan di bulan Rejab aku rasa biarlah aku mulakan dulu dengan sedikit kekeliruan.
Kekeliruan tentang amalan di bulan Rejab
Bulan Rejab menjadi antara bulan Islam yang terkandung keistimewaan dan keutamaannya yang tersendiri.
Tapi apa yang kita selalu salah faham ialah berkenaan tentang amalan-amalan yang amat dititikberatkan untuk bulan tersebut.
Melalui pembacaan aku dan beberapa video ceramah yang aku tengok, yang sebenarnya tiada amalan khusud dalam bulan Rejab yang disampaikan oleh Rasulullah saw dari hadis- hadis sahih.
Korang mesti terkejutkan? Jawapannya ya.
Tapi ini bukan bermakna korang langsung tak buat apa-apa di bulan Rejab tau. Bulan Rejab tu memang salah satu buan yag mulia, seperti tersebut dalam Al-Quran.
Cuma, yang kita kena tahu ialah tiada hadis sahih yg menyatakan amalan-amalan tertentu di bulan Rejab.
Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah sebahagian kecilnya bersandarkan kepada hadis lemah (daif) dan kebanyakkannya adalah hadis palsu (maudhuk).
Masyarakat Jahiliah dan bulan Rejab
Mengagungkan bulan Rejab bukanlah satu persoalan yang baru. Ia telah pun wujud pada zaman Jahiliyyah; sebelum kedatangan Islam.
Masyarakat Arab Jahiliyah begitu mengagungkan bulan Rejab sehingga mereka menjadikannya sebagai perayaan.
Sekarang pun memang selalu kita dengar pasal fadhilat-fadhilat tertentu untuk amalan di bulan Rejab ni.
Aku teringat pasal hadith palsu berkenaan fadhilat solat tarawikh pada malam2 tertentu.
- Malam 1 – dosa kita diampun sehingga seperti bayi baru lahir
- Malam 2 – kesemua dosa ibubapa kita diampunkan
- Malam 5 – pahala seperti solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Al-Aqsa
Aku tak ingat semua tapi ni memang femes dulu. Macam tulah juga keadaan bulan Rejab ni. Kadang kita tak sedar yang fadhilat tu dari hadith palsu atau dhaif.
Aku tak nak kita semua makin keliru dengan maklumat ni ya. Jadi korang tolong refer pada mana-mana sumber dari Jabatan Agama atau page JAKIM ni untuk tahu lebih lanjut berkenaan ni.
Berhati hati dengan apa yang kita dengar
Kita masih boleh terus melakukan amalan pada bulan Rejab, cuma janganlah kita seratus peratus sandarkan semata-mata kepada ganjaran ganjaran tertentu yang kita dengar.
Selidik dulu sikit dengan apa yg kita dapat kat group2 wasap ker, online ker.
Antara contoh ganjaran yang kita dengar ialah:
- Amalan berpuasa satu hari pada Rejab ganjaran pahalanya menyamai puasa 40 tahun dan diberikan syurga paling tinggi.
- Jika berpuasa dua hari, pahalanya dilipat gandakan, manakala amalan pahala pada 27 Rejab sama dengan pahala 40 bulan.
- Kalau bersedekah pada 27 Rejab, pahalanya menyamai 1,000 tahun.
- Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
Ada banyak lagi yang aku tak ingat.
Jadi jangan kita semua semata-mata berpegang atau terlalu taksub dan fanatik dengan ganjaran-ganjaran tu.
Teruskan beramal di bulan Rejab
Walaupun dengan keadaan dan kekeliruan ni, aku harap korang janganlah langsung terencat untuk membuat amalan di bulan Rejab. Kemuliaan bulan Rejab itu sendiri adalah sahih.
Bulan Rejab merupakan salah satu dari empat bulan di dalam Islam yang mempunyai kemuliaan dan kelebihan di sisi Allah swt.
Beramallah kerana Allah dan setiap amalan kita itu pasti mendapat pahala.
Berpuasa di bulan Rejab
Tiada puasa sunat yang dikhususkan dalam bulan Rejab.
Tapi bulan Rejab ni ialah bulan sebelum Ramadan. Jadinya macam training ataupun persediaan sebelum puasa yang wajib nanti. Oleh itu ini merupakan latihan terbaik kita untuk preparation sebelum Ramadan.
InsyaAllah latihan puasa kita menjadi lebih berkat dengan kemuliaan bulan itu sendiri. Antara Amalan Di Bulan Rejab yang patut amalkan
Doa bulan Rejab
Ada pendapat mengatakan doa ni sebenarnya tidak dilafazkan oleh Rasulullah saw. Apa2 pun, ia tetap dikatakan satu doa yang baik dan tak salah untuk kita amalkan.
Doa-doa lain yang baik yang korang tahu pun boleh diamalkan pada bulan Rejab ni.
Dekatkan diri pada Allah
Bulan Rejab mengajar umat Islam agar memfokuskan ketaatan dan menghindari kemaksiatan.
Kita patut memperbanyakkan amalan soleh seperti solat, puasa, zikir dan seumpamanya untuk mendekatkan diri kepada Allah.
“Telah sampai kepada kami, sesungguhnya dikatakan: “Bahawasanya doa dikabulkan pada lima malam, iaitu malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama Rejab dan malam nisfu Syaaban.”
pandangan Imam Nawawi dalam Kitab al-Majmu’ Imam al-Syafie berkata
Berdoa dan berzikir kepada Allah.
Tiada specific zikir bulan Rejab.
Baca je baca mana-mana zikir pun yang kita tahu atau belajar yang baru dan boleh mulakan amalan dalam bulan Rejab, Ramadhan, dan seterusnya.
Kat sini ada amalan zikir murah rezeki yang juga korang boleh amalkan di bulan Rejab.
Membaca Al-Quran
Bayakkanlah membaca Al-Quran. Sedikit-sedikit lama2 jadi bukit.
Daripada Abu Umamah r.a melaporkan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadith Abu Umamah ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim
Korang boleh baca 10 Kelebihan Membaca Al-Quran
Peristiwa bulan Rejab
Kelahiran Iman al-Syafie 767M
Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah dan pengasas pada Mazhab Imam Syafie. Peninggalan beliau yang paling berharga adalah kitab hasil karyanya, iaitu Al-Umm. Kebijaksanaan Iman Syafie dalam bidang keilmuan sangat dikagumi oleh semua orang termasuk guru-gurunya sendiri.
Penghijrahan pertama umat Islam ke Habsyah 619M
Hijrah yang hanya melibatkan seramai 14 orang. Ianya untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak .
Israk Mikraj 662M
Peristiwa penting di dalam kalendar umat Islam. Berlaku pada malam 27 Rejab, di mana Nabi Muhammad SAW diperjalankan dari Masjidil Haram menuju masjid al Aqsha di Baitul Maqdis Palestin dan kemudiannya diangkat ke Sidratul Muntaha.
Perang Tabuk 630M / 9H
Perang Tabuk merupakan peristiwa penting dalam sejarah dan penyebaran agama Islam. Di dalam perang ini 30,000 tentera muslim diketuai baginda Rasulullah telah menewaskan 100,000 tentera Rom.
Perang Tabuk juga menjadi peperangan terakhir yang dipimpin dan diikuti oleh Rasulullah SAW.
Pembebasan Baitul Maqdis 583H
Baitul Maqdis dibuka semasa pemerintahan Khalifah Saidina Umar bin al-Khattab. Setelah 500 tahun bertahan, ia ditawan semula oleh musuh Islam selama 50 tahun.
Salahudin al-Ayyubi kemudian pasukan kaum Muslimin mengepung dan membebaskan semula kota Al-Quds yang telah dikuasai oleh pasukan Salib itu.
terima kasih atas perkongsian ini